Chapter 32

4.2K 158 2
                                    

"Kenapa awak tak beritahu saya, Lily? Pasal family awak?" soal Umairah, agak marah.

Lily hanya tersengih. Dia berjalan menuju ke arah pavilion yang ada di situ.

"Mari duduk sini," kata Lily sambil menepuk-nepuk tempat di sebelahnya.

Umairah akur dengan permintaan Lily.

"If I told you, do you accept it? Awak mahu berkawan dengan saya? Dengan abang saya?" soal Lily.

"Tapi, saya berhak tahu kan? Saya kawan awak. Awak kawan saya. Saya taknak awak rahsiakan semua ni daripada saya," kata Umairah.

Lily tersenyum manis. "Het spijt me, I'm sorry, Maira. Tapi, papa ask us to keep it as secret," ucap Lily, lembut.

Umairah mengeluh.

"You don't need to care about this, Maira. Kami tidak kisahkan semua ini," kata Lily.

Umairah memandang ke arah bunga yang sedang mekar menadah matahari. Mereka sekarang ini berada di Rumah Hijau Diraja. Pertama kali dia melangkah masuk, dia kagum dengan keindahan tempat itu.

Lily telah membawanya berjalan-jalan di sekitar Château de Laeken dalam bahasa perancis atau lebih kenali sebagai Royal Palace of Laeken dalam bahasa Inggeris. Dia memang kagum dengan seni bina yang ada di sekitar Istana itu.

Kawasan itu mempunyai Villa Schonenberg, kediaman Rasmi Princess Maria of Belgium dan Château du Belvédère, kediaman Rasmi King Henry dan keluarganya.

Lily juga ada memberitahu tentang kawasan itu akan dibuka kepada orang awam untuk beberapa kali dalam setahun. Orang ramai boleh datang dan melihat sendiri keindahan reka bentuk istana itu dan juga beberapa tarikan yang ada di sekitar istana itu. Sebagai contoh, Rumah Hijau Diraja itu.

"Maira," panggil Lily.

Umaira berkalih memandang Lily.

"Awak marahkan kami semua?"

Umairah segera menggelengkan kepalanya. "Memang pada mulanya saya agak marah. Tapi, saya tak boleh nak buat apa-apa dah kan. So, I'll accept it with a smile."

Lily tersenyum. Kepala dia terangguk-angguk. "It's good to know that you are not mad anymore."

Umairah tiba-tiba memandang Lily. "Lily, boleh tak cerita kat saya tentang custom in Belgium. Kenapa awak berada dalam 5th-in-line for the throne? Awak kan bukan directly from King Henry?"

Lily tersenyum. "Awak nak tahu ke?"

Umairah menganggukkan kepalanya.

"Mama ialah 3rd-in-line for the throne. Uncle Henry baru mempunyai 2 orang anak, seorang putera dan seorang puteri. Puterinya, Elisabeth, merupakan Crown Princess of Belgium, memegang gelaran as Duchess of Brabant. Dia yang akan menjadi Queen after uncle Henry turun daripada takhta."

Umairah tekun mendengar penjelasan daripada Lily itu.

Lily tersenyum apabila melihat riak wajah Umairah yang begitu khusyuk mendengar kata-katanya itu.

"Kat sini, sesiapa sahaja daripada keturunan King Albert II ada hak untuk mendapatkan throne. So, dengan tak rasminya, kami, putera dan puteri kepada Princess Maria and also King Albert II's grandchildren have rights for the throne," terang Lily.

"Pastu, korang nak ke throne tu?" soal Umairah tiba-tiba.

Lily ketawa apabila mendengar kata-kata Umairah itu.

"Boleh pula awak tanya macam tu. Kalau orang yang ada di sini faham apa yang awak cakap tu, mesti diorang ingat saya dan keluarga saya inginkan kuasa," kata Lily sambil ketawa masih lagi bersisa.

Pengorbanan Untuk AwakWhere stories live. Discover now