Part 20

4.8K 82 1
                                    

"Naina, esok manager untuk outlet baru pergi tengok site. You pergi shah alam ye entertain."
"Alright. Perempuan kan? Woww first time ni manager outlet perempuan. She's must be a great person."
"Esok you jumpa la. Anak kawak Dato'."
" I see.."

********************************
"So.. Naina right?"
"Ya.. Lydia?" Lydia senyum manis.
Cantiknya perempuan ni. Bisik hati kecil Naina. Tiba tiba Naina teringat sesuatu..

Yes. She is Iskandar's ex! Naina sangat cam selepas tengok gambar palaroid Iskandar tempoh hari. She's so gorgeous.

Selepas Naina perkenalkan staff dan melawat kawasan outlet mereka bersurai.

"Naina.. if you don't mind come join me lunch? I baru balik sini so tak berapa tahu sangat kawasan ni.."
Naina senyum. "Oh sure why not.

Mereka pergi ke cafe berdekatan menaiki kereta masing masing. Mereka mengambil tempat paling hujung dan order makanan dan minuman.

"So Naina.. are you married?" Lydia bersuara ramah.
"Not yet.. you?"
"I'm divorced."
Naina sedikit terkejut. Rasanya macam baru dengar mereka kahwin tahun lalu. Kisah dari Megat rasanya begitulah. Yang waktu Iskandar sampai mabuk tu.
"Oh sorry to hear that."
" It's okey.. we divorced cara baiklah. Masing masing rasa tak serasi. And may be we feel guilty to someone."
Naina mengangkat kening.
"Nothing just..."

Makanan mereka sampai. Dan topik itu hanya terhenti sampai disitu sahaja.

*************************
Naina melihat dirinya di cermin. Ramai orang suka wajahnya. Mereka kata Naina natural beauty. Tapi Naina biasa. Sederhana sahaja. Pakaiannya sederhana. Macam mana Iskandar boleh bertukar taste. Naina membuka hpnya. Dia melihat wallpaper dirinya dan Iskandar. Kesibukan bekerja membuat mereka jarang berjumpa. Dia mula rindukan Iskandar.

Tiba tiba hpnya berbunyi.
Iskandar. Naina tersenyum.

"Hye my dear. Balik office pukul berapa hari ni?"
Naina melihat jam di dinding office.
"Pukul 6 nak gerak dah."
"Okey.. Megat dengan Faris ajak lepak malam ni. I ambil you after Maghrib okey?"
"Okey.. sekarang diorang contact you tak contact I dah kan." Naina ketawa kecil.

*******************
Malam itu mereka bertemu di Marakesh. Sudah lama mereka tidak lepak sekali.

"Farish kau sejak sejak ada gf ni susah betul nak jumpa." Megat mengusik.
Farish tersengih. Syaliha datang lambat sedikit. Pergi cari barang kahwin sampai ke Bali. Terlajak tidur katanya letih baru sampai Malaysia siang tadi.

"Megat, aku nampak awek cun. Kau mesti bosan kitorang semua ada partner kau je takda."
"Mana?"
"Tu..." Farish menunjuk ke arah seorang perempuan yang baru masuk ke dalam restoren menuju ke sekumpulan perempuan yang lain. Iskandar turut memandang. Disebabkan ramai memandang, perempuan itu terperasan dirinya menjadi perhatian. Dia memandang ke arah mereka.

"Lydia..."
Naina dan Iskandar bersuara serentak. Lydia tersenyum dari jauh. Hatinya berdegup kencang apabila ternampak Iskandar disitu. Sudah berapa kali dia cuba hubungi Iskandar sekembalinya dia ke Malaysia.

Lydia memberanikan diri menghampiri mereka. Dia perasaan Naina juga dalam kumpulan tersebut.

"Hai Naina.. Hai Is.." Naina bangun dan sambut huluran salam Lydia. Iskandar berlagak tenang dan hanya membalas senyum Lydia..

Girlfriend kiriman TuhanWhere stories live. Discover now