3

137 21 4
                                    

Bath.

Cuba korang bayangkan.

Kau dapat tiket free ke konsert artis.Tak kisahlah artis melayu ke china ke India ke bangla ke.

Kemudian kau naik lah kereta kawan kau untuk pergi ke konsert tu.Contohnya, kau stay dekat Kelantan manakala konsert tu pula berlangsung dekat Kuala Lumpur.

Konsert tu dua hari lagi tapi disebabkan kau terlalu excited, kau pergi harini.Kau tiba di lokasi tepat jam 8 malam.Kau tempah hotel sorang-sorang sebab kawan kau terpaksa balik awal.Ada hal yang perlu diselesaikan.

Kau masuk dalam bilik kau.Kau bukannya kisah sangat tinggal sorang-sorang sebab kau tu kiranya agak berani juga lah.Jam 9 malam, kau pergi mandi.

Hotel tu tak adalah mewah mana tapi ada disediakan tab mandi.Ala ala drama.

Kau pun berendam lah dalam tab mandi tu sampai tak sedar yang ada orang memerhati.

Pintu bilik air kau tiba-tiba sahaja terkuak.Muncul seorang lelaki asing.Kau pandang dia pelik sebab seingat kau, kau dah kunci pintu bilik.

Lelaki tu pandang kau dengan senyuman misteri.Kau boleh nampak yang dekat tangan dia ada sebuah gergaji jig.Kau tak dapat nak lari sebab dia makin mendekat.

Keesokan harinya, terpampang di dada akhbar serta media sosial tentang berita yang mengejutkan.

'Seorang gadis / lelaki malang telah ditemui dalam keadaan yang menyayat hati.Leher mangsa di kelar hingga kepala terputus.Isi perut juga terburai serta kedua-dua belah tangan dan kaki telah dicincang sehingga hancur.Mangsa disyaki di bunuh namun pembunuh tersebut masih lagi tidak dapat dikesan.Pihak kami akan cuba sedaya upaya untuk menangkap suspek"

Kau tersenyum sambil memegang sebuah kapak.Mencari mangsa untuk dijadikan senasib dengan kau.

Creepy Pasta Where stories live. Discover now