BAB 3

568 42 5
                                    

Ayuni duduk di sebelah kanan Syam yang dibaringkan di atas katil oleh Raz. Raz melihat ke arah Ayuni yang cuba-cuba nak pegang tangan Syam tetapi rasa takut-takut nak pegang. Mungkin takut Syam marah.

"Bang Raz." Ayuni mengesat air matanya dengan lengan kanannya. Dia lihat pula ke arah Raz dengan mata manja yang masih berair.

"Ya, Ayuni. Ada apa?" Raz yang duduk di birai katil mula mengosok lambut kelapa Ayuni.

"Bang... Bang tak mati?" Ayuni bertanya kepada Raz.

"Tak, Ayuni. Abang Syam hidup lagi. Abang Syam cuma pengsan je. Mungkin sebab dia penat sangat."

"Kasihan, bang." Ayuni berbaring di sisi Syam.

"Ayuni sayang Abang Syam?" Raz mengaja mengajukan soalan tersebut kepada Ayuni.

Ayuni mengiring ke arah Raz. "Dik sayang bang. Dik sayang sume bang dik. Mama. Papa. Dik sayang. (Adik sayang abang. Adik sayang semua abang adik. Mama. Papa. Adik sayang.)"

Raz kembali menggosok lembut kepala Ayuni. Raz senyum. "Terima kasih, Ayuni."

"Tapi... Bang tak suka dik. (Tapi abang tak suka adik.)" Ayuni kelihatan sedih. Raz terdiam.

"Tapi dik ase lek la. Bang jap sayang dik jap tak suka dik. Ari tu kan, bang peluk dik masa tidur. Ari lain lagi, bang main baby bear dengan dik. Lagi lain ari, bang tak suka dik. (Tapi adik rasa peliklah. Abang kejap sayang adik kejap tak suka adik. Hari tu kan, abang peluk adik masa tidur. Hari lain lagi, abang main baby bear dengan adik. Lagi lain hari, abang tak suka adik.)" Jelas Ayuni dengan gaya penyiasat.

"Hahaha... Mesti Erzen dengan Aron." Bicara hati Raz.

"Tak tahulah. Mungkin Abang Syam tu kena ada mood agaknya."

"Mood? Apa tu?"

"Emosi."

"Emosi? Macam mana tu?"

"Errr... Perasaan. Mood ialah perasaan. Mungkin Abang Syam penat sebab itu dia kata 'tak suka' Ayuni. Maknanya dia tak nak main dengan Ayuni." Beritahunya kepada Ayuni.

Kemudian, dia menyoal dirinya sendiri. "Apa yang aku merepek ni?"

*

Ayuni ditinggalkan di atas katil bersama-sama dengan Syam. Manakala, Raz pula sedang sediakan makanan untuk adik-adiknya. Ketika ini Ayuni sedang bermain dengan anak patung beruang bernama Baby milik Aron. Dia peluk, gomol, cium, dan baring atas Baby jadikan alas kepala.

Perlahan-lahan Syam membuka matanya. Dilihatnya sekeliling dan pandangannya terhenti kepada Ayuni. Dia bingkas bangun dan menjerit. "Baby!"

Ayuni terkejut. Dia melihat ke arah Syam atau 'Aron'. "Bang hidup kembali. Yey!" Ayuni tanpa berfikir panjang terus peluk Aron. Aron pula terdiam.

"Eh? Aku mati ke?" Dia berfikir.

"Ayuni."

"Ya." Perlahan-lahan Ayuni melepaskan pelukkannya.

"Siapa benarkan Ayuni ambil Baby abang punya?" Aron tarik tangan kanan Baby.

Ayuni pula tarik tangan kiri Baby. "Ni dik punyalah."

"Abang punya."

"Dik punya!"

"Abang punya!"

Maka, sesi tarik-menarik anak patung beruang milik Aron pun berlaku sehinggalah Raz masuk ke dalam bilik tersebut akibat mendengar adik-adiknya bergaduh. Raz masuk ke dalam bilik bersama-sama dengan senduk nasi.

"Hei! Hei! Apa ni?" Soal Raz yang berapron gambar Hello Kitty.

"Bang ambil baby bear dik punya." Ayuni mengadu.

"Berapa kali abang nak kata. Ni abang punyalah. Adik belilah sendiri."

"Dik punya. Dik jumpa dulu."

"Abang punya. Abang lahir dulu."

Raz tumbuk pintu bilik Syam. Masing-masing terdiam. "Aron! Bagi jelah Ayuni main. Kau dah besar. Lain kali beli lain la."

"Aron?" Ayuni rasa pelik mendengar nama tu.

"Tapi ni aku punyalah." Aron tetap bertegas.

"Aron! Jangan berperangai macam budak-budak la. Kau dah besar." Tegasnya terhadap Aron.

"Okay. Nah, ambillah. Nanti abang beli yang lagi besar. Tak nak bagi Ayuni." Aron merajuk. Ayuni diam dan terkelip-kelip matanya.

"Kenapa pandang abang macam tu?" Aron bertanya kepada Ayuni.

"Aron." Kata Ayuni sambil melihat wajah kacak abangnya itu.

"Aron?" Mereka berdua rasa hairan apabila mendengar nama yang disebut oleh Ayuni.

"Tadi Bang Raz anggil bang 'Aron'. Nama bang dik, Bang Yam. (Tadi Abang Raz panggil abang 'Aron'. Nama abang adik, Abang Syam.)" Ayuni melihat Aron dan Raz selang-seli.

"Aku dah terlepas cakap." Raz mengeluh dalam hati.

"Ayok, Abang Raz nyanyuk." Perli Aron lalu ketawa.

"Kau diam!" Raz menjerit dalam hati.

*

Raz memerhati Aron dan Ayuni bermain di ruang tamu selepas selesai makan tengah hari. Ketika ini Raz sibuk menjawab panggilan telefon daripada rakannya. Namun, matanya tidak beralih daripada melihat-adik-adiknya main pondok-pondok di ruang tamu.

"Bang~" Ayuni memanggil Aron.

"Ya." Jawab Aron sambil menyusun lego.

"Bang sayang dik? Bang suka dik? (Abang sayang adik? Abang suka adik?)" Ayuni tongkat dagu sambil bersandar di tepi sofa. Matanya melihat ke arah Aron.

"Mestilah sayang. Abang pun suka adik. Adik comel. Dah besar nanti mesti cantik." Kata Aron dengan mesra tidak seperti Syam.

"Tapi ari tu bang kata bang tak suka dik. (Tapi hari tu abang kata abang tak suka adik.)" Ayuni kelihatan sedih ketika mengungkapkan ayat tersebut.

"Ya ke? Abang tak ingatlah."

"Dik ase sedih. Apa salah dik? (Adik rasa sedih. Apa salah adik?)" Ayuni tundukkan padangannya ke arah lego yang disusun oleh Aron.

Aron berhenti susun lego lalu memeluk tubuh kecil Ayuni. "Ayuni tak salah. Abang yang salah. Maafkan abang, ya. Abang sayang Ayuni."

"Dik sayang bang. (Adik sayang abang.)" Ayuni membalas pelukkan tersebut.

Raz hanya senyum melihat suasana tersebut. "Aron sayangkan Ayuni tapi Syam..."

"Hello? Raz?"

"Ha? Ya ya. Aku ada dekat sini. Sorry. Sorry." Dia gelabah apabila rakannya memanggil namanya dalam talian.

"Kau okay ke?"

"Aku okay. Eh? Sampai mana kita bincang tadi?"

"Setuju tak kalau kita bermalam dekat rumah Afif sebelum kita bertolak ke tapak perkhemahan?"

"Umm... Okay juga. Dah dekat sangat dengan kawasan perkhemahan. Jimat sikit minyak kereta."

"Okay. Nanti aku beritahu Afif."

"Okay. Bye." Panggilan telefon ditamatkan. Raz pula terus berjalan ke arah adik-adiknya di ruang tamu.

A.K.U : NAMA AKU RaSISWhere stories live. Discover now