Ep 2

274 49 1
                                    

Yugyeom memandang lama borang kemasukan ke kelab boxing yang telah diambilnya tadi di pejabat sambil fikirannya ligat memikirkan sama ada keputusannya itu betul atau tidak. Sedang dia hilang fokus ke dalam kotak fikirannya sendiri, tiba-tiba seseorang merampas borang itu dari tangannya membuatkan dia tersentak dan memandang empunya tangan itu.

"Jungkook!" marah Yugyeom kerana terkejut. Jejaka berambut perang itu ketawa kecil sambil dia duduk di sebelah Yugyeom. Dia mula membaca kertas yang dirampasnya tadi.

"Woah, so kau memang dah pasti nak masuk boxing?" tanya Jungkook. Yugyeom tidak sempat menjawab apabila Mingyu duduk disebelahnya dan menyampuk.

"Tapi U kita tak sediakan pusat latihan, kan?" tanya Mingyu. Yugyeom lantas mengangguk, seperti itu yang dia cuba katakan kepada Jungkook tadi. Dia memandang Jungkook untuk kembali dengan kata-katanya.

"Yup. Kena pergi pusat latihan dekat luar sebab kampus kita siapkan tournament je" kata Yugyeom. Jungkook agak keliru dengan pernyataan Yugyeom kerana bukan itu apa yang dia soalkan tadi.

"So? Peduli apa aku. Aku tanya kau pasti ke nak masuk boxing" ulang Jungkook sambil menggulingkan mata. Yugyeom diam, memandang kertas yang dipegang Jungkook itu dengan lama sebelum mengangguk. Jungkook dan Mingyu agak terkejut dengan respons Yugyeom lantas mereka memandang satu sama lain.

"Jinjja? Apahal kau passionate sangat nak masuk boxing ni?" tanya Mingyu seperti tak percaya. Hakikatnya Yugyeom turut keliru dengan dirinya yang tiba-tiba sahaja dengan sukan tersebut. Yugyeom mengerutkan dahi sedikit sebelum menjongket bahu.

"Tak tahu. Tapi aku rasa macam... feel tu ada" kata Yugyeom seperti berfikir sendiri membuatkan dua kawannya lebih keliru.

~

Yugyeom berjalan pulang seorang diri tengahari itu oleh kerana Jinyoung tiada kelas pada hati tersebut. Otaknya tiada hala tuju lain kecuali memikirkan tentang sukan boxing yang ingin dia sertai itu. Dia fokus memandang kakinya yang melangkah sehingga dia melepasi sebuah pusat latihan boxing.

Yugyeom terus melangkah sebelum tiba-tiba dia terhenti, berdiam diri agak lama sebelum melangkah kebelakang beberapa tapak dan dia berhenti. Yugyeom menoleh, membaca papan tanda yang agak usang di tingkat dua rumah kedai itu.

'Sora Boxing Centre'

Sora menghirup mi segeranya sambil menonton televisyen kecil di dalam rumah kedai itu. Rumah kedai itu nampak kusam, di sudut jam 8 terdapat gelanggang boxing beserta beberapa alatan latihan boxing yang lain di sekelilingnya. Pada jam 12 terdapat sebuah sofa, meja kecil dan televisyen mini, tempat Sora berada. Selebihnya kosong, bahkan dinding masih bewarna simen.

Tidak jauh di belakang sofa tempat Sora duduk itu kelihatan seorang lelaki tua sedang mengemop lantai. Lelaki itu mengeluh penat sebelum dia tertoleh ke arah anak perempuannya yang membelakanginya.

"Sora-yah, nanti tolong appa bersihkan punching bag!" arah Mr.Yoon. Sora mendengarnya lantas berasa sedikit pissed off. Sejujurnya, dia langsung tidak suka sukan boxing ini meskipun ayahnya ialah jurulatih boxing. Sora menoleh memandang ayahnya.

"Semalam kan dah bersihkan? Mana ada orang guna! Tempat ni kosong tak ada sorang pun nak belajar dengan appa so buang jelah barang-barang tu!" marah Sora tidak puas hati. Dia kembali memandang televisyen apabila Mr.Yoon menjawab.

"Melawan pula dia!" kata lelaki tua itu dengan nada tidak puas hati. Sora menggaul mi segeranya agak kasar sebelum kembali memandang televisyen dengan muka bengang.

Sejurus sahaja itu, pintu rumah kedai itu diketuk membuatkan Mr.Yoon keliru. Dia lantas meletakkan mop di tepi dan pergi membuka pintu, melihat seorang pelajar lelaki di muka pintu. Pelajar tersebut tunduk hormat sebelum tersenyum manis.

"Annyeonghaseyo, Kim Yugyeom-imnida. Tempat ni boleh terima pelajar baru tak?" tanya Yugyeom dengan ramah. Mr.Yoon terus membuka mulut dengan luas tanda teruja. Sora pula yang mendengarnya lantas meletakkan mi segeranya di atas meja sebelum berbaring di atas sofa untuk tidur. Dia langsung tak mahu terlibat dengan urusan daftar pusat latihan tersebut.

~

Jinyoung baru sahaja siap membasuh pinggan apabila dia mendengar Yugyeom membuka pintu utama rumah mereka selepas pulang dari kampus. Jinyoung mengelap tangannya di belakang baju, tiada tanda-tanda untuk menyambut kepulangan adik tirinya itu.

"I'm home!"

"I wish you're not!" jawab Jinyoung selamba sambil dia menuju ke meja makan dan dia tiba di meja penuh makanan itu hampir serentak dengan Yugyeom. Yugyeom meletakkan beg sandangnya di kaki meja sebelum mengambil tempat duduk berhadapan dengan Jinyoung, kedua-duanya bersedia untuk makan.

"Gyeom makan dulu~!" kata Yugyeom dan mereka berdua senyap menikmati makanan tengahari masing-masing. Yugyeom pada masa itu ligat berfikir ayat yang sesuai untuk memberitahu Jinyoung tentang penyertaannya dalam sukan boxing itu. Dia memandang makanan dan Jinyoung bergilir-gilir sebelum akhirnya dia memberanikan diri.

"Hyung" panggil Yugyeom perlahan. Jinyoung memandang Yugyeom seketika sebelum kembali memandang makanannya, memaksudkan yang dia sedang mendengar. Yugyeom tersenyum, dia tahu Jinyoung bukan dalam mood 'benci'.

"Gyeom daftarkan diri untuk pertandingan boxing dekat kampus kita" kata Yugyeom, nadanya kedengaran agak teruja. Jinyoung terhenti seketika, diam dan kembali makan tanpa memberi respons. Yugyeom mengerutkan dahi sedikit.

"Hyung dengar--"

"Tarik diri"

Yugyeom terdiam, agak terkejut dengan respons Jinyoung. Jinyoung kedengaran serious, membuatkan Yugyeom tahu itu bukan taktik savage Jinyoung untuk menjawab. Tetapi Yugyeom masih kekal positif dan dia ketawa kecil sebelum menjawab.

"Ayy, tak payah fikirlah pasal ni. Gyeom uruskan sendiri, latihan dan pertandingan. Gyeom akan menang! Hwaiting!" kata Yugyeom semangat dan sejurus selepas itu telefonnya di