Bab 10

201 20 2
                                    

Aku sedang menunggu kehadiran kawan atau lebih dikenali sebagai penyiasat persendirian. Fiqri ni kawan Irfan sebenarnya,dan aku kenal dia ni dari Irfanlah. Jam tangan dikerling sekilas,sudah pukul 10 30 malam. Tetapi masih tidak nampak kehadiran Fiqri.

Tiba tiba kerusi dihadapan aku ditarik,dan terus mematikan lamunan aku. Terkejut juga. Bila dilihat siapa yang berada di hadapan aku,terus reda amarah yang ingin menggila sebentar tadi.

"Ha mana bukti yang kau cakapkan tu ?" Soal aku.

"Ada ada. Tapi saya harap boss tak terkejutlah ya" Panggilan boss itu sudah melekat dari dulu lagi. Sudah ditegah namun masih tak peduli. Lantak kau lah Fiqri.

"Hm okay,siapa nama abang kembar aku tu ? Mana gambar dia ?" Soal aku bertubi tubi.

"Nama abang boss ialah Tengku Andra Mikael,nah ini gambar dia" Ujar Fiqri sambil menunjukkan gambar Andra. Manakala hati aku dah tersentak,Andra ?! Seriuslah tu abang aku ?!

"Fiq,kau serius ke ni ?" Soal aku sambil memberikan pandangan tajam. Kepala aku sudah pening pening.

"Yes,why ?"

"Andra tu classmate aku." Terbeliak biji mata Fiqri apabila mendengar kata kata aku. Tak sangka pula kembar sendiri jadi classmate. Tapi kenapa Andra tu macam tak kisah ?

Aku mengeluh. Andra ialah abang aku,kembar yang aku cari selama ini. Rantai yang terletak dileher dipegang. Rantai ini ada penemannya,cincin bewarna silver,yang bertulis "love".Manakala rantai aku pula bertulis " Heart". Rantai itu diberikan dekat aku kerana aku perempuan,manakala Andra dapat cincin. Yalah takkan nak pakai rantai pula ?.

Kepala aku semakin pusing. Aku melihat Fiqri yang sedang leka menikmati airnya itu. Aku harus pastikan Andra tidak jatuh cinta dengan aku. Perkara ini serius,bukan main main.

"Aku balik dululah. Nanti aku bank in payment kau through online banking okay ?. Bye and thanks" Pamit aku. Tidak betah berlama lama kerana pening kepala yang teramat sangat. Fiqri hanya mengangguk,lalu aku dengan segera berlalu pergi dari situ.

Saint Mary Private School

Aku melangkah masuk ke 5 Alpha dengan langkah yang laju. Tidak sabar untuk mulakan sesi membalas dendam terhadap Pink Princess. Black Heart Princess yang sedang berbual bersama Black Heart Prince memandang ke arah aku yang sedang tersenyum senget. Rambut yang agak serabai dikemaskan oleh aku menggunakan jari.

"Why lambat ?" Soal Farah.

"Nak bagitahu ke ?" Soal aku semula.

"Nevermind" Balas Farah menyampah. Death glare diberikan kepada aku dan membuatkan aku tergelak. Sarah dan Black Heart Prince turut sama ketawa melihat telatah aku dan Farah.

"Hari ini,kau boleh balas dendam atas fitnah yang dibuat oleh Pink Princess." Beritahu Sarah sambil tersenyum sinis.

Aku memandang ke arah Pink Princess yang sedang berbual bual sambil tersenyum jahat. Lengan yang dibalut dan gaya rambut Fitrah yang baru dikerling oleh aku. Itu baru Sarah. Belum aku buat lagi. 'Today you will see the real Black Heart Princess' Getus hati aku.

Perbualan terhenti kerana sesi pembelajaran sudah bermula. Madam Hariza masuk ke kelas dan mulakan pembelajaran matematik. Aku dan Farah sudah melentokkan kepala di atas meja dan tidur.

Manakala Sarah menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang diajar oleh Madam Haliza. Fav subject Sarah katakan. Apabila sudah tiba waktu rehat,Sarah mengejutkan aku dan Farah lalu kami bergerak ke Saint Mary Cafe. Black Heart Prince pula sudah hilang. Laju betul !

Aku,Farah dan Sarah menjamah nasi goreng bersama dengan air coke tiba tiba tersentak apabila Pink Princess berada di meja mereka dengan muka yang bengang. Mata Fitrah yang lebam itu dipandang dan aku tergelak didalam hati.

My Strong Girl [ C O M P L E T E D  ]Where stories live. Discover now