Bab 2

4.6K 522 37
                                    

Tahun 2018.

Sibuk wanita itu berjalan ke sana sini. Sekejap ke meja sana, sekejap lagi ke meja sini. Bibirnya tidak lekang mengukir senyum. Pipi pula sudah naik kebas. Mana tidaknya, dari mula bekerja hinggalah tempoh syif nya tamat asyik senyum sahaja. Sesekali, keluhan penat mula keluar dari ulas bibirnya. Tetapi cepat-cepat dilepaskan sebaik pelanggan tiba dan membuat pesanan.

Kini syif Yeana sudah tamat dan digantikan pula dengan rakan sekerjanya yang lain. Tapi Yeana tidak terus pulang, sebaliknya dia berjalan menuju ke belakang kafe yang terletak beberapa buah kerusi dengan perlahan-lahan.

Kerusi berwarna putih itu menjadi tempat dia melabuhkan duduk. Cepat-cepat kedua kakinya diluruskan ke hadapan. Topi hitam yang dipakai turut ditanggalkan. Lalu topi tersebut diguna sebagai kipas. Yeana memejam mata seketika.

"Ann..,"

Singkatan nama yang diberi oleh rakan sekerjanya itu mula menerjah cuping telinga Yeana. Lantas kelopak matanya dibuka. Yeana mengukir senyum melihat Shuhua yang sedang berdiri di sebelahnya itu.

"Kenapa Shuhua?"

"Awak tak balik lagi ke? Syif awak dah habis pun."

Yeana ketawa kecil. Entah mana yang lawaknya, tawanya tetap terkeluar. Mungkin kerana kepelatan gadis itu berbicara. Shuhua melihat Yeana dengan pandangan pelik. Kedua kening gadis Cina tulen itu seakan bertemu membentuk kerutan.

"Kenapa ketawa? Saya cakap ada lucu ke?" Soal Shuhua. Namun Yeana sekadar menggeleng kecil sambil masih dengan tawanya.

"Saya balik kejap lagi. Kenapa awak keluar? Syif awak belum habis kan?"

Shuhua menggeleng kepala lalu menarik sengihan. Dia kemudian berjalan menghampiri Yeana lalu mendakap tubuh Yeana dalam kadar sekejap. Yeana sekadar ketawa kecil melihat tingkah laku Shuhua yang naif itu.

"Saya sambung kerja dulu. Awak balik baik-baik okey?" Kata Shuhua. Polos sekali.

"Okey." Yeana mengangguk.

Shuhua tersenyum lalu berjalan meninggalkan Yeana sendirian. Yeana menggeleng sambil tersenyum nipis.

Jam yang terlingkar pada pergelangan tangannya itu dilihat sekilas. Nafas dihembus panjang sebelum mengangkat punggung dari kerusi yang di duduki tadi. Bersedia untuk pulang ke rumah.



Sebaik tren subway itu berhenti betul-betul dihadapannya, lantas Yeana membawa kakinya untuk masuk ke dalam tren subway tersebut. Kedua bebola matanya melilau ke sekeliling. Mencari-cari jika ada tempat kosong yang boleh dia duduki. Tetapi semuanya sudah sedia terisi dengan penumpang. Yeana hanya terkeluh kecil.

Nampaknya dia harus berdiri. Sebelah tangannya teguh menggenggam pemegang (?) yang disediakan. Sambilan sebelah tangan lagi mengeluarkan telefon bimbitnya melalui beg silang yang dipakai.

Kusyuk Yeana melihat ke arah skrin telefon bimbitnya, sipi-sipi corong telinga wanita itu menangkap suara seseorang yang sedang berbual dengan penumpang lain. Yeana tidak terus mencari, malah di dengar suara tersebut dengan teliti.

"Terima kasih anak muda! Menyusahkan kamu aje."

"Jangan cakap macam tu makcik, makcik perlukan tempat duduk ni."

Kedua kening Yeana yang memang sedia terbentuk cantik itu mula bertemu membentuk sebuah kerutan. Wajahnya diangkat untuk mencari, sekalian tren tersebut berhenti menurunkan penumpangnya. Sipi-sipi dari celahan manusia yang berpusu keluar, anak matanya menangkap satu kujur tubuh yang turut keluar dari tren tersebut. Sedikit terbuntang wanita itu. Anak matanya teguh mengekori kujur tubuh tersebut sehinggalah tren yang dinaiki olehnya itu menjauh.

"Jimin.."






×××××

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now