23

36 3 0
                                    

What left behind

Gia memandang telefonnya. Sudah dua kali telefon itu berdering. Pemanggilnya pula tidak ada nama.

"Siapa tu? Kenapa tak angkat?" Roger bertanya.

"Entah. Tiada nama pun. Malaslah."

Roger tiba-tiba mencengkam lengannya.

"Orang itu." Gia ternganga.

"Angkat. Loudspeaker. Biar saya panggil ayah dan Gwen."

"Okay."

Tidak lama kemudian Ronan dan Gwen muncul. Roger mengangguk dan Gia menjawab panggilan itu setelah empat kali memanggilnya.

"Hello? Siapa ni?"

"Akhirnya Cik Giorgia Forest. Saya ingatkan cik tidak mahu bercakap dengan saya lagi."

Gia memandang Roger, Ronan dan Gwen bersilih ganti.

Roger menuliskan sesuatu dengan pantas di atas helaian kertas yang dipegangnya.

Tanya apa dia mahu

"Apa kau nak? Aku dah cakap aku tak tahu apa-apa tentang duit atau Brawn. Kenapa kau tak nak percaya?"

"Bertenang Cik Forest. Kita mula sekali lagi. Saya tahu Brawn ada menyimpan sejumlah wang dan saya perlukan bantuan cik untuk mencarinya. Tidak susah kan?"

Tanya berapa jumlah wang tu.

Gia mengangguk.

"Berapa? Berapa jumlah wang tu?"

"Ahh.. soalan pertama yang berguna awak tanyakan pada saya Cik Forest. Tak banyak. 1. 5 juta sahaja."

"Apa? Banyak tu? Dari mana aku nak cari duit banyak tu?"

"Bertenang Cik Forest. Saya tahu cik tiada duit sebanyak tu. Apa yang saya mahu ialah cari apa-apa saja yang berguna dari barang peninggalan Brawn. Awak tahu apa yang saya maksudkan Cik Forest."

"Kalau saya cuba, kau akan berhenti ganggu aku?"

"Sudah tentu. Awak ada masa seminggu Cik Forest. Saya mahu sesuatu yang berguna sebab saya pun tidak suka menganggu orang tanpa sebab. Jangan lupa periksa email, Cik Forest."

Roger membawa Gia ke kerusi. Bahu gadis itu diusap lembut.

"Sekarang kita dah tahu berapa banyak wang yang orang itu mahukan."

"Apa kita nak buat sekarang?"

"Kita perlu beritahu dengan Tony dan sediakan wang itu."

"Sayang, kita akan berikan orang itu duit kita begitu saja ke?"

"Tak. Tapi kita akan perangkap orang itu dengan duit kita."

Gia memejamkan matanya.

1.5 juta bukanlah sedikit. Siapa agaknya orang misteri itu? Dan apa kaitannya dengan Brawn? Bagaimana oranh itu tahu tentang hubungannya dengan Brawn?

"Kau nak berbincang tentang apa yang baru berlaku?"

Gia tidak menjawab. Dia membiarkan Roger duduk di sebelahnya.

"Kita dah ada rancangan untuk membawa orang itu ke hadapan kita. Cuma masa dan waktunya saja yang belum tiba."

"Bagaimana kalau dia dapat tahu? Apa akan jadi kepada kita?"

"Sebab itulah, kita perlu minimumkan komunikasi dengan orang sekeliling buat sementara waktu ini. Demi keselamatan semua pihak dan rancangan kita."

"Pop dah tahu ke?"

"Ayah akan berjumpa dengan dia esok. Kita akan banyak berkomunikasi di telefon mulai dari sekarang."

Gia mengangguk kecil. Demi keselamatan semua orang dan demi rancangan mereka. 

* * *

Puteri Akasia sedang bermesyuarat dengan Gwen ketika Carly tiba-tiba muncul. Air mukanya kusut serupa orang sasau.

"Tak apa, aku tunggu." Carly tidak jadi masuk ke dalam pejabat Puteri Akasia.

"Kenapa dengan dia tu?" Gwen bertanya sambil mengemas fail-failnya.

"Manalah aku tahu. Jarang betul dia ke sini kecuali dia ada masalah besar."

"Contohnya?"

"Dia nak pakai duit banyak."

Gwen menggeleng kecil. Laser betul mulut puteri dara itu.

"Dia nak bedah muka lagi ke?"

"Kalau ya, aku memang tak dapat tolong. Dahlah, jom temankan aku berbual dengan dia. Serabut betul muka dia aku tengok."

"Dia nak kahwin kot?"

"Kahwin? Kalau tu aku boleh tolong."

Gwen tertawa. Cepat betul keputusan berubah.

"Aku datang bukan nak minta duit, Kash. Kau ni buat aku rasa macam aku ni pengemis pula."

"Habis tu kenapa kau datang? Kau tiada penggambaran ke hari ni?"

"Ada. Dah lepas pun. Tengah hari ni, aku singgahlah ke sini. Aku nak tenangkan fikiran. Sekejap."

"Kayra mana? Kenapa kau tak bawa dia sekali?"

"Malaslah. Dia tak dapat tolong aku dalam hal ni. "

"Aii.. apa yang dah terjadi? Aku ingat kau nak kahwin dengan dia."

"Memanglah aku nak kahwin dengan dia, tapi bukan sekarang. Ada masalah yang aku tak sangka boleh timbul. Masalah besar pula tu."

"Kau nak beritahu aku tak?"

Carly mendiamkan diri seketika. Dia memandang Gwen dan Puteri Akasia bersilih ganti.

"Ada orang blackmailing aku. Dia minta 1.5 juta."

"Oh... banyak tu. Kau dah buat apa sampai dia minta duit banyak tu?"

"Aku tak dapat fikir apa-apa."

"Kau tak nak repot polis tak?"

"Tak tahulah. Orang tu tak cakap apa-apa lagi?"

"Brawn. Orang tu asyik cakap pasal Brawn."

"Brawn? Dah kenapa dengan Brawn? Kau berkawan rapat dengan dia ke?"

"Kawan rapat tu taklah. Setakat kenal, adalah."

"Pelik. Jadi, apa kau nak buat sekarang?"

"Aku belum buat keputusan lagi. Oh ya Gwen, masa majlis Baby Lily hari tu, ada seorang gadis duduk semeja dengan kamu, boleh aku tahu siapa dia tu?"

Gwen mengangkat kening. Gia? Kenapa dia tiba-tiba bertanya tentang Gia?

"Itu bakal menantu aku, Giorgia Forest namanya. Kenapa? Kau kenal dengan dia ke?"

"Tidak juga. Cuma aku macam pernah jumpa dia sebelum ini. Dia kerap ke rumah kamu ke?"

"Memanglah. Dia berkawan dengan Roger sejak zaman sekolah lagi."

"Oh.. padanlah aku macam pernah nampak dia. Okaylah, aku gerak dulu. Petang nanti ada photoshot pula. Jumpa lagi."

Gwen dan Puteri Akasia tidak menjawab. Banyak tanda tanya yang berlegar-legar di dalam kepala mereka sekarang ini.

* * *

Dia mengukir senyuman. Tidak lama lagi dia akan mendapatkan semula haknya yang telah dirampas berpuluh tahun dahulu. Silap dia terlalu percaya pada orang baru. Giorgia dan Brawn.. kamu berdua tidak akan terlepas.

Dear, GiaWhere stories live. Discover now