Teaser 12

960 69 1
                                    

"Eh, Jazil nak makan nasi goreng ke? Kak Ngah tengok macam berminyak sangat. Tak jadi nak makan. Jangan amal sangat makan makanan berminyak. Nanti jantung tersumbat. Kolestrol tinggi ni."

Tidak jadi Jazil menyenduk nasi goreng yang siap terhidang.

"Nasib baik Kak Ngah ada bawa soto. Ingatkan umi dan abah ada. Umi suka sangat kalau Kak Ngah buatkan soto. Makan sampai bertambah." Di hujung bicara, Naura tertawa perlahan. Siap disendukkan nasi himpit ke pinggan Jazil, diletakkan pula untuk Azie.

Rosemiya menahan hati. Siapa yang tidak naik angin jika berhadapan dengan orang seperti Naura?

"Rose."

Daripada mangkuk nasi gorengnya, anak mata Rosemiya berpindah ke muka Jazil. Riak di tampang si suami sudah mengendur.

"Mari makan sekali." Jazil menarik kerusi di sebelahnya. Memanggil Rosemiya duduk di sebelah.

Jika diikutkan perut, dia memang lapar. Rosemiya sanggup menangguhkan sarapan semata-mata mahu makan bersama suami. Namun kehadiran Naura merosakkan segalanya. Musnah impian hendak berdua-dua dengan Jazil.

"Rose nak makan nasi goreng. Tapi bila ada orang cakap nasi goreng Rose masak tu berminyak dan takut jantung tersumbat, Rose tak nak makanlah. Rose masuk dulu, nak bersiap." Terus sahaja Rosemiya berpusing. Mengheret kaki ke dalam bilik. Dek ego, dia kelaparan. Tetapi dia peduli apa? Janji hati puas!

Sweet Rose [TERBIT]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora