bab 17

3.6K 112 2
                                    

Aku duduk termenung dibirai katil sendirian.Hari ini merupakan hari pernikahan aku dengan Ilham Hafizi,lelaki yang baru aku kenal beberapa bulan,hanya satu kesilapan bodoh yang aku lakukan akhirnya ini hukumannya.Kahwin!
Disaat kerjaya aku baru bermula,diusia yang baru nak matang,aku sudah pun terjerat dengan gelaran isteri.
Keluhan demi keluhan aku lepaskan,aku buntu namun aku tahu aku perlu redha dengan ketentuanNya.Redha papa dan mama juga penting dalam hidupku jadinya aku memutuskan untuk menerima sahaja perjodohan ini.

Tapi aku sunyiii..mama pun sibuk sahaja pagi ini,takde siapa nak temankan aku dibilik pengantin aku ni
Kawan-kawan aku pun cuma dua orang sahaja yang aku jemput iaitu Neela dan Bibah namun kelibat diaorang pun aku tak nampak lagi.

Tok! tok..
"Boleh mama masuk sayang?"
"Masuklah mama".

"Qal...jap lagi mak andam sampai sayang siap-siaplah ye? Ingat pesan mama tu..Qal dah nak jadi isteri orang perangai dah tak boleh macam budak-budak lagi..jadilah isteri solehah yang patuh dan taat pada suami".

"Iye mama..Qal ingat pesan mama tu..mama jangan risau ok?".

"Ok lah..mama turun dulu.Hm..mak andam pun dah sampai ni..baik-baik ye sayang".ujar mama sambil peluk aku kuat-kuat.Aku perasan mama lap airmatanya yang menuruni pipi.Mama sebak mungkin kerana aku akan menjadi milik orang lain dan dia sudah tidak berhak sepenuhnya lagi keatas aku.Qal pun sedih mama!.

Aku mengenakan gaun putih sempena majlis akad nikah nanti yang akan berlangsung dirumahku saja.Semua majlis pernikahanku diatur oleh papa dan mama di rumah sahaja,untuk kenangan kata mama.Majlis akad nikah akan diadakan pada pukul sepuluh dan majlis persandingan pula pada pukul dua petang dan sebelah malam nanti majlis potong kek pula.

Aku menilik diriku dicermin.Cantik!
Gaun dan mekap yang natural menjadikan aku kelihatan cantik..aku baru puji diri sendiri ke apa ni?

"QALLL..!!
Ya Allah terperanjat aku dengan sergah dua ekor budak ni!

"Ya Allah cantiknya kau Qal!" kata Neela sambil tutup mulutnya kengkonon terkejut habislah tu tengok aku cantik sangat.

"Tauu..aku dari dulu lagi memang dah cantik kan!"

"Weh..kau kenapa Qal angin takde,ribut takde,tup-tup kau nak kahwin,taknak hint-hint langsung,hah tau-tau jemput kitaorang datang majlis kahwin je..apa cer?"

"Siapa suami kau?kitaorang kenal ke?"

"Takde apa mungkin dah sampai jodoh aku kut.Suami aku..nanti kauoramg tengok sendirilahh"..

"Kedekut!"pecah tawa kami bertiga dibilik itu.Hilang bajet ayu pengantin aku tadi.

"Thank korang sebab datang..tapi aku minta tolong jangan inform sesiapa saja kawan kita yang lain tentang pernikahan aku ni ok?"

"Ok janji..kau jangan risaulah.Sayang kita semua".kami bertiga berpelukan.

"Qal!
Pengantin lelaki dah sampai tu..turun ya..Neela dan Bibah tolong jadi pengapit pengantin tu ya?"

"Baik aunty! Jom Qal..tenang jangan nervous..senyum lebar - lebar ok?"

Neela dan Bibah mengiringi aku turun kebawah lalu duduk ditempat yang telah disediakan untuk aku.Mama datang duduk disebelah aku.Tangan mama aku genggam bagi meminta kekuatan.Mama faham,belakang tangan aku mama tepuk-tepuk untuk menenangkan aku.Aku cuba mengintai kearah tubuh Ilham,dia membelakangi ku namun dari sisi belakang pun aku nampak dia cukup segak dengan pakaian baju melayu putihnya.

Tok kadi pun memulakan bicaranya.Papa juga sudah bersedia dihadapan Ilham.Suasana senyap mula dirasai hanya flash kamera saja memenuhi ruang kini.

