Bab 55

3.6K 90 6
                                    

Sosok tubuh yang sedikit kurus itu masih lagi leka duduk diatas pangkin kayu, pangkin yang terletak dibawah pohon rambutan itulah tempat duduknya selalu sejak dua tahun lepas.
Walaupun hari sudah pun menginjak ke maghrib, dia masih tidak berganjak.

Usai saja kerja yang dilakukannya..maka disitulah tubuhnya dilabuhkan, berbekalkan dua batang tongkat..satu sebagai kaki dan satu lagi sebagai mata..
Itulah Ilham Hafizi sejak dari kisah kemalangan dua tahun lepas.

Kaki sebelah kanannya yang cedera dulu tidak boleh berjalan seperti biasa, dia sudah tempang dan tidak dapat berdiri dengan betul seperti dahulu lagi.
Begitu juga dengan matanya..sebelah sudah didermakan kepada bekas isterinya, manakala sebelah lagi begitu kabur pandangannya..hanya nampak bayang-bayang sahaja, impak dari tusukan serpihan kaca masa kemalangan dulu. Kerana itulah dia kerap memakai kacamata hitam di wajah nya.
Dia sudah cacat.
Kini dia tidak lagi sebagaimana dulu..
bekerja dan sebagainya..

Kehidupannya hanya dirumah..menghabiskan masanya dipangkin kayu itu..bersama telefon bimbit ditangannya....
memainkan voice dan video-video lampau kenangan antara dia dan isterinya serta anak mereka...Adam.
Itulah penemannya setiap saat..biar pun dia hanya dapat mendengar suara saja tanpa dapat melihat rupa.
Cukuplah sekadar itu..dia bersyukur!.
Baginya rakaman-rakaman itu penguat untuk dia terus hidup..hidup dalam kenangan dan penantian sehingga ke nafasnya yang terakhir.

Itu menggambarkan betapa.. kasihnya  sedikit pun tidak pernah luntur terhadap dua orang kesayangannya.
Kerinduannya terhadap Qalbu dan Adam sebenarnya sudah tidak terbendung lagi oleh hati dan jiwanya,
maka itu.. tubuhnya semakin hari semakin susut.
Wajahnya juga semakin hari semakin pudar serinya.
Tiada lagi doktor Ilham Hafizi yang segak..hensem bergaya yang menjadi pujaan kakitangan hospital tempat kerjanya dulu.

Puas umi dan Asraf memujuknya namun Ilham hatinya keras.
Baginya  keputusan sudah pun dibuat dulu dan dia tidak akan berpatah lagi.

"Am..mari masuk nak..dah maghrib ni.."umi memimpin Ilham kedalam rumah.

"Am masuk bilik dan solat ya..kalau rindu tu..doakan untuk mereka..biar mereka baik-baik saja Am.."pesan umi.

Ilham mengangguk.Acapkali itulah pesanan umi selalu.Ilham tak lupa.
Biarlah dirinya tidak dikenang orang asalkan di hatinya terpahat dua nama itu..Qalbu dan Adam!.










~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Adam hati-hati..jangan lari..!"jerit Qal bila anaknya Adam berlari untuk mendapatkan papa Zek dia yang datang untuk mengambil mereka di KLIA ini.
Mereka berdua beranak baru saja sampai disini setelah dua minggu berada diJepun.

Sengaja Qalbu membawa anaknya bercuti ke Jepun kerana sekarang ini musim sejuk.
Bukan kerana anaknya saja tapi perginya juga untuk merawat hati dan jiwa dia yang merasa terbeban dengan pemergian Ilham dari hidup mereka.

Kini dia membesarkan Adam seorang diri..
Adam yang sering mengingati dia kepada Ilham kerana wajah Adam seiras Ilham bila semakin besar.
Tapi sayang..Adam tidak pernah lagi kenal siapa papa dia..tidak pernah lagi merasa kasihnya Ilham..yang dulu terlalu manjakan Adam.

Tempat Ilham kini digantikan oleh Zek!
Zek yang dipanggil 'papa' oleh Adam..
Dato' Mukhriffuddin sendiri yang memaksa Qalbu untuk menerima Zek sebagai tunangannya sejak setahun yang lalu.
Qal terpaksa..walaupun tanpa rela dia..
Kerana dihati dia cuma ada Ilham.
Baginya Ilham tidak pernah mati!
Walaupun itulah yang sering dibangkitkan oleh papanya.
Mana bisa Ilham dan Qalbu berpisah!.



"Hai..! Menung apa tu..?"
Mama menegurnya setelah dilihatnya Qalbu sendirian dibuaian diberanda luar.

"Hm..mama.
Saja..Qal ambik angin..bulan malam ni cantik kan mama...?"

Sentuhan Qalbu(Completed)Where stories live. Discover now