Italic - bahasa belanda
~~~~~~~~~~~~~
"My lady," ucap seorang lelaki pertengahan abad sambil menundukkan badannya.
Pn Norlia melangkah masuk penuh yakin ke dalam rumah agam itu. Dia mengangguk membalas sapaan lelaki itu.
"Your royal highness," ucap lelaki itu apabila Tan Sri Hassan dan Adam melintasinya.
"Where is Charles, George?" soal Tan Sri Hassan.
"Lord Houston is already wait for all of you. Please follow me," ucap George, hormat.
Tan Sri Hassan mengangguk. Mereka bertiga segera berjalan mengikut langkah George.
Pn Norlia memandang sekeliling rumah agam itu. Banyak perubahan yang telah dilakukan ke atas rumah itu semenjak 27 tahun lalu. Walaupun begitu, reka bentuk rumah agam itu tetap sama, masih mengekalkan lagi sejarahnya selama 200 tahun ianya dibina.
"We are here, your royal highness, my lady," kata George.
Pn Norlia mengangguk sambil tersenyum. Dia melangkah ke dalam ruangan menerima tetamu. Dia memandang sekeliling. Dia senyum apabila melihat sekitar bilik itu.
"Lydia, my dear daughter," ucap seorang perempuan tua yang berada di situ. Dia terus memeluk tubuh Pn Norlia.
"Mama, saya dah balik," ucap Pn Norlia dalam bahasa belanda. Dia memeluk tubuh tua Lady Kyla.
"Mama rindukan Ely," ucap Lady Kyla, tersedu-sedan dalam pelukan Pn Norlia.
Pn Norlia mengusap-usap belakang ibunya. Dia hanya membiarkan sahaja Lady Kyla meluahkan perasaannya.
Kemudian, dia mengajak ibunya duduk di sofa yang ada di ruangan tetamu itu. Pn Norlia memandang tajam ke arah adiknya, Charles yang duduk di kerusi khas untuk ketua keluarga Houston itu.
"How are you, my dear brother?" soal Pn Norlia.
"Lydia, how come you are here?" soal Charles, terkejut dengan kedatangan Pn Norlia. Tan Sri Hassan langsung tidak memaklumkan kepadanya tentang kedatangan Pn Norlia bersama-samanya.
Pn Norlia tersenyum sinis. "Why, Charles? You look surprised. I thought you would be happy to see me here. Sampaikan sanggup hantar orang ke Malaysia untuk mencari saya?"
Charles tidak senang duduk apabila mendengar nada suara Pn Norlia itu. Pn Norlia sememangnya terkenal dengan sikapnya tegas terhadap orang-orang di dalam House of Houston.
"Mana isteri kamu, Charles? Saya perlu jumpa dengannya. Dia ada benda berharga saya."
Charles dan Lady Kyla berpandangan. Mereka gerun melihat Pn Norlia yang seakan-akan marah terhadap mereka berdua.
"What did Hilda do to you?" soal Lady Kyla, lembut.
Pn Norlia pandang Lady Kyla yang duduk di sebelahnya.
"She took my daughter!"
Charles dan Lady Kyla terkedu.
"Daughter?"
"Lydia, biar saya jelaskan perkara ni pada mereka," kata Tan Sri Hassan, lembut, memujuk Pn Norlia yang agak marah itu.
Tan Sri Hassan memandang Lady Kyla dan Charles. "Let me explain to both of you, my lady, my lord," kata Tan Sri Hassan.
Charles memandang Tan Sri Hassan. "Your royal highness, what is exactly happen?"
Tan Sri Hassan senyum hambar. "Van Gough family took Lydia's daughter as hostage."
YOU ARE READING
Pengorbanan Untuk Awak
RomanceSatu rahsia membawa Hana Umairah ke dunia yang penuh dengan cabaran. Syed Adam Mikael datang membawa rahsia yang tidak sepatutnya Umairah tahu. Rahsia yang membuatkan nyawa Umairah dalam bahaya. "Kalau awak tahu rahsia itu, awak kena bersedia untuk...