"Ilham Hafizi bin Hafiz Asan aku nikahkan akan dikau dengan puteriku Nur Qalbu Aineenaira berbintikan aku dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai!"

"Aku terima nikahnya Nur Qalbu Aineenaira binti....

"Sah?

"Sah!
"Sah!
"Sah!

Alhamdulillah!
Sejurus selesai doa dibaca..kelihatan Ilham melangkah kearah aku untuk upacara pembatalan air sembahyang.Aku hanya menundukkan wajah tak berani untuk bertentangan mata dengannya.Mama mencuit tanganku supaya menghulurkan jariku untuk Ilham menyarungkan cincin.

Selesai Ilham menyarungkan cincin, tangannya aku cium.Dia kemudiannya menolak dagu aku keatas sedikit..terasa lembut bibirnya mengucup dahiku, sempat juga dia berbisik ditelingaku."sayang cantik sangat".Aku hanya tersenyum tidak membalas katanya.Dia mencium dahiku lama kerana permintaan orang sekeliling.Rata-rata aku dengar mereka memuji kami berdua sama cantik sama padan.
Selesai menyarungkan cincin Ilham berlalu untuk menunaikan solat sunat dua rakaat.

Sempat juga Bibah dan Neela mencubit aku,kata mereka suami aku plus-plus kacak sangat.Terutama Bibah kerana katanya wajah Ilham saling tak tumpah seperti Arjun Rampal artis hindi pujaan hatinya.Er..iya ke!

"Weh..Qal aku jeles dohh..mana kau jumpa mamat ni..bertuahnya kau! Kalau akulah yang dapat rupa macam ni..tak keluar rumah pun takpe weh!"kata Bibah teruja setelah kami naik kebilik semula setelah selesai upacara akad nikah tadi.

"Heh kau..laki aku tu..kau nak cari sendirilah Pergi India sana cari ha..ha.."

"Cehh! India buat apa" Bibah mencebik.

"Ehem!" kami menoleh kepintu,kelihatan Ilham mengisyaratkan bahawa dia hendak masuk.

Riuh mulut Bibah bila dia dapat berhadapan dengan Ilham seperti dia berhadapan dengan artis pula.Cepat-cepat Neela menariknya keluar bilik untuk memberi peluang Ilham berjumpa denganku.Ilham hanya tersengih dengan gelagat dua orang sahabatku.

"Hai sayang".sapa Ilham setelah aku tinggal berdua dengannya sahaja.

"Oo..hai"aku tunduk sahaja.Malu!.Ilham yang didepan aku kini hensem sangat dengan wajahnya yang rapi dan haircut baru..dalam pakaian pengantin ..melting habis aku.
Dia duduk disebelah aku,rapat! Ilham meraih tangan aku kedalam genggamannya.

"Sejuknya tangan..kenapa ni nervous ke?"tanyanya lembut.

Aku memberanikan diri memandang wajahnya.Kami bertentangan mata,sudahnya aku yang kalah.
"Sayang cantik sangat hari ni..dulu-dulu pun cantik juga.Terima kasih sebab sudi jadi suri hidup abang.Abang harap Qal pun sudi terima abang seadanya.Nanti malam kita sembang lagi sebab abang nak kena pergi dah ni..kita jumpa masa sanding nanti ya?"tuturnya lembut sambil itu jarinya mengusap-usap belakang tanganku.

Aku cuma angguk taktau nak cakap apa.Ciuman hangat bibirnya terasa menyentuh dahiku.Jarinya mengusap pipiku."tinggal dulu ok? nanti jumpa".

Dia pun berlalu keluar dari bilikku Aku termanggu dikatil sendirian.Aku perlu bersiap untuk majlis persandingan pula.Neela dan Bibah pun sudah menerpa masuk semula kebilik aku dengan mimik muka menyakat tak sudah mereka itu.Haih lah kawan!

"Ehem..ehem..ehemmm..nampaknya cepatlah kita ni dapat anak buah ye Neela!"

"Oo..mestilahhh..Arjun Rampal gitu!"sahut Neela sambil buat gaya nyah.

Dua-dua aku cubit geram.Dasar pervert betullah dua ekor ni.Namun aku gembira dengan adanya dua ekor ni..merekalah sahabat aku.


















~~~~~~~
Dalam pertemuan ini kuterperangkap sudah
Dalam jerat percintaan yang tidak disangkakan
Aku sudah jadi lupa
Siapa diriku ini..
😘😘;)..

Sentuhan Qalbu(Completed)Where stories live. Discover now