EXTRA : RAYA (1)

376 31 19
                                    

Majlis pertunangan Syam dan Enes telah selamat dilaksanakan seminggu sebelum berpuasa, beberapa bulan selepas kejadian kes pembunuh upahan. Dato' Azmi mencadangkan Syam dan Enes dikahwinkan dua minggu selepas raya. Rahim berasa berat hati untuk lepaskan adik kesayangannya itu. Namun, dia tiada pilihan lain kerana Enes mahukan jalan yang dipilihnya itu. Rahim terpaksa bersetuju. Tambahan pula, urusan perkahwinan kedua-dua belah pihak diuruskan oleh Dato' Azmi. Rahim tidak perlu mengeluarkan wang langsung.

Seminggu sebelum majlis pertunangan tersebut, Rahim telah bertemu dengan Syam di sebuah kafe. Dia siap memberi amaran supaya tidak menyakitkan hati Enes dan tidak mencederakan adiknya itu. Jika itu berlaku, Rahim tidak teragak-agak untuk mengambil kembali adiknya itu. Syam pula hanya bersetuju kerana dia tahu dia tidak sempurna.

Enes memerhatikan cincin pada jari manis tangan kirinya selepas majlis pertunangan tersebut. Dia senyum sendirian. Dia berguling-guling di atas katil kerana dia terlalu gembira dapat menjadi tunang Syam. Sementara itu, Syam pula sedang termenung di hadapan cermin. Dia melihat dirinya yang tidak berpakaian, hanya bertuala pada pinggang.

"Bila agaknya badan aku berotot? Betul apa Nazrul kata. Aku macam papan. Reda je la." Dia mengeluh.

Pintu bilik diketuk dan dibuka. Syam melihat ke arah Ash dan Ash melihat ke arah Syam. "Deja vu." Kata Ash ketika melihat Syam di hadapan cermin sama seperti dahulu.

"Kenapa?" Dia berjalan ke arah katil. Baju dicapai dan dipakai pada tubuhnya.

"Err... Mama ajak makan." Beritahu Ash.

"Okay. Abang turun la dulu. Syam nak siap-siap. Mana pula seluar ni?" Dia tercari-cari seluarnya yang sebelum ini ada di atas katil sekali dengan baju.

"Okay." Pintu bilik kembali ditutup. Ash berlalu pergi.

"Haih. Mana seluar aku berjalan ni?" Dia tercari-cari di sekeliling katil. Akhirnya, dia menjengukkan kepalanya ke bawah katil.

"Cak!" Ayuni terkejutkan Syam. Dia berada di bawah katil.

Syam mengurut dadanya akibat terkejut. "Apa Ayuni buat dalam bilik abang?"

Ayuni tersenyum-senyum. Dia keluar dari bawah katil sambil mengheret seluar trek milik Syam pada tangan kanannya.

"Ehhhh? Kenapa Ayuni ambil seluar abang?" Syam terus mengambil seluarnya yang berhabuk itu.

"Saja." Jawabnya dengan senyuman manja.

Syam mengeluh. "Habis berhabuk seluar aku." Sedih.

"Aaa-bang. Aaa- chum." Ayu terbersin kerana habuk di bawah katil tadi. Dia mengelap hingus menggunakan lengannya bajunya.

"Ayuni! Kotorlah!" Syam menjerit.

Ayuni pula sengih-sengih macam kerang busuk. "Hihihi..."

*

Seorang gadis tomboy sedang menunggu seseorang di KLIA 2. Matanya melilau mencari seseorang disebalik cermin mata berbingkai hitam. Perlahan-lahan dia berjalan menuju ke arah pintu keluar lapangan terbang tersebut.

Pintu utama lapangan terbang dibuka secara automatik. Lelaki yang memegang telefon berhenti di tengah pintu tersebut. Gadis itu pula berhenti di hadapan lelaki itu. Telefon milik gadis tomboy berdering. Dia segera mencari telefon tersebut dan jawab panggilan itu.

"Hello?"

Si jejaka melihat ke arah skrin telefonnya. Kedengaran suara seorang gadis menjawab panggilan itu. Dia lihat pula ke hadapannya. Begitu juga dengan gadis itu.

"Nana?"

"Abang Raz?"

*

Nana terperuk sahaja di dalam bilik sejak tiga jam dia sampai di rumah makcik saudaranya. Mungkin kerana dia penat. Tetapi mungkin juga tidak kerana dia sedang seronok berbual dengan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.

A.K.U : NAMA AKU RaSISWhere stories live. Discover now