12

11.8K 1.4K 162
                                    

A/N: Update kedua untuk hari ini. ❤

Enjoy. Kita tambah lagi level psiko Mr Jeon eh.

Author POVBunyi lagu-lagu english tahun 90-an berkumandang di dalam kereta yang dinaiki oleh Jungkook dan Hae Yoon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Author POV
Bunyi lagu-lagu english tahun 90-an berkumandang di dalam kereta yang dinaiki oleh Jungkook dan Hae Yoon. Dua manusia yang berada di dalam kereta itu membisu langsung tidak membuka mulut.

Baru seketika tadi di pejabat suasana menjadi tegang. Namun, apabila mereka berdua-duaan di dalam kereta. Suasana berubah 360 darjah. Sepi tanpa suara. Sepi tanpa gelagat Jeon Jungkook yang psiko.

"Mr Jeon, saya rasa macam kita dah masuk highway lain. Ini bukan jalan masuk kawasan perumahan kita."ujar Hae Yoon. Gadis itu sudah mula berasa musykil dan gelisah. Telapak tangannya berpeluh. Dia segera menghilangkan rasa gelisahnya dengan melemparkan pandangan di luar tingkap.

Jungkook diam tanpa sebarang kata. Jarinya ligat menekan butang off pada aplikasi GPS yang terdapat di telefon pintarnya.

Kepalanya langsung tak menoleh ke arah gadis yang semakin tidak keruan itu. Gelisah bagaikan tikus yang berada di sangkar inginkan kebebasan dan jalan keluar.

Hampir tiba di destinasi. Dia menghulurkan tangan ke arah Hae Yoon. "Pinjam telefon. Telefon saya bateri dah out."jelas Jungkook. Hae Yoon hanya memberi telefon pintarnya tanpa soal kepada Jungkook.

Dia takut hendak memberontak. Bimbang dengan amukan Jungkook. Keselamatan dirinya juga perlu diutamakan. Matanya tertumpu kepada perlakuan Jungkook.

"Lepas ni kau dah tak ada bantuan. Senang hidup aku. Kau, aku. Fokus hanya hidup antara kita dua."selesai sahaja mengujarkan kata-kata, Jungkook melemparkan telefon pintar Hae Yoon ke luar tingkap. Kakinya laju menekan minyak meninggalkan hutan tebal yang ada di sekeliling.

"Mr Jeon. How dare you!"

Hae Yoon menyuarakan kemarahannya dengan menjerit. Jeritannya hanya dibalas dengan pandangan dingin Jungkook.

Jungkook merenung cincin yang berada di jari manisnya. Cincin yang sama dengan yang dipakaikan kepada Hae Yoon olehnya.

Dia mencium cincin tersebut dan menekan brek.

"Dah sampai. Kita dah sampai Hae Yoon."

Jungkook membuka pintu dan keluar meninggalkan Hae Yoon dalam kereta. Langkah kakinya menuju ke arah banglo besar tiga tingkat yang tersergam indah di anak matanya.

"Maafkan aku. Semua ni bersebab." Ujar Jungkook sambil melihat Hae Yoon yang masih berada di tempat duduk sebelah pemandu.

Hae Yoon POV
Tangan aku masih menggigil. Aku tak jangka kegilaan Jungkook akan berakhir sampai macam ini sekali.

Dia lempar telefon aku. Bawa aku di satu tempat terpencil. Aku bencikan Jungkook.

Aku melihat pintu pagar hadapan banglo tersebut mula bergerak secara automatik untuk tutup rapat.

Jungkook sudah pun masuk ke dalam rumah. Sempat ke aku lari?

Sempat?

Aku membuka pintu kereta dan berlari sekuat hati menuju ke pintu pagar. "God, thank you!"jerit aku apabila berjaya melepasi pintu pagar banglo tersebut.

Satu das tembakan kedengaran di udara. Mata aku mencerlung ke arah pintu utama rumah banglo tersebut.

Jungkook melangkah menuruni tangga. Pistol yang baru sahaja digunakan sebentar tadi disisipkan ke pinggang. Kapak besar diambil olehnya dari bonet kereta.

"Lari selagi boleh. Lari!"ujar Jungkook sambil menghayunkan kapaknya ke arah aku.

Aku terundur ke belakang. Aku harus cuba lari . Aku harus cuba!

💑
Encik Jeon Jungkook ini tak boleh chill langsung. Authornim pun takut.👀

[C]Psycho Crush | JJKWhere stories live. Discover now