30

33 3 0
                                    

Fire.....!!!!!

Puteri Akasia mengucapkan terima kasih kepada Tony kerana menghantarnya ke rumah. Bagaimanapun suasana separuh romantik itu punah ranah dalam sekelip mata disebabkan kehadiran Carly yang sudah lama menunggu kepulangan Puteri Akasia.

"Seronok nampak? Kau dari mana?" Carly mengejutkan Tony dan Puteri Akasia.

"Eh.. kenapa kau di luar ni? Kami keluar minum tadi."

"Kami? Jadi betullah kau dan dia ni bercinta? Kash, tak ada orang lain ke?"

"Carly, kenapa dengan kau ni? Kalau ya pun kau nak berkenalan dengan Tony, bukan begini caranya."

"Oh.. aku kenallah dengan mamat ni. Jutawan kambing dan lembu. Banyak duit tapi dia bukan orang yang sesuai untuk kau. Kau sedar tak?"

Tony memegang lengan Puteri Akasia yang nampak tersentap dengan penghinaan Carly ke atas dirinya itu. Puteri Akasia menelan semula kata-katanya kemudian membuat senaman hembus tarik nafas.

"Carly, kalau tiada benda penting yang kau nak cakap, kau balik sekarang. Aku tak nak bergaduh dengan kau."

"Kau halau aku sebab mamat ni? Kash, aku datang ni nak ajak kau makan malam tapi sanggup kau halau aku. Sejak bila kau kenal dengan dia ni? Sebulan yang lalu? Cuba kau cakap?"

"Itu bukan urusan kau. Aku sibuk, tak dapat makan malam dengan kau. Kau kan dah ada teman wanita, kau bawalah dia makan malam dengan kau."

Carly memejamkan matanya.

"Aku tak nak kau berkawan dengan dia, kau faham tak? Ramai lagi lelaki di luar sana yang lebih sepadan dengan kau. Kau faham atau tidak."

"Kau jangan hina kawan-kawan aku, Carly. Aku tidak pernah kisah dengan siapa kau berkawan kan? Kenapa kali ini kau sibuk sangat? Kau ada masalah dengan Tony ke?"

"Masalahnya aku tidak suka dia. Dia tu bukan orang yang sesuai untuk kau. Cuba buka mata kau besar-besar, apa kelebihan yang ada pada dia ni sampai kau tergila-gilakan dia?"

"Dia kan lelaki. Wajarlah aku berkawan dengan lelaki. Kalau aku berniat nak berkahwin dengan perempuan, barulah kau boleh marah aku. Aku rasa kau ada masalah lain dengan Tony. Kalau tak kau tidak akan naik hantu macam ni. Cuba kau cakap."

"Aku tidak sukakan dia. Aku tak nak kau berkawan dengan dia. Faham."

"Melebih-lebih pula kau ni. Aidan dan Arnold cool je, kau pula yang meroyan. Kau baliklah, aku malas nak layan kau."

Tony menepuk perlahan bahu Puteri Akasia membuatkan Carly bertambah berang.

"Kau jangan sentuh dia, kau faham tak!"

Pang! Tony hilang keseimbangan akibat penumbuk sulung Carly yang tidak dijangka, lantas tersungkur ke atas tanah.

"Tony!" Puteri Akasia menerpa ke arahnya.

"Kenapa dengan kau ni? Apa masalah kau hah? Kau balik aku kata. Balik!! Sebelum aku simbah asid ke muka kau, kau balik!!!"

Puteri Akasia berteriak bagaikan orang kerasukan di hadapan Carly.

"Kash.. aku.. aku.."

"Kau degil ya? Sini kau."

Sepantas kilat Puteri Akasia meluru ke arah Carly. Dia memaut leher Carly dan menghantukkan kepalanya ke muka Carly. Tidak cukup dengan itu, Puteri Akasia melayangkan penumbuknya berkali-kali ke muka Carly. Sedas penerajang sulung dilayangkan ke dada Carly membuatkan Carly tumbang berdebuk di hadapannya.

"Sudah tu." Tony menangkap tubuh puteri itu yang sudah bersedia hendak melakukan serangan pusingan kedua.

"Kau berambus dari sini!! Pengawal heret dia keluar dan jangan benarkan dia masuk ke sini lagi!!"

Puteri Akasia melaung lagi.

"Kash..."

"Jangan sebut nama aku."

Puteri Akasia menjeling benci ke arah Carly.

"Nanti. " Tony mencelah. Dia menghampiri Carly.

"Kau tercicir benda ni."

Carly memandang benda yang diserahkan oleh Tony.

"Aku tak habis lagi dengan kau."

Penyangkut kunci yang dihulurkan oleh Tony disambar dengan kasar.

"Silakan encik." Pengawal keselamatan yang dipanggil oleh Puteri Akasia memegang lengan Carly.

"Aku boleh jalan sendirilah."

Carly menyergah pengawal itu dengan bengis. Puteri Akasia menjadi hairan dengan sikap Carly hari itu. Luar biasa biadapnya! Tony mengurut pipi kirinya sambil cuba menafsirkan kejadian sebentar tadi.

Terlalu janggal dan pelik.

* * *

"Sakit lagi tak?" Puteri Akasia bertanya.

"Boleh tahan kuat tumbukan sepupu awak tu. Jadi, dialah Carly ya?"

"Maaflah. Saya tak pernah nampak dia menggila macam tadi tu. Selama ini dia okay je dengan kawan-kawan saya."

"Teruklah saya macam ni. Asal jumpa dengan dia mesti kena belasah."

"Tak ada maknanya. Memalukan betul. Kejap lagi mesti abang-abang saya tahu pasal benda ni. Masalah betullah."

"Kan saya dah cakap, awak tak nak percaya."

"Diam boleh tak? Saya masih marah ni, bodoh betul Carly tu."

Tony mengangguk kecil. Mukanya ditepek dengan sepeket ais. Dia tersenyum kecil melihat air muka Puteri Akasia yang tegang mengalahkan orang hilang barang. Marah betul lagaknya!

"Awak perasan tak, dia ambil penyangkut kunci yang saya beri tu. Maknanya dia kenal benda tu. Masalahya, saya pasti betul benda tu Brawn yang punya."

Tony bersuara. Cuba memancing mood berbual Puteri Akasia.

"Bodoh betul."

"Sudahlah tu. Jangan memaki lagi, tak padan dengan nama. Lupakan sajalah."

"Masalahnya tidak boleh, Tony. Si dungu tu dah berani cari pasal dengan aku. Selama ini aku tak pernah masuk campur dalam hal dia, tapi apa dia buat? Aku baru nak berkawan dia dah buat kecoh macam bapa tiri aku pula. Bengang betul."

"Kash, bertenang boleh tak. Duduk. Minum air tu. Lupakan sekejap Carly tu."

Puteri Akasia menjeling tajam.

"Awak jangan sebelahkan dia." Tony mengangguk laju.

Selepas beberapa minit berlalu, Puteri Akasia sudahpun dapat bertenang.

"Apa awak cakap tadi, pasal penyangkut kunci tu kan? Hairan kan? Perkara ni dah jadi lebih rumit dari yang kita jangka. Aku tak sedap hatilah dari tadi."

"Jangan fikirkan sangatlah. Pasal Carly dan penyangkut kunci tu, kebetulan ke kot. Awak berehatlah dulu. Saya pun dah nak balik ni."

"Esok kita jumpa lagi, boleh?" Tony meleretkan senyuman.

"Boleh."

Puteri Akasia melambai ke arah Tony. Bibirnya melebarkan senyuman.

"Viona, saya nak berehat sekarang. Pastikan Carly tidak datang ke rumah, kalau dia datang, call polis. Jangan buka pintu."

"Baik tuan puteri."

Puteri Akasia menggendong kotak kayu yang dibawanya dari rumah Carly. Apa agaknya benda yang dia simpan di dalam kotak ni? Ringan je.

* * *

Giselle merabakkan surat khabar yang menyiarkan gambar Roger dan Gia.

"Kau tipu aku, Gwenevere! Kau kata kau tidak kenal dengan anak aku. Tapi dalam diam kau dah aturkan perkahwinan mereka. Kau memang s**l! Kau tunggu. Aku akan pastikan kau menyesal sebab berani menipu aku."

Giselle menghempaskan buku limanya ke atas meja. Mentang-mentang selama ini aku bersembunyi, kau persendakan aku, Gwenevere. Jangan ingat semudah itu kau berhasil memperbodohkan aku. Aku akan ambil apa yang sepatutnya milik aku walau dengan apa cara sekalipun. Kau atau sesiapa sahaja yang menjadi penghalang akan menerima akibatnya.

Dear, GiaHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin