Part 15

6.4K 114 3
                                    

"Naina hari ni datang rumah eh. Is takda kat rumah. Uncle outstation. Tinggal Airil je. Dia bukan nak cakap dengan untie pun."

Dan begitulah ceritanya yang sampai Naina sekarang di dapur tolong Auntie Mariah cuba resepi baru katanya. Maid ada aku juga yang dia ajak.

"Seronok kan mama Naina ada anak perempuan. 3 orang pulak tu. Boleh teman masak masak."

Naina hanya senyum. Dia tidaklah pandai masak tapi dia juga suka cuba resepi baru. Jadi bila Auntie Mariah ajak macam ni dia suka ja.

"Auntie tadi kat depan tu Airil ke? Naina tak tahu pulak Is ada adik lelaki."
"Ha ah.. Dia jarang balik rumah. Sejak masuk u lagilah susah nak nampak muka. Cakap dengan Auntie pun susah. Entahlah apa yang dia simpan dalam hati Naina. Kalau dengan Is lagilah x bercakap."

****************************
Naina bersiap siap untuk pulang semula kerumahnya. Dia menuju ke dapur untuk mengambil hasil 'resepi baru' yang telah diletak dalam tupperware oleh Mak Cik Leha, maid keluarga Is.

Dia ingin berterima kasih kepada Mak Cik Leha sebelum pulang tetapi tidak nampak dia dimana. Dia berjalan kebelakang dapur. Hidungnya terbau seperti asap rokok. Perlahan dia berjalan menuju ke arah bau sehinggalah sampai kepada tuan empunya badan yang sedang menghisap rokok.

Airil cepat cepat menurunkan batang rokok dari bibirnya.
"Hye Airil." Naina menegur. Airil hanya mengangguk. Dalam hatinya ingin Naina cepat cepat pergi dari situ.
"Kenapa smoke dekat sini? Airil umur 18 kan?"
Airil hanya diam.

Naina mengambil rokok yang masih dikepit dicelahan jari Airil. Dia kemudian menyedut perlahan rokok itu. Airil terkejut.

"Merokok ni macam healing kan. Tapi sekejp je ril... " Naina menghembus perlahan asap rokok. Tidak kekok.

"Benda ni.. Bukan setakat bahaya untuk kita.. Tapi untuk orang sekeliling kita. I lost my friend because of this." Naina sedut lagi rokok.

Airil seperti berminat untuk mendengar. Dia muda. Dia ingin mencuba dan rokok adalah salah datu darinya. Biasalah kan.

" So.. I used to be a heavy smoker. But one of my friend ada asthma. My friend and me.. Selalu merokok dekat dekat dengan dia. Macam lepak lepak kan. Selalunya takda apa pun. But one day.. Dia tiba tiba dia diserang asthma. Kami berlima. 4 dari kami adalah perokok dan sedang merokok. And... she died. Orang kata mungkin dah sampai masa dia. But for us... We know that.. Kami selfish. Bila dia batuk batuk kami tak amik kisah sngat pun. Dia pun respect kami. Tapi kenapa kami tak boleh respect dia. This is the only thing that haunted us after we lost her. Kami berhenti sejak hilang dia.."

Naina menghulurkan kembali rokok kepada Airil. "Habiskan jangan membazir." Naina senyum kemudian berlalu.
"Bye Airil. Take care."

Girlfriend kiriman TuhanWhere stories live. Discover now