A/N: Dalam story ni, Jungkook dengan tugasan tak akan berpisah. Bagai isi dengan kuku. Hek eleh.
----
Aku menganggukkan kepala dan melemparkan senyuman kepada jiran sebelah rumah aku, iaitu Min Yoongi.Bekas berisi kuih beras buatan ibunya diserahkan kepada aku. Pintu rumah aku hanya buka sedikit. Aku risau si Jungkook tu akan mengamuk kalau nampak lelaki baru dengan aku.
Jadi, perbualan aku di antara aku dan Yoongi berakhir dengan singkat.
"Terima kasih abang Yoongi. Y-yoon suka sangat kuih beras."ucapku. Sekali-sekala aku menjeling ke arah Jungkook.
Jungkook bangun dari sofa dan menuju ke dapur. Sempat lagi dia pandang aku serupa nak telan hidup-hidup.
Yoongi berundur setapak dan bergerak ke pintu rumahnya yang hanya bersebelahan dengan aku.
Dia pandang wajah aku lama sehinggakan aku rasa hairan.
"Kau okay tak Yoon? Ingat tau, aku ada je sebelah rumah if you really in need of my help, a.s.a.p. Faham?"ujar Min Yoongi.
Aku tersenyum kekok dan melambai tangan kepadanya.
Terima kasih Yoongi. Tapi, aku tak nak libatkan kau langsung dengan Jungkook.
Lelaki tu memang tak boleh dijangka!
----
Jungkook mengelap mukanya dengan tuala kecil yang diberi oleh Hae Yoon. Dia meneliti wajahnya yang sudah mula ditumbuhi bulu-bulu kasar di sekitar atas bibir dan dagu.Berus gigi diletak di atas sinki. Cermin bilik air rumah Hae Yoon ditenung lama dengan penuh perasaan. Dia menarik dan menghembus nafas.
Berkali-kali dia mengulang tindakan tersebut sehingga degupan laju dari jantungnya sudah mula berentak stabil.
Pili air dibuka. Air mencurah-curah membasahi tubuh badan Jungkook. Dia menampar dadanya apabila raut wajah Hae Yoon singgah di fikiran.
"Aku dah ingat kau lama dah..Hae Yoon. Dah lama Yoon. Sebulan dah."
Pili air ditutup. Tuala bersih dililit untuk menutupi badannya dari bawah pinggang.
"Aku sengaja buat-buat lupakan kau. Aku tahan diri daripada sakitkan kau, Hae Yoon."
----
Hae Yoon menghidangkan kuih beras yang diberi oleh Yoongi di atas meja. Teh panas dituang ke dalam cawan.Banyak soalan bermain-main di fikiran Hae Yoon pada ketika itu. Jungkook datang singgah ke dapur secara mengejut. Mujur sahaja teko yang dipegangnya tidak jatuh berderai di atas lantai.
Hae Yoon menahan diri daripada memandang badan sasa Jungkook lama-lama. Hati wanitanya sedikit terusik.
"Dia seksi sangat. Pleaselah pakai baju."rungut Hae Yoon.
Matanya masih curi-curi memandang Jeon Jungkook.
----
"Aku tahu aku seksi. Tahan diri tu Hae Yoon."bisik Jungkook menggoda. Hae Yoon segera tunduk malu.Air teh o panas dihirup perlahan. Bibir Jungkook kemerahan menahan panas. Anak mata lelaki itu setia memandang Hae Yoon.
"Jungkook, saya nak t-tanya boleh?"
Hae Yoon melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Jungkook. Jungkook angkat kening. Jari lelaki itu pantas menyuap kek beras ke dalam mulutnya sendiri.
Hae Yoon tekun memerhati Jungkook. Jungkook dilihatnya sangat berselera makan kek beras.
Cara Jungkook makan saling tak tumpah seperti orang yang tidak jamah nasi berbulan-bulan.
"Awak betul-betul dah ingatkan saya Jungkook? T-tapi kenapa awak macam tak ingatkan saya..d-dalam kelas awak layan saya macam b-baru kenal."luah Hae Yoon.
Kata-kata yang meluncur keluar dari mulut gadis itu penuh berhati-hati. Dia bimbang dengan amukan Jungkook yang tidak terjangka.
Jungkook berhenti mengunyah. Satu kek beras dicapai lagi.
"Kalau aku kata 'ya' ? Kau nak buat apa?"soal Jungkook dengan nada sinis.
Kek beras memenuhi mulutnya. Aku melihat pinggan yang tadi penuh sudah mula kosong dengan kadar segera.
T-takkan Jungkook mengidam?
Aku hanya mampu berangan. Wake up, Yoon! Jungkook tu kau nak harapkan?
Aku tak mampu raih cinta dari dia semula.
Aku tak mampu. Aku tak kuat.
----
"Kenapa? Apa tujuan awak pura-pura lupakan saya Jungkook? Kenapa?"desak aku.Jungkook menolak pinggan yang telah kosong ke atas lantai. Bibirnya mengomel sesuatu yang kurang jelas untuk didengari oleh telinga aku.
"Kek beras ni sikit sangat. Aku nak lagi."balas Jungkook. Soalan yang dilontarkan oleh aku sebentar tadi dibiarkan Jungkook seperti angin.
"Jungkook, saya nak awak jawab s-soalan saya tadi. Tolong..jangan biarkan saya tertanya-ta-"kata-kata aku terhenti.
Jungkook bangun dari duduknya. Lengan aku ditarik . Kali ni tindakannya lebih lembut.
"Tak nak tahu tugasan baru? Aku tak puas lagi bermain dengan Yoon kesayangan hati aku."
Aku geleng kepala. Aku terus membantah dengan permintaan gila Jeon Jungkook.
Dia menolak aku menjauh dari dirinya.
"Lihat betul-betul. Perhatikan."ujar Jungkook separuh berbisik.
Jarinya mendarat di dadanya. Kemudian, jatuh di perutnya yang seksi dihiasi dengan abs.
Jarinya terhenti pula betul-betul di atas lilitan tuala. Tubuh badan Jungkook menyandar di tepi bucu meja.
"Aku takkan berhenti goda kau Hae Yoon. Sekali kau tertunduk dengan aku, kau ikut aku balik banglo lama tu."
Aku berundur lagi jauh dari Jungkook.
"Kau ada lima jam untuk tahan diri. Jangan tergoda, binasa kau nanti."
Jungkook melonggarkan lilitan tuala yang dipakainya. Mata aku terpejam rapat.
Aku berlari ke satu sudut dapur. Hati yang sudah berentak laju menyebabkan aku gelisah bagai cacing kepanasan.
"S-saya akan buatkan kek beras untuk a-awak Mr Jeon!"
Jungkook hanya membalas dengan deheman suara.
"Bagus. Patutlah anak Jeon ni sayang sangat dengan Hae Yoon"
Aku tersentak. Air liur ditelan terasa perit.
Jungkook, kau kena kawal diri kau. Aku tak kuat nak hadap kau.
💑
Pesanan : Jangan geram dengan anak Jeon ni okay?6 chapters yang bakal menyusul beberapa hari lagi sebelum tamat.
Terima kasih readers ❤
YOU ARE READING
[C]Psycho Crush | JJK
FanfictionHae Yoon sudah terjerat dan tidak mampu keluar dari permainan Jeon Jungkook. Start : 29 July 2018 End. : 4 Sept. 2018 Photo [Using For Cover]: Credit to rightful owner on Pinterest /canva design #1 in fanfiction (11/7/2019)