Prolog

613 81 11
                                    

Yugyeom memakai kasutnya dan dia mula berlalu pergi dari pintu pejabat Puan Baek bersama-sama kawan sekampusnya, Youngjae. Youngjae kelihatan serba-salah, tetapi kemudian dia berhenti membuatkan Yugyeom turut berhenti. Yugyeom perasan Youngjae kelihatan tunduk dan rasa bersalah, dan dia tersenyum disebabkan itu.

"Gyeom yang patut minta maaf. Gyeom tahu hyung xberniat nak malukan Gyeom dulu and Gyeom patut faham yang hyung tak suka skinship" kata Yugyeom. Youngjae terus mengangkat kepala, kelihatan tak percaya. Yugyeom tersenyum lagi.

"Lupakan je hm? Gyeom takkan ingat pasal perkara memalukan tu dan Gyeom takkan buat skinship dengan hyung kalau tak perlu" kata Yugyeom. Youngjae seakan tak percaya lantas tersenyum luas dan mengangguk. Selepas mereka bertukar terima kasih dan minta maaf, mereka mula jalan bersama.

"Gyeom dengar abang hyung ada kanser. Dia okay sekarang?" tanya Yugyeom. Youngjae terdiam lama sebelum mengeluh kecil.

"Anni, dia dah tak boleh keluar hospital" kata Youngjae perlahan menunjukkan yang dia sedih. Yugyeom berasa kasihan tetapi dia bertindak untuk mendiamkan diri. Mereka diam agak lama sebelum Youngjae bersuara.

"Hyung Gyeom..."

"Oh, dia okay. Hidup lagi" kata Yugyeom selamba.

"Eh, tak. Hyung maksudkan tu" kata Youngjae sambil tunjuk ke arah blok cafe yang berhadapan blok pejabat itu. Yugyeom memandang ke arah yang ditunjukkan, dan dia nampak abangnya sedang menongkat dagu, memandang ke arahnya dengan muka annoying. Mereka berdua diam, memandang Jinyoung sambil berjalan.

"Abang tiri Gyeom dengan abang tiri hyung ada nama yang sama. Tapi lawak, perangai diorang beza sangat" kata Youngjae kemudian memandang Yugyeom yang masih memandang abangnya. "Dia memang benci Gyeom ke?" tanya Youngjae.

Yugyeom membalas pandangan Youngjae dan ketawa kecil kemudian mengangguk. "Eum" Dia kembali memandang abangnya, dan dia tersenyum manis ke arah lelaki tua itu.

Jinyoung memandang Yugyeom dari tadi dengan muka serious, dalam matanya kelihatan penuh judging. Melihat Yugyeom tersenyum manis, dia berdecit.

"Tch. How annoying"

~

Yugyeom berjalan seorang diri sewaktu dia mahu balik ke rumah dan dia memandang telefonnya sambil berjalan. Dia terlalu khusyuk dengan telefon sehinggakan dia melintas jalan tanpa pandang ke kiri dan kanan.

Tiba-tiba begnya ditarik membuatkan dia kembali terkebelakang. Yugyeom terpinga-pinga, tetapi kemudian dia melihat Jinyoung di sebelahnya, memandangnya dengan muka tak puas hati.

"Hyung tahu Gyeom tak layak hidup. Tapi jangan sesekali bunuh diri. Hyung nak Gyeom mati dekat tangan hyung" kata Jinyoung dan dia jalan dahulu, membiarkan Yugyeom terdiam seketika sebelum ketawa kecil dan mengekori langkah Jinyoung.

"Hyung! Nak pergi makan ramyeon tak?" tanya Yugyeom sambil mengekori langkah Jinyoung yang jauh di hadapannya. Jinyoung tidak berhenti mahupun menoleh.

"Tak" jawabnya sepatah. Yugyeom terdiam, tersenyum dan dia terus pusing untuk berpatah balik. "Then~ Gyeom pergi sendiri!" jerit Yugyeom.

Jinyoung berhenti menapak, muka tak puas hati mula kelihatan dan dia menoleh kebelakang, memandang Yugyeom yang sedang berjalan membelakanginya. "Yah, Kim Yugyeom!"

Yugyeom tersenyum luas, dia tahu plannya akan menjadi. Dia mengawal senyumnya dan berhenti sebelum menoleh memandang Jinyoung dengan muka tak bersalah. "Nae, hyung?"

"Tak payah nak mengada-ngada nak habiskan duit. Gyeom ingat senang ke nak dapat duit?" bebel Jinyoung. Yugyeom membuat muka blanknya yang seperti bayi.

"Gyeom guna duit elaun Gyeom lah" kata Yugyeom selamba. Jinyoung mengeluh berat lalu memeluk tubuh.

"Then bagi duit tu dekat hyung. Biar hyung masak untuk Gyeom dekat rumah" kata Jinyoung. Yugyeom menggeleng.

"Hyung masak tak sedap"

Jinyoung terkejut, perasaan tak puas hati terus menyerbu dirinya. "This punk--" Jinyoung hampir mencarut dan Yugyeom terus menjerit.

"Jinyoung hyung paaabo!!"

"Yah, sini Gyeom!!"

Yugyeom ketawa dan melarikan diri manakala Jinyoung mengejarnya sehingga di bawah bukit, kelajuan Jinyoung membuatkan dia dapat lompat kebelakang Yugyeom (dan Yugyeom berhenti) dan meluku(?) kepada Yugyeom beberapa kali.

"Budak ni jinjja--"

"Ah ah ah hyung apo!"

Jinyoung turun dari belakang Yugyeom, kedua-duanya tercungap-cungap kepenatan. Jinyoung memandang Yugyeom tajam manakala Yugyeom memberikan sengih babynya.

"Mianhae. Ah, alang-alang kita dah sampai 7e ni. Jom makan ramyeon! Gyeom buatkan untuk hyung. Ah, Gyeom bayar juga" kata Yugyeom teruja. Jinyoung menjeling Yugyeom atas bawah sebelum memeluk tubuh.

"Better Gyeom buat sedap-sedap, arasseo?" kata Jinyoung seperti mengarah. Yugyeom terus mengangguk pantas dan berlalu masuk ke dalam kedai serbaneka itu. Jinyoung memandang Yugyeom tajam hingga hilang dari pandangan sebelum mengeluh berat.

"I really wanna kill that brat" bisik Jinyoung sebelum turut masuk ke dalam kedai tersebut.

[Unfinished] Ding-ding! | Got7 JinGyeom Malay FanficWhere stories live. Discover now