Chapter 44

4.2K 169 0
                                    

Italic – bahasa belanda

Adam mendekati ketua unit khas polis Belgium itu. Dia pegang bahu lelaki itu.

"Apa situasi sekarang ni, Karl?" soal Adam, serius.

"Ada beberapa orang yang mengawal Lady Myra. Sementara, Lady Hilda dan ketua keluarga van Gough, Francis tengah berbincang sesuatu di bilik atas vila itu," beritahu Karl.

"Emily?" soal Adam.

"Dia juga turut berada di vila itu bersama-sama dengan kekasihnya, Benjamin."

"How about the elders from House of Houston?" soal Adam, ingin tahu keberadaan orang-orang kuat House of Houston itu. Kerana mereka, semua ini terjadi. Lapangan terbang dibom. Umairah diculik dan pelbagai lagi kekacauan yang berlaku di Belgium disebabkan oleh mereka.

"Mereka tiada di vila itu. Namun, orang-orang saya telah berjaya menangkap orang-orang yang bertanggungjawab dalam penculikan pertama Lady Myra. Bukti menunjukkan bahawa elders of House of Houston semua terlibat dalam incident ini. Mereka dalam perjalanan untuk memberkas the elders of House of Houston," beritahu Karl.

Kepala Adam terangguk. "Good. Now, we have to save Lady Myra."

Karl mengangguk. Dia segera memberi arahan kepada anak-anak buahnya yang berpakaian serba hitam untuk bersiap siaga untuk masuk ke dalam rumah vila itu.

"We are ready, Your Royal Highness. At your command, sire," ucap Karl.

Adam mengangguk. "Let me enter the mansions first. From then, we will start the operation," kata Adam.

"But, your royal highness, it is dangerous for you to be alone," kata penolong Karl yang ada di sebelah Karl.

Adam senyum. "Don't worry. They won't do anything to me, Ben," kata Adam.

"But, if anything happen..,"

"Ben, HRH Prince Mike ada pengalaman dalam menyelamatkan orang tebusan. Dia lebih tahu apa yang lebih baik untuk selamatkan Lady Myra kerana orang yang sedang kita hadapi ini adalah golongan bangsawan. Hanya golongan bangsawan sahaja tahu tentang fikiran orang bangsawan," ujar Karl sambil menepuk-nepuk bahu Ben.

Adam mengangguk. Dia tidak menafikan kata-kata Karl itu. Apa yang dikatakannya itu betul kerana hanya golongan bangsawan sahaja mengetahui apa yang ada di fikiran golongan bangsawan.

"If there is no other objection, we will go with my plan. Beberapa orang daripada kamu akan menyelinap masuk ke dalam rumah itu untuk mencari kedudukan Lady Myra. Beri isyarat sekiranya jumpa Lady Myra. After that, all of you rempuh masuk rumah itu," ujar Adam, memberi arahan.

Karl menganggukkan kepalanya. Dia terus membahagikan ahli pasukannya kepada beberapa kumpulan. Dia mengangkat tangannya mengisyaratkan beberapa orang untuk menyelinap masuk ke dalam rumah itu. Manakala, beberapa orang yang berposisi penembak jarak jauh diarahkan supaya bersedia di atas sebarang kemungkinan untuk menembak.

Adam berjalan mendekati rumah agam itu. Dia membunyikan loceng rumah itu. Tidak lama selepas itu, seorang pembantu rumah itu membukakan pintu untuk Adam. Karl dan yang lain-lain hanya memerhati sahaja tingkah laku Adam itu. Adam sememangnya dari kecil sudah dilatih dalam hal-hal sebegini.

Dia sendiri mempunyai pangkat dalam angkatan tentera Belgium kerana kehebatannya dalam menyelesaikan pergelutan. Malah, pengalamannya di negara-negara bergolak juga turut memberi kelebihan kepadanya untuk menyelesaikan masalah itu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adam memandang sekeliling rumah itu. Pembantu rumah itu terus membawa Adam ke ruangan menunggu. Adam hanya duduk menunggu Hilda dan Francis.

Pengorbanan Untuk AwakWhere stories live. Discover now