bab 21

4.2K 116 0
                                    

Assalamualaikum!"Ilham memberi salam lalu masuk keruang dapur.dilihatnya isterinya sedang minum.

"Sayang dah bangun?"tanyanya sambil mencium kepala Qal.Ilham menarik kerusi lalu duduk disisi isterinya.Qal terus menuang air kecawan lalu dihulurkan kepada Ilham.

"Abang pergi mana dengan abang Asraf?"

"Amboii..Qalbu,tak boleh hilang langsung cik abang dia tu,abang nak pinjam sekejap pun dah tanya".sampuk abang Asraf yang kebetulan masuk melalui pintu dapur.
Qal hanya tersengih malu bila diusik oleh Asraf.

"Hm-Erma kenapa diam je? bukan biasanya kamu ni banyak mulut ke?Asraf bertanya pada Erma.

"Saja..sebenarnya Erma dah nak balik ni,nanti mak tercari-cari pulak.Mak Timah! Erma balik dulu eh!"laung Erma kepada umi yang berada di bilik air.
"Qalbu,abang Am,abang Asraf, Erma balik dulu.Assalamualaikum!"

Waalaikumusalam".kami hanya memerhati langkah Erma yang kian menjauh.








~~~~~~~

Erma mengesat airmatanya yang tiba-tiba mengalir.Entah kenapa dengan hatinya.Yang dia tahu hatinya kini terluka,ya dia terluka dan cemburu melihatkan kemesraan antara abang Am dengan Qalbu.

Erma masih sayangkan abang Am!Erma tak sanggup nak lihat abang jadi milik orang lain.Hati Erma sakit abang!Airmatanya semakin laju mengalir,hatinya perih,pedih!
Langkahnya diatur kian laju menuju kerumah,ya..dia mahu menangis sepuasnya dibilik,dia tidak mahu orang mengetahui kelukaan dihatinya kini.
Wajah-wajah yang memerhatinya menangis disepanjang jalan tidak dihiraukan.

"Erma kenapa kamu menangis ni? Kamu sakit nak bersalin dah ke?"tanya makcik Zaimah jiran sebelah rumahnya.

"Takde apalah makcik,entah tiba je airmata ni nak keluar,saya masuk dululah".
Makcik Zaimah menggelengkan kepalanya saja.Mesti ada sebab kalau menangis,takkan tiba-tiba je, boleh ke gitu?"monolognya sendiri.

Erma masuk kebilik lalu menutup pintu biliknya,dia menyembamkan wajahnya kebantal,melepaskan tangisan lukanya.

"Erma kenapa dengan kamu ni? .Tanya emaknya yang pelik dengan anaknya ,masuk rumah terus meroyan begitu.

"Takde apalah mak".

"Mana boleh takde apa..tadi kamu pergi rumah mak Timah kan?Cuba kamu beritahu mak!"

"Tadi dekat rumah ada abang Ilham balik..dia ada bawa balik isteri dia"..tangisanya makin kuat pula.
Orang sakit hati tengok abang Am jadi milik orang lain dan dia nampak sayang sangat dekat isteri dia tu..mak hati orang sakit makk!!"dia melepaskan tangisannya diriba emaknya.

"Astaghfirullahal'azimm..mengucap Erma.Tak baik kamu perangai begini,kami mesti ingat kamu tu isteri orang,berdosa kamu mengingati lelaki lain selain suami kamu.Perkara yang dah lepas tu biarlah lepas,sepatutnya kamu gembira bila Ilham tu bahagia dengan isteri dia tu.
Jangan kamu kesal dengan jodoh kamu ni,mungkin Ilham memang bukan jodoh kamu,kamu kena terima takdir tu".bebel emaknya.

"Tapi hati ni masih sayangkan Ilham mak".

"Istighfar nak..minta ampun pada Allah..ingat kamu ada suami dan anak-anak,jangan diikut sangat hasutan syaitan tu..pergi ambil wudhuk dan tenangkan diri tu.Ingat Allah!"

"Erma minta maaf mak, orang terlalu ikutkan kata hati tadi".Erma mencium tangan emaknya.Emaknya memeluk erat tubuh Erma bagi menyalurkan kekuatan.Salahkah aku dulu kerana memutuskan pertunangan mereka dahulu?hati tuanya mula diusik rasa bersalah.







~~~~~~

"Abang..boleh Qal tanya sikit?

"Nak tanya apa sayang?"

Sentuhan Qalbu(Completed)Where stories live. Discover now