BAB 52

5.4K 303 27
                                    

Luqman menarik kasar tubuh Airis keluar dari bilik tersebut. Keadaan Airis yang meronta-ronta langsung tidak memberi kesan kepada dirinya malah cengkamannya pada tubuh Airis makin diketatkan.

"Qidran, tolong...lepaskan saya, jangan buat saya macam ni ..." Airis cuba menagih simpati Luqman. Matanya sudah merah menahan tangis. Cengkaman tangan Luqman pada tubuhnya terasa begitu menyakitkan.

Luqman hanya tersengih mendengar rayuan Airis. Dia membuka pintu bilik yang menjadi bilik tahanan Airis di rumahnya itu lalu badan Airis terus ditolak kasar ke lantai.

Airis cuba untuk bangun namun kakinya pula dipijak kuat oleh Luqman. Dia mengerang kesakitan.

"Lepaskan akulah lelaki tak guna!"

Airis mula berang diperlakukan sebegitu. Dia tidak menyangka begini rupa sebenar Qidran. Air matanya yang sedari tadi ditahan akhirnya menitis jua ke pipi. Luqman yang melihat keadaan Airis itu langsung tidak memaparkan riak simpati sedikitpun terhadap gadis itu malah bibirnya sempat mengorak senyum kemenangan melihat keadaan Airis yang tidak berdaya melawan kudrat lelakinya. Kakinya makin ditekan pada kaki Airis menyebabkan raungan gadis itu semakin kuat.

Luqman tersengih. Dia puas! Dia suka melihat orang lain menderita kerananya. Bagi dia itu merupakan satu kemenangan.

Setelah beberapa minit, Luqman mengalihkan kakinya dari kaki Airis. Perlahan-lahan, dia mencangkung di hadapan Airis. Gadis itu kelihatan lemah akibat menahan sakit namun mata Airis masih mampu merenungnya tajam. Dia nampak api kebencian di dalam anak mata Airis menyebabkan dia rasa sedikit tercabar. Tanpa dapat menahan diri, rahang Airis dicengkam kuat. Wajah gadis itu dibawa rapat ke wajahnya.

"How dare you...looking at me like that" Luqman berdesis perlahan. Matanya merenung tajam ke dalam anak mata Airis namun gadis itu tidak sedikit pun mempamerkan riak gentar.

"You better show some respect to me"

Tawa kecil meletus dari bibir Airis sebaik sahaja dia mendengar kata-kata Luqman itu.

"You know what...devil like you don't deserve my respect. Nak tahu sebab apa? Sebab martabat kau lagi rendah dari binatang" Airis berkata sinis.

Mendengar sahaja kata-kata yang keluar dari mulut Airis, Luqman terus menampar kuat pipi gadis tersebut. Tak cukup dengan itu, dia pantas mencengkam pula leher Airis, kuat.

Airis, dengan bibirnya yang berdarah dan pipinya yang mula lebam, masih mampu menayang senyum sinis memandang Luqman. Entah kenapa, dia sudah tidak berasa gentar lagi berhadapan dengan Luqman. Bagi dia, lelaki ini tidak layak untuk ditakuti. Dia tidak akan sesekali menunjukkan yang dia takut di hadapan lelaki ini kerana dia tahu, Luqman jenis yang suka melihat orang lain menderita. Oleh sebab itu, dia akan cuba melawan lelaki ini selagi mampu.

Melihat senyuman Airis menambahkan lagi amarah dalam diri Luqman. Dia betul-betul rasa tercabar dengan tingkah laku Airis yang terang-terangan cuba melawannya. Cengkaman pada leher Airis diketatkan. Kalau diikutkan hati, sekelip mata sahaja dia boleh patahkan leher Airis namun dia tidak ingin berbuat begitu. Airis milik dia dan dia inginkan gadis ini hidup-hidup.

Mata Airis mula berpinar akibat kekurangan oksigen pada otak. Nafasnya juga tercungap-cungap cuba menyedut udara ke dalam paru-paru. Dalam keadaan begitu, dia masih mampu menangkap butir bicara Luqman.

"You will forever be mine, Airis. I will make sure you never meet that bastard again, and we will be together forever. But first, I kena ajar you macam mana nak hormat I"

Selesai berkata-kata, Luqman melepaskan cengkamannya.

Airis pantas menghirup semahu-mahunya udara masuk ke dalam rongga pernafasan. Matanya yang berpinar-pinar memandang ke arah Luqman yang sudah berlalu ke sudut bilik mengambil sesuatu di atas lantai. Dalam kesamaran, dia masih mampu melihat objek yang dipegang oleh lelaki tersebut saat lelaki itu berjalan menghampirinya.

PERTEMUAN ✅Where stories live. Discover now