BAB 37

5.8K 315 16
                                    

Hari ini hari Rabu. Memandangkan dia bercuti pada hari ini, Airis membuat keputusan untuk pergi ke pasaraya Giant untuk membeli barangan dapur. Dia terpaksa pergi seorang diri kerana Yvonne bekerja dan Mark pula outstation di Johor. Tapi dia tak kisah, dia sudah biasa. Lebih kurang jam 2.30 petang, dia bertolak ke pasaraya tersebut dengan menaiki teksi.

Sedang Airis sibuk memilih barang, dia merasakan bahawa dirinya seakan-akan diekori oleh seseorang. Matanya mula meliar memandang sekeliling. Tak nampak pula sesiapa yang mencurigakan.

Mungkin perasaaan aku je kot, fikir Airis.

Dia kembali memilih barangan dapur. Minyak masak diambil dan diletakkan di dalam troli. Dia kemudian melangkah pula ke bahagian lain. Tinggal nak beli beras je, lepastu boleh balik, monolog Airis sendiri.

Sekampit beras 5 kg diambil dan diletakkan di dalam troli. "Okay settle" ujar Airis perlahan sambil tersenyum. Namun beberapa saat kemudian, dia kembali merasakan seolah-olah ada mata yang sedang memerhatikan gerak-gerinya. Matanya kembali meliar memandang sekeliling. Yang ada di bahagian itu cuma dia, seorang wanita bersama anak kecil dalam lingkungan umur 4 tahun dan juga seorang lelaki yang dia anggar hampir sebaya dengannya.

Airis menghembus nafas perlahan. Dia cuba menenangkan jantungnya yang berdegup tidak sekata. Takde apa-apa la Airis...perasaan kau je tu, dia cuba memujuk diri sendiri.

Dia terus melangkah ke kaunter pembayaran. Tidak betah dia untuk terus berlama-lamaan di situ. Selesai membuat pembayaran, Airis terus berjalan menuju ke tempat menunggu teksi yang terletak berhampiran pasaraya tersebut. Keadaan di situ agak lengang dan sunyi, maklumlah kebanyakan pengunjung pasaraya tersebut mempunyai kenderaan sendiri.

Airis mengambil tempat duduk di bangku yang tersedia di situ. Jam tangan dilirik sekilas. Pukul 4.30 petang. Harap-harap cepatlah teksi ni sampai, fikir Airis. Rasa risaunya masih tersisa.

Tidak semena-mena, telefon bimbit Airis berbunyi. Tersentak gadis itu dibuatnya. Lekas-lekas telefon diambil. Melihat nama yang tertera di skrin, rasa risaunya perlahan-lahan menghilang.

"Assalamualaikum..." sapa suara di hujung talian.

"Waalaikumussalam" balas Airis ceria.

"Ceria je suara cik Airis kita ni, suka eh saya call?" sakat Mark sambil ketawa.

"Mark! Awak call ni semata-mata nak sakat saya je ke?" soal Airis sedikit geram. Mark hanya ketawa di hujung talian.

"Haah. Dari pagi tadi saya rasa hari saya tak lengkap, rupa-rupanya sebab saya belum sakat awak lagi harini. But now...my day is complete" ujar Mark bersama tawa yang masih tersisa.

"Mengada!" ucap Airis tidak puas hati. Namun mendengar suara tawa Mark, dia jadi tersenyum sendiri.

"Awak dekat mana? Rumah?" soal Mark setelah tawanya reda.

"Taklah, saya dekat Giant. Tengah tunggu teksi nak balik rumah. Beli barang dapur sikit, stok dekat rumah dah habis..." panjang lebar Airis membalas.

"Awak sorang-sorang?" soal Mark lagi. Suaranya kedengaran sedikit risau.

"Yelah...Yvonne kerja. Takde siapa nak teman"

Mark mengeluh perlahan. Dia risau. Dia takut kalau-kalau mamat gila tu muncul lagi mengganggu Airis.

"Awak jangan risau, saya okay. Sekejap lagi sampailah teksi tu" pujuk Airis lembut. Mendengar keluhan Mark, dia tahu apa yang sedang bermain di fikiran lelaki itu.

"Fine...tapi jangan putuskan talian sampai teksi datang. Keep talking to me, okay? Saya teman awak" ujar Mark sedikit tenang.

Airis tersenyum. Lelaki ini sweet dengan cara dia yang tersendiri. Dia rasa dialah wanita paling beruntung kerana mendapat lelaki sebaik Mark.

PERTEMUAN ✅Where stories live. Discover now