bab 42

3.4K 79 2
                                    


Neela menghampiri aku yang sedang membetulkan tudung didepan cermin diruang tamu."ini nak keluar dengan siapa pulak ni..biasa kau ajak aku kalau nak pergi mana-mana..aku musykil ni..."Neela membuat gaya seperti sedang berfikir.

"Adalah hamba Allah ni beria ajak aku keluar,aku dah tolak dah, tapi ini versi degil punya orang..sampaikan aku takde alasan dah nak bagi..".ujarku.Jam ditangan aku tilik,hm..janji pukul sembilan,ini dah sembilan setengah..

"Kau jaga diri elok-elok Qal..kau tu dah sarat aku tengok..kalau ada apa-apa kau call je aku..jaga diri tau!" pesan Neela.

"Iye..aku ingat pesanan kau tu..dah berapa kali dah kau cakap...jaga rumah aku ni elok-elok!"

"Eh!dia pulak yang berpesan dekat kita!"

Pin!
Bunyi hon kereta diluar pagar membuatkan aku dan Neela bergerak kepintu.Sebuah pigeot hitam sudah menunggu diluar pagar.Fizi?aku ada bagi alamat aku dekat dia ke? Ntah..tak ingat..!

Fizi seperti hari itu memakai topi dan berpakaian seperti biasa saja jean dan t-shirt berkolar berwarna merah gelap,sepadan sangat dengan kulitnya yang putih itu.Haip!Qalbu..kamu tu isteri orang..ingat tu!

Fizi kemudiannya membukakan pintu untuk Qal,dengan susah payahnya Qal masuk..al-maklumlah..perut pun dah besar."hati-hati sayang.."pesan Fizi.
HAH!(kerut kening)Qal pelik tapi malas nak kisah jadi dia buat tak dengar saja akan panggilan 'sayang' dari Fizi.

Fizi mengambil tempat ditempat duduk pemandu air-cond diperlahankan sedikit suhunya.Mungkin taknak bagi aku rasa sejuk kut.

"Kalau awak sejuk pakai saja jaket tu"jarinya ditunjukan keseat belakang.Aku juga turut menoleh,jaket kulit berwarna coklat gelap elok saja terletak di kerusi belakang.Er..memang dia sedia untuk aku ke? Sila jangan perasan!.

"Kita nak pergi mana ni Fizi.."tanya aku.Saja.Wajahnya yang putih kacak itu aku pandang..nampak ada parut dilehernya.Agak panjang dan masih baru juga,mungkin kesan dari kemalangan yang dia beritahu aku hari itu.

"Kaki awak dah ok ke?"sambung aku lagi.

"Amboii..banyaknya soalan dia..satu-satulah sayangg.."

Aku gigit bibir.Sayang lagi!Lastnya aku cuma duduk dan pandang keluar tingkap saja.

"Baby papa sihat?"tanya Fizi tiba-tiba.

PAPA?eii..dia ni..nak buat aku pengsan ke apa ni..

"Laa..diam pulak dia,orang tanya ni..tengok tu muncung je mulut tu..kenapa ni..tak suka keluar dengan saya ke? Nak pusing balik ke.. macamana ni?"tanya Fizi lagi setelah aku mendiamkan diri.
Fizi memberhentikan keretanya ketepi jalan.

"Awakkk..panggilnya lembut.

Aku menoleh kepadanya.Aku amati wajahnya.Dia tersenyum manis.Tiba-tiba air mata aku mengalir kepipi.Aku sebak..aku teringatkan Ilham.Kalau dia ada saat ini pasti kami sedang bahagia menantikan kelahiran anak sulong kami..pasti dia akan mengusap-usap perut aku dengan penuh kasihsayang..pasti dia akan bercakap dengan baby aku..
Baby..mama rindu papa..tapi papa..
Tangisan aku makin kuat.Aku tak kuat..aku tak kuat lagi untuk menghadapi semua ini..berasa keseorangan dalam keadaan aku yang begini..aku perlukan suami aku...perlukan kekuatan dari dia..Ilham..dengarlah rintihan aku..
Ya Allah kau sampaikanlah padanya..aku perlukan dia.

"Syy..syyyhh..kenapa nangis ni..hei..look at me..dear..kenapa ni?tak suka? Kita balik ya?" tutur Fizi dengan lembutnya memujuk aku.

Aku geleng.Aku taknak balik.. aku cuma sedih saja.

"Janganlah sedih..cuba cerita dekat saya..mana tahu saya boleh tolong awak.Jangan simpan masalah sorang-sorang..tak elok untuk awak dan baby..nanti baby ni lahir terus sebek macam mama dia..manja!"Hujung hidung aku Fizi cuit sedikit.Ah!dia ni..

Sentuhan Qalbu(Completed)Where stories live. Discover now