Bab 12

3.6K 442 32
                                    

Mug putih bercorak daun maple jingga diletak atas meja. Hyerin mengambil tempat di sofa, hadapan Yeana. Tangan dilipat ke dada. Dari atas hingga ke bawah dia memandang Yeana. Pakaian yang di pakai wanita itu lain. Dan Hyerin tahu, Yeana tidak pernah ada pakaian yang dia pakai sekarang ini.

Yeana berdehem. Mug yang dihidang untuk dirinya itu diambil. Muncung mug di bawa ke bibir. Kedua tangannya melekap pada mug. Sekali dia sisip, anak matanya mengerling Hyerin.

"Kenapa pandang aku, macam kau nak makan aku hidup-hidup?" Soal Yeana. Wajah Hyerin di pandang sama.

"Memang. Memang aku nak makan kau pun. Cuma daging kau tak sedap."

Yeana mencebik.

"Kau tidur mana semalam? Kenapa tak bagitahu aku yang kau tak balik rumah? Aku risau tahu tak? Kalau apa-apa jadi dekat kau, macam mana?!"

Tengkingan kecil Hyerin membuatkan Yeana tergamam. Perlahan-lahan kepala ditunduk. Memang patut pun Hyerin marah. Dia salah. Dia tak beritahu ke mana dia pergi. Tapi ada ketidakadilan di situ. Ini bukan salah dia seorang.

Salah Jungkook juga!

Kalau bukan kerana lelaki itu memancing dan mencabar dia kelmarin, dia mungkin tidak akan merisaukan Hyerin. Tidak akan mabuk, dan tidak mungkin sampai menginapi rumah Jimin.

"Aku minta maaf," ucap Yeana perlahan.

Hyerin hela nafas panjang. Berkali mengambil nafas untuk menenangkan diri.

"Aku risaukan kau tahu tak..Yeana. Kau tak pernah buat hal macam ni selama kita duduk sama-sama." Kata Hyerin. Tidak lagi kedengaran keras.

"Aku minta maaf Hyerin."

Ulang lagi. Jari-jemarinya digenggam.

"Kau nampak matang, dekat luar. Tapi sebenarnya tak. Kau masih perlu seseorang untuk nasihati kau, ambil tahu tentang diri kau. Kau tahu tak?" Kata Hyerin lagi. Semakin perlahan nada bicaranya.

Yeana mengetap bibir. Cepat-cepat dia bangun dari sofa, mendekati Hyerin lalu bahu sahabatnya itu dipeluk dari sisi. Dagu sengaja diletak atas bahu kanan Hyerin.

"Aku janji tak buat macam tu lagi dah. Maafkan lah aku, hm?"

Wajah ditoleh ke sisi kanan untuk melihat Yeana. Perlahan, Hyerin menarik senyum nipis. Pipi Yeana di tepuk lembut beberapa kali. Kepala sekadar diangguk kecil. Sekadar memberi respon kepada ucap maaf Yeana.

"Kau satu-satunya kawan yang aku rapat. Sebab tu aku risau bila kau tak ada. Sebab tu aku selalu membebel dekat kau. Aku nak suara bebel aku sentiasa terngiang dekat telinga kau tu bila kau ada kawan baru nanti."

"Ya-ya. Aku tahu semua tu."

Pelukan di bahu Hyerin dilepas. Yeana mengukir senyum. Lega rasanya. Terasa macam baru lepas dari bebelan seorang ibu. Jari telunjuk di bawa ke pipi Hyerin lalu, pipi mulus sahabatnya itu di tolak hingga Hyerin terteleng wajah sedikit.

"Kau dengan bebel kau tu, tak boleh nak pisahkan. Macam mana aku boleh lupa?" Yeana tersengih.

Dan Hyerin mencebik. Dia mengaku, memang dia banyak mulut. Membebel tak henti.

"Ni, kau belum jawab soalan aku tahu? Kau tidur dekat mana semalam, kenapa pakaian kau dah lain? Setahu aku, kau tak ada baju yang kau pakai sekarang ni."

Yeana telan liur. Berkira mahu beritahu atau tidak. Hyerin mula pasang muka curiga. Kalau boleh, kening diangkat setinggi yang boleh supaya Yeana tahu perasaan curiga dia sedang menguasai.

Serta-merta, Yeana merasa ada satu aura gelap dari badan Hyerin. Macam Fang dalam Boboiboy tu. Haha.

"Aku bagitahu, kau jangan membebel pula. Aku luku kau kang." Yeana buat-buat berani. Tapi sedikit pun Hyerin tidak menunjukkan riak muka takut.

Maintain pasang muka curiga. Muka bengis. Lagi bengis apabila Yeana beritahu jawapan untuk semua soalan yang dia tanya tadi. Membebel? Itu pasti.

Pintu kafe ditolak. Yeana tersenyum sendiri. Baru 2 hari tidak menjejak kaki, dah rasa rindu. Ada ke orang rindu tempat kerja? Yeana seorang saja rasanya. Kaki di bawa menuju ke dalam kafe. Tapi Yeana terhenti seketika di hadapan kaunter. Kedua dahinya bertemu membentuk kerut dahi. Pelik.

Ada yang pelik di situ.

Ada orang lain yang menggantikan tempat barista mereka. Bukan lagi lelaki bernama Daniel.

"Oh, hai!" Badan ditunduk sedikit ketika menyapa Yeana yang sedang pegun berdiri memerhati dirinya.

Yeana tersentak. Dalam kadar perlahan, dia menunduk dan tersenyum kekok. Cepat-cepat dia membuka langkah sebaik terlihat susuk tubuh Shuhua. Apabila sudah mendapati gadis itu, tangan Shuhua ditarik jauh dari staf kafe yang lain. Terpinga-pinga gadis Cina itu dibuatnya.

"Ya tuhan awak ni, saya ingat kena culik tadi tahu tak." Kata Shuhua. Ketika itu mereka berdua sudah jauh dari pandangan orang. Yeana tersengih.

"Saya cuma nak tanya aje, kenapa barista kita dah ganti pekerja. Daniel mana?" Soal Yeana. Ingin tahu benar riak wajahnya itu.

"Daniel dah berhenti. Semalam dia datang kafe, kata dekat bos dia nak berhenti. Kami semua pun pelik. Tapi baguslah tu, dia kan suka kacau awak." Jawab Shuhua mendatar. Yeana terangguk-angguk dengan juihan bibir.

Memang bagus pun. Perlakuan Daniel tempoh hari buat kan dia trauma sedikit. Nasib baik Jimin ada malam tu. Eh...

"Macam pelik aje.." Kata Yeana perlahan. Shuhua angkat kening sebelah.

"Pelik apanya?"

×××××

Chapter panjangggg 😵 sorryy 😧.

Vote tau HEHEHE 😂

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now