Bab 8

198 18 0
                                    

Aku,Farah dan Sarah melangkah masuk ke dalam Saint Mary Private School dengan iringan mata daripada pelajar pelajar lain. Ada yang berbisik,ada yang mengutuk dan juga mengeji.

Namun aku tidak peduli akan hal itu,aku hanya peduli tentang dendam aku terhadap Pink Princess durjana itu. Sudahlah memfitnah aku,mereka mencari masalah pula dengan Black Heart Princess semasa ketiadaan aku di sekolah.

Kelas 5 Alpha yang riuh rendah seperti pasar malam tiba tiba senyap apabila melihat penolong ketua pengawas sudah kembali ke sekolah,iaitu aku. Black Heart Prince yang sedang bersembang juga memandang ke arah pintu.

Manakala Fatin dan Fatihah sedaya upaya menyorok muka mereka dari pandangan aku. Tetapi mereka silap,aku dah nampak dah ! Fitrah tidak dapat hadir ke sekolah kerana kecederaan yang teruk. Muahahahaha.

Setelah bertungkus lumus aku memujuk Doktor Lee agar biarkan aku keluar ward awal,akhirnya berjaya juga pujukan aku. Malam tadi Doktor Lee yang menghantar aku pulang kerana Irfan tidak dapat datang kerana urusannya belum selesai. Jadi malam tadi aku tidur bersama Farah dan Sarah di rumah aku. Black Heart Princess menuju ke tempat duduk mereka dengan muka yang ketat.

"Hi Indra!" Tegur Andra sambil tersenyum. Sorry,senyuman kau tak bermakna apa apa di hati aku.

"Hi" Balas aku dengan malas. Senyuman cuba kuukir namun akhirnya terserlah senyuman paksa.

Aku terpaksa membatalkan niat aku kerana ketua Pink Princess iaitu Fitrah tidak hadir. Tak apa,esok lusa ada lagi. Senyuman sinis terlakar di bibir aku.

"Hey guys,jom tengok movie nak petang ni ?" Ajak Izwan tiba tiba.

Aku,Farah dan Sarah berpandangan sesama sendiri untuk berfikir sama ada bersetuju ataupun menolak sahaja permintaan mereka. Kata putus diberi,mereka bertiga setuju untuk keluar bersama Black Heart Prince.

"On,tapi kau belanja ?" Farah mengangkat angkat kening kanannya umpama mencabar Izwan.

"Okay,aku belanja semua orang. Asalkan kau orang join petang ni." Izwan tiada masalah jika perlu mengeluarkan duit untuk kawan kawannya. Asalkan Izwan gembira bersama kawannya. Yalah,duit bukan boleh bawa masuk kubur pun.

"Makan pula aku belanja" Pelawa Izran pula.

Aku dan kawan aku apa lagi,seronoklah ! Bukan selalu ada orang belanja ni. HAHAHAH bukan materialistik tetapi rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari. Tak gitu kan ?

"Wahhh,terbaiklah kau orang ni ! Kau,Andra buat apa pula ?" Sarah menegur Andra yang senyap sedari tadi.

"Aku ambil kau orang semua kat rumah masing masing. Pakai kereta aku,sebab aku dah lama tak keluar naik kereta" Balas Andra. Lagi melebarlah senyuman aku,Farah dan Sarah. Sudahlah makan dibelanja,wayang dibelanja,malah ada driver ambil pula !

"Next time turn Black Heart Princess pula" Kata kata aku disambut dengan anggukan dari Farah dan Sarah tanda setuju.

"Okay deal,pukul 2 : 30 make sure dah siap okay !" Izwan senyum melebar apabila hajatnya ingin keluar bersama gadis gadis ini tercapai. Tiba tiba kedengaran suara Andra menegur sesuatu.

"Tangan kau kenapa tu weh ?" Soal Andra.

"Apa kenapa ?" Soalan Andra dijawab dengan soalan oleh aku.

"Lengan kanan dan kiri kau tu kenapa ?" Soalan lagi.

"Kau rasa kenapa ?" Aku saja buat teka teki

"Kau jatuh ke ?" Soalan.

"Taklah, ni tersimbah minyak panas,melecur teruk so doktor balut tak nak jadi lagi teruk" Bohong aku. Andra hanya mengangguk faham walaupun sedikit musykil

My Strong Girl [ C O M P L E T E D  ]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora