A/N: Terima kasih untuk 900 votes dan komen yang mencuit hati❤
Cover Psycho Crush dah tukar. Cantik tak?
----
Lama kami berkeadaan seperti begitu. Aku tahu aku sudah terlanjur menyayangi Jungkook. Namun, aku tak boleh menghalang perasaan cinta yang makin bertambah kuat dalam hati.Sakit akibat leher dicekik Jungkook masih ada sisa dan kesan. Pernafasan aku terseksa.
Jungkook dari tadi tidak melepaskan sentuhan bibirnya di bibir aku. Aku menepuk-nepuk bahunya minta dilepaskan.
"J-jungkook, terima kasih..l-lepaskan saya."
Dia menjarakkan dirinya sebaik sahaja aku memberi isyarat tepuk bahu. Satu ciuman dihadiahkan di dahi aku. Jari-jarinya mengusap lembut leher yang dia baru cekik beberapa minit yang lepas.
"Kau sayang aku?"
Soalan Jungkook mengejutkan aku. Aku bermain-main dengan kolar baju dipakai oleh Jungkook.
Pesanan Puan Jeon muncul semula. Seluruh wajah Jungkook aku tenung untuk mengumpul kekuatan bagi membalas soalan lelaki itu.
Senyuman sinis sudah hilang dari wajahnya. Berganti dengan senyuman ikhlas dan juga bahagia pada muka Jungkook.
Aku nak bantu kau Jungkook. Aku nak bantu sebab..
"Saya sayang awak,Jeon Jungkook."
Aku dah mula sayangkan kau dan aku nak kau pulih. Aku tak sabar nak tunggu kau normal semula Jungkook.
----
"Maaf sakitkan kau tadi. Aku rasa dos ubat yang kau bagi kurang dari jumlah asal. Maaf sayang."ujar Jungkook lembut.Dia menepuk paha aku. Chopstick yang ada di atas pinggan diambil. Jungkook menyuapkan makanan ke mulut aku.
"Esok aku izinkan kau pergi kuliah. Dengan syarat, balik rumah lepas kelas tamat. Faham?"kata Jungkook.
Aku mengangguk lagi kepala. Hujung bibir aku mula mengukir senyuman. Hampir dua minggu aku tak jejak kaki ke kelas.
Peluang yang Jungkook bagi aku kena hargai.
----
Hae Yoon masih terduduk di atas riba Jungkook. Mereka berdua ralit melayan perasaan. Tiada sebarang suara sehingga kesunyian mula memenuhi suasana.Hae Yoon setia menunggu Jungkook menghabiskan makanan. Jungkook mengelap mulutnya dengan tisu. Dia segera mendukung Hae Yoon menuju ke arah anak tangga.
"Eh..Jungkook. Bilik saya bukan kat sini." Hae Yoon terkejut apabila Jungkook berhenti di depan biliknya. Bukannya bilik yang selalu Hae Yoon merehatkan diri.
Jungkook menyandarkan tubuh badan gadis yang dicintainya itu rapat di pintu bilik tidurnya. Manakala, sebelah tangannya terkial-kial menekan pin untuk masuk ke dalam bilik.
Dia tak henti-henti menghadiahkan kiss di wajah dan leher Hae Yoon. Bunyi pin sudah berjaya diakses menyebabkan bulu roma Hae Yoon mula menegak.
----
"I love you, Hae Yoon. I really love you."balas Jungkook sambil memeluk pinggang aku rapat.
Jungkook menolak aku jatuh ke atas katil. Aku berundur ke belakang. Aku jujurnya tak bersedia untuk lakukan apa-apa sentuhan dengan Jungkook.
Dia mematikan pergerakan lengan aku dengan menggenggam rapat kedua-dua tapak tanganku.
Jari Jungkook pantas membuka bajunya. Dia mengelus lembut pipi aku sebelum baju t-shirt yang dipakai aku diangkat.
Sebuah kiss diberi lagi olehnya.
"Kau milik aku malam ni. Jangan lari kalau kau sayang aku."
Esakan halus keluar dari mulut aku. Jungkook tidak menghiraukan penolakan aku. Dia berterusan melakukan perbuatan kejamnya.
----
Hae Yoon terbangun sendiri tatkala menyedari Jungkook sudah tiada di sisinya.Dengan langkah yang perit dan sakit, dia menuju ke bilik air untuk mandi.
Hae Yoon rias dirinya dengan kemas. Kebiasaannya rambut gadis itu diikat sanggul atau tocang kuda. Namun, pagi tersebut bertentangan dengan kehendak Hae Yoon.
Dia mengelap air mata apabila menyedari lebam keunguan yang kelihatan di lehernya. Rambut panjang ditarik kasar untuk menutupi leher.
Tubuh badan milik Jungkook dalam diam memerhati tindak-tanduk Hae Yoon. Cincin pasangan yang sentiasa di jarinya ditanggalkan dan lantas dimasukkan ke dalam poket seluar.
"J-jungkook, saya dah siap."
Kata-kata Hae Yoon terhenti ketika matanya menangkap perbuatan Jungkook menanggalkan cincin pasangan mereka.
"Cepat sikit. Aku bagi kau lima minit untuk turun."ujar Jungkook teramat dingin nada suaranya. Tangannya menepis jari Hae Yoon yang cuba untuk membetulkan tie yang dipakainya.
Hae Yoon menahan diri daripada meraung kesedihan. Tangannya menekap dada yang terasa sakit.
"Jangan marahkan aku..Jungkook."
Bunyi hon memekik dari luar rumah membuatkan Hae Yoon berhenti melayan perasaan.
Dia melangkah keluar dengan tubuh badan yang menggigil.
Jungkook merenung tajam Hae Yoon dari dalam kereta. Perasaan kecewa dan geram mendorong Jungkook untuk menumbuk stereng kereta untuk melepaskan tekanan.
Pesanan whatsapp yang diterima pagi tadi menghancurkan perasaan kasihnya pada Hae Yoon.
"Kau punca aku jadi psiko. Kau yang sebabkan Ryu Sera berdendam dengan aku. Hae Yoon, kau punca semua ni terjadi. Kau bunuh abang Sera, aku yang kena tanggung kesan sampai mati? Bullshit."
Jungkook mencapai pisau yang berada di dalam kereta dan memotong wayar brek.
Dia melihat kelibat Hae Yoon yang mula berjalan untuk memasuki kereta miliknya.
Jungkook tergelak sakan. Dia memandang ke sebelah tempat duduk pemandu.
Sebelum pintu kereta dibuka oleh Hae Yoon, dia berbisik seorang diri.
"Aku bawak kau mati bersama aku. Baru lah sweet. Aku heret kita dua ke neraka sama-sama..Hae Yoon."
💑
Update untuk esok diawalkan. Esok author busy .Cerr komen sikit dan jangan lupa votes.
Plot twist iye? 😉
YOU ARE READING
[C]Psycho Crush | JJK
FanfictionHae Yoon sudah terjerat dan tidak mampu keluar dari permainan Jeon Jungkook. Start : 29 July 2018 End. : 4 Sept. 2018 Photo [Using For Cover]: Credit to rightful owner on Pinterest /canva design #1 in fanfiction (11/7/2019)