Selepas penjelasan Jungkook tentang kelakuannya yang gila itu, aku duduk diam. Terkedu malahan semakin takut berhadapan dengan lelaki yang baru aku kenali dua hari sahaja ini.Apa lagi yang dia rahsiakan selain penyakit gangguan mental tersebut?
Aku bermain dengan jariku. Tidak tahu apa yang ingin dikatakan, aku hanya berdehem tanda membalas.
"Kalau macam tu, tiada apa lagi yang harus saya jelaskan. Saya pulang dulu ke rumah. Maaf mengganggu cik Hae Yoon."
Dingin sahaja kata-kata Mr Jeon kepadaku. Aku mengangguk dan menghantarnya ke muka pintu.
Jungkook melihat aku sekali lagi dan menunduk hormat sebelum langkahnya dilajukan ke pintu rumahnya yang hanya bersebelahan dengan rumah aku.
Pintu aku tutup perlahan. Aku sandarkan badan dan terduduk di muka pintu.
Patutkah aku bantu Mr Jeon untuk atasi penyakit yang dihidapinya?
Tapi aku baru je kenal dia.
------------------
Dua minggu di Universiti Big Hit berlalu begitu sahaja. Masa begitu cepat. Kuliah yang ada mula diikuti dengan deretan kelas tutorial untuk setiap subjek. Aku mulai sibuk dengan beberapa tugasan yang sudah diagihkan oleh pensyarah termasuklah dari Mr Jeon Jungkook.Sejak pertemuan aku dengan dia di rumah sewa, aku langsung tidak bertembung kawasan perumahan walaupun Mr Jeon sendiri tinggal bersebelahan dengan aku.
Mungkin dia elakkan diri dari aku?
"Hurm..Mr Jeon..Mr Jeon.."
Aku mengeluh. Namanya tak terlepas dari disebut bibir aku. Entah, sejak kebelakangan ini, fikiran aku asyik tertumpu kepada Jungkook..Mr Jeon Jungkook.
Aku jadi terdesak untuk mengenalinya. Aku jadi terdesak untuk membantunya.
Aku rasa..aku sudah..
"Suka.."ujar aku perlahan. Bimbang suara aku didengari oleh kawan kawan yang lain.
Suka? Aku rasa crush dengan Mr Jeon tak salah. Rasanya tak salah. Bukannya aku cintakan dia pun kan?
Aku rasa tak salah. Crush hanya benda yang ringkas dan tak ada apa-apa kesan yang besar.
Jadi, aku merasakan crush yang mula bercambah dalam diri aku terhadap Jungkook ini pasti tidak akan memudaratkan diri aku.
Langkah aku terhenti di hadapan bilik Mr Jeon.
Aku nak masuk tapi adakah tindakan aku ini betul.
Yang pasti aku kena ada alasan. Ya!
Aku ketuk. Dua kali aku ketuk pintu yang menempatkan bilik Mr Jeon. Kedengaran bunyi derap tapak kaki menuju ke pintu.
Pintu dibuka sedikit.
"Masuklah." Suara Mr Jeon memecahkan suasana sunyi yang menyelubungi.
Aku terus masuk dan mataku meliar memerhati persekitran bilik Mr Jeon.
Kemas dan teratur. Wangian Mr Jeon singgah ke hidung aku.
Jantungku berdegup. Makin laju. Susah kan bila ada crush dekat orang yang bergelar pensyarah.
Aku tak boleh control muka aku yang mula membahang.
Ah,sudah . Aku blushing teruk.
"Ada apa jumpa saya Cik Hae Yoon?" Soal Mr Jeon dingin seolah-olah dia langsung tidak menyukai kedatangan aku di biliknya.
Tujuan aku datang hanyalah ingin menatap muka Mr Jeon. Bodoh kan? Inilah kuasa cinta.
Benda sakai macam ini pun aku sanggup buat semata-mata nak tatap muka Jungkook yang kacak itu.
"Mr Jeon. Saya kurang faham topik latest yang diajar dalam kelas tadi. So, saya perlukan bantuan..bantuan Mr Jeon." Aku menuturkan sedikit malu.
Mr Jeon mengerutkan dahi. Aku tahu topik yang diajar di kelas tadi senang sahaja. Tapi perasaan yang ada mendesak aku untuk berjumpa Mr Jeon.
"Tak faham topik tadi?" Soal Jungkook ringkas.
Aku angguk laju.
"T-tak faham."
Mr Jeon berdehem dan dia duduk di kerusi bersebelahan dengan aku.
Dia mula merapatkan badan kerana kedudukan kerusi yang bersebelahan dengan aku agak jauh.
Pen yang berada di jarinya ditekan ke atas kertas.
"Fokus. "Ujar Jungkook.
Aku menelan liur. Melihat Mr Jeon dari jarak yang dekat membuatkan hati aku makin gusar dan melompat gembira.
"Baik Mr Jeon."
Dia mengangguk dan beberapa saat kemudian, dia mengangkat tangan.
Aku terkejut. Apa yang dia maksudkan?
"Fokus pada suara saya. Bukan muka saya. Will you?"
Terasa malu. Aku mengangguk bagaikan burung belatuk.
Itulah Hae Yoon. Gatal sangat!
-------💕-------
A/N: Memandangkan story ni baru lagi dan saya pun sekarang dalam mood cuti semester. So, setiap hari ada update ye. Terima kasih untuk sokongan kalian. Next chapter saya update teaser untuk chapter yang akan datang. Sudikan diri vote dan komen ye. ❤
YOU ARE READING
[C]Psycho Crush | JJK
FanfictionHae Yoon sudah terjerat dan tidak mampu keluar dari permainan Jeon Jungkook. Start : 29 July 2018 End. : 4 Sept. 2018 Photo [Using For Cover]: Credit to rightful owner on Pinterest /canva design #1 in fanfiction (11/7/2019)