25

18 4 2
                                    

"Wei adriana"

Adriana berpaling ke arah empunya suara yang telah memanggilnya, ianya adalah rakannya iaitu Ryyana.

"Muka kau makin lawa la.Makin putih fuh lepastu makin flawless.Produk apa eh yang kau guna? Wah ni kalau muka kau jadi topeng, mesti laku kan?"

Sememangnya Adriana memiliki rupa paras yang lagi lawa kalau nak dibandingkan dengan wajah Ryyana, sebab itulah dia bertanya kepada Adriana.

"Eh ofcourse.Tak macam kau, muka berjerawat sana sini.Berminyak pulak tu.Produk yang aku guna ni, tak perlu kot bagitahu.Takut kau tak mampu beli jer.Okaylah, aku nak pergi dating dulu.Papehal datang je rumah aku, family aku takda, bolehlah kau merempat.Bye bye"

Adriana berjalan pergi meninggalkan Ryyana yang masih lagi terpinga-pinga mendengar mulut laser kawannya itu.

"Teruk sangat ke muka aku? Cis, tak apa.Esok tak ada orang dah nak puji muka kau tu, semak betul" Ryyana pergi ke rumah Adriana tanpa diketahui oleh gadis tersebut.

Dia tiada kunci rumah Adriana namun disebabkan kepakarannya memecah masuk mana mana rumah, akhirnya dia berjaya menyelinap ke dalam.Dia lajukan langkahnya ke bilik Adriana lalu berbaring di bawah katil Adriana dalam keadaan gelap.

Dia menuju sahaja kepulangan rakannya itu sambil tangannya erat memegang gunting.

••

Keesokan harinya, Adriana tidak menghadirkan diri ke sekolah.Begitu juga hari-hari seterusnya jadi pengetua membuat keputusan untuk menelefon ibu bapa Adriana memandangkan Ryyana juga tidak mengetahui di mana keberadaan rakannya.

Selepas beberapa hari, akhirnya mayat Adriana ditemui di bawah katilnya dalam keadaan permukaan mukanya tiada.Darah masih lagi mengalir keluar daripada bahagian muka yang menampakkan isi itu.Kes Adriana disiasat oleh pihak polis namun masih belum menemui apa-apa.

"Sadriana.Tu lah kau, berlagak sangat.Ahh, selesa betul aku pakai kulit muka kau ni.Makin lawa kan muka aku? Ramai tanya apa rahsianya jadi aku bagitahu je lah nama produk yang kau guna tu.Thanks untuk topeng muka ni" kata hati Ryyana.Dia menyembunyikan perasaan gembira dan menayangkan kesedihan yang sememangnya palsu.

Creepy Pasta Where stories live. Discover now