BAB 9

8.8K 402 12
                                    

Luqman sedang membaca di dalam bilik kerja yang terletak di tingkat dua rumah agamnya apabila pintu biliknya diketuk. Seketika kemudian kelihatan Han melangkah masuk diikuti oleh Ravi di belakang. Ravi kelihatan takut-takut. Mungkin masih trauma dek kejadian yang menimpa Chen dahulu.

Dia masih menatap buku di tangan. Sekilas dia menjeling ke arah Han dan Ravi. Wajahnya seperti biasa, beku tanpa reaksi. Seketika kemudian dia bersuara.

"So...any good news?"

"Yes bos, kitorang dah dapat maklumat tentang perempuan tu. Seperti yang dijangka, mereka berdua memang ada kaitan antara satu sama lain" balas Han. Dia terus menghulurkan sebuah fail dan alat perakam suara kepada bosnya itu.

Fail tersebut disambut dan dibaca. Kali ini terdapat biodata seorang perempuan beserta gambar. Nama yang tertera di situ dibaca.

"Airis Rawdha..."

"She's the girl bos" Han memberitahu.

Luqman mencapai pula alat perakam suara yang berada di atas mejanya. Butang 'play' ditekan. Terdengar perbualan antara lelaki dan perempuan. Walaupun kurang jelas namun masih dapat difahami butir-butir perbualan mereka. Mereka sedang bercakap mengenai kes pumbunuhan yang terjadi minggu lepas. Rakaman yang berdurasi 6 minit 45 saat itu tamat. Suasana sepi seketika.

Tak semena-mena, Luqman ketawa. Tawanya kedengaran agak menyeramkan, seperti tersembunyi seribu satu muslihat di sebalik tawa itu. Han dan Ravi saling berpandangan namun masing-masing tidak berani untuk bersuara.

"Finally! I found you...at last huh..." dia tersenyum kemenangan. "Nampaknya takdir memilih untuk memihak kepada aku" sambungnya. Senyuman tak lekang dari bibir.

"Now...let's the game begin shall we?" katanya sambil bersandar pada kerusi dan tersenyum sinis memandang gambar Airis di atas meja.




Airis sedang enak menjamu selera di food court yang terdapat dalam shopping mall tempat dia bekerja apabila tiba-tiba satu suara menyapanya.

"Excuse me, boleh saya duduk sekali? Meja lain dah penuh la"

Airis melihat seorang lelaki sedang berdiri di sisi mejanya. Dia sedang menatang dulang yang berisi makanan. Wajahnya tersenyum manis memandang Airis. Airis tersedak. Lekas-lekas dia menyedut air tembikai di atas meja.

Aduh...ni kan mamat yang aku langgar dekat kedai haritu, apasal dia boleh ada dekat sini pulak, rungut Airis dalam hati. Dia memandang sekeliling. Memang betul semua meja penuh. Ramai pulak orang harini, gerutu hati Airis.

"Ehem...duduk la...kalau tak malu" balas Airis selamba. Entah dari mana dia dapat keberanian untuk berkata begitu dengan lelaki yang tidak dikenalinya ini. Dia sendiri tidak tahu.

"Saya memang tak malu pun...terima kasih" terus lelaki itu membalas selamba lantas mengambil tempat di hadapannya. Dia tersengih melihat reaksi Airis yang jelas terkejut dengan responnya. Haa...tau terkejut, katanya dalam hati.

Airis menelan air liur. Lelaki di hadapannya itu dipandang tak berkelip. Biar betul mamat ni? Selamba giler, fikir Airis.

"Kenyang ke awak tenung muka saya je? Tak nak makan?" tiba-tiba lelaki itu menyoal. Tersentak Airis dibuatnya. Aduh...aku ni tak habis-habis malukan diri sendiri depan mamat ni, kutuk Airis pada diri sendiri.

Airis hanya menunduk dan sambung menjamu selera walaupun seleranya sudah sedikit pudar. Melihatkan Airis diam tanpa bicara, lelaki itu berdeham.

"Nama awak Airis kan? Saya Qidran. Haritu tak sempat nak kenal-kenal. Kaki awak dah okay?" dia cuba mencipta perbualan.

Perlahan-lahan Airis mengangkat wajahnya. Matanya bertembung dengan sepasang mata hitam pekat milik lelaki itu.

"Kaki saya okay...takde apa-apa yang teruk pun" balas Airis perlahan. Dah orang nak ajak berborak, takkan dia nak buat sombong pulak. Qidran hanya mengangguk tanda mengerti. Dia kembali menyuap nasi ayam ke dalam mulut.

Airis menelan air liur sebelum menyoal lelaki di hadapannya itu.

"Encik Qidran kerja sini ke? Tak pernah nampak pun"

"Oh, saya sebenarnya kerja dekat bangunan architecture dekat sebelah shopping mall ni. Saya jarang-jarang datang sini, selalu makan dekat kafeteria dekat office je. Tapi harini tekak ni terasa nak makan nasi ayam pulak, tu yang datang sini tu" panjang lebar Qidran menjawab. "By the way...panggil Qidran je, tak perlu berencik-encik, macam formal sangat pulak" katanya sambil tersenyum.

Airis tersenyum. Qidran ni memang murah dengan senyuman. Dia mula rasa selesa berbual dengan lelaki ini. Mereka pun makan sambil berbual-bual santai. Selesai makan, Airis meminta diri untuk beredar memandangkan waktu rehatnya hampir tamat.

"Harap kita boleh jumpa lagi. It's really nice to meet you" kata Qidran kepada Airis.

"InshaAllah...nice to meet you too" balas Airis. Mereka berbalas senyuman sebelum dia berlalu dari situ.




Petang itu Airis pulang dari tempat kerja kira-kira jam 6.30 petang. Sampai sahaja di rumah, dia perasan terdapat satu bungkusan sederhana besar di hadapan pintu rumahnya. Bungkusan tersebut dibalut kemas dengan kertas minyak.

"Siapa pulak kirim barang ni..." soal Airis sendiri.

Kerana terlalu penat, dia tidak berfikir panjang lantas kotak tersebut dibawa masuk ke dalam rumah. Mungkin dia ada membeli barang secara online tapi dia terlupa. Mungkinlah.

Malam itu ketika dia sedang bersantai menonton televisyen di ruang tamu, baru dia teringat akan bungkusan yang diterimanya tadi. Dia lantas bangun dan mendapatkan bungkusan tersebut yang diletakkannya di atas kabinet bersebelahan televisyen. Baru dia perasan yang bungkusan tersebut tidak mempunyai alamat mahupun nama pengirim. Dia mula rasa sedikit pelik.

Kertas minyak yang membaluti bungkusan tersebut dikoyak. Kelihatan di dalamnya ada kotak berwarna putih yang ditutup dengan pita pelekat. Hati Airis mula rasa was-was. Namun disebabkan rasa ingin tahu yang membuak-buak, dia buka juga kotak tersebut.

Serta-merta hidungnya terbau sesuatu yang hanyir. Bau ni...bau hanyir darah... Kotak tersebut terlepas dari pegangannya. Seluruh badannya menggigil. Lututnya menggeletar. Dia pantas mencapai telefon bimbit dan menelefon polis.

Di dalam kotak tersebut, terdapat bangkai seekor kucing yang terburai perutnya, menampakkan organ-organ dalaman kucing tersebut. Mata kucing itu turut dicungkil keluar. Yang lebih mengerikan, terdapat sekeping nota yang ditulis dengan darah pada badan kucing tersebut. Nota tersebut tertulis...

 Nota tersebut tertulis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
PERTEMUAN ✅Where stories live. Discover now