1

275 26 2
                                    

Hari ini aku pulang agak lewat kerana mengikuti latihan bola keranjang.Tepat jam 7:30 petang, aku menunggu di bas stop yang berdekatan dengan gelanggang bola keranjang.

Aku menunggu bas dengan penuh kesabaran.Harap+harap masih ada lagi lah bas, nanti jenuh pula aku nak berjalan kaki ke rumah.Sudahlah jarak ke rumah kira-kira 10 km.

Aku menguis-nguis batu kecil menggunakan kaki.Agak lama aku berbuat demikian kerana kebosanan.Baru aku perasan yang ada nenek berdiri di sebelah aku.Umurnya dalam lingkungan 70-an.

"Hye nek.Nenek dari mana ni? "

"Nenek dari kubur"

"Ouh."

Baru lepas melawat kubur rupanya.Patutlah bau macam kapur barus jer.Aku hanya membiarkan nenek tersebut.

Aku mengeluarkan sebatang pen dan kertas untuk melukis.Tiba-tiba sahaja pen aku tergelincir dari tangan aku.

Aku tunduk kemudian ambil pen.Sempat aku melihat ke arah kaki nenek.Roh rasa nak melayang apabila kaki nenek itu tidak menjejak tanah.Aku cepat-cepat bangun.

"Erm nek.Dah lewat sangat ni, saya balik dulu ya"

"Nak balik ke nak lari"

Senyuman aku terus mati apabila rupa nenek sudah bertukar menjadi hodoh dan mengerikan.Mukanya dipenuhi darah dan ulat kecil merayap di mukanya.

Aku rasa macam jantung aku nak tergolek jer.Aku bernasib baik kerana kebetulan kawan aku lalu.Aku terus pecut ke arahnya.Dia berhentikan motornya kerana pelik melihat aku tergesa-gesa.

"Bro, hantar aku balik"

Tanpa menunggu jawapan, aku terus melompat ke atas motornya.Fuh, nyaris nak terbalik.

"Kau kenapa!!?"

"Nanti aku cerita dekat rumah.Cepatlah"

Dia terus memecut laju.Aku mengerling ke belakang, nenek itu tersenyum sambil melambai.Baru aku perasan, ada sebuah batu nisan di tangannya.

Sampai di rumah, aku terus menceritakan kejadian tersebut.Kawan aku agak tergamam, mungkin percaya mungkin tidak.

Sejak kejadian di bus stop, aku demam selama seminggu.Aku juga tarik diri dari team bola keranjang.Bukan apa, sebab aku dah serik nak balik ke rumah pukul 7:30 dan ke atas.

☕︎ end ☕︎

Creepy Pasta Where stories live. Discover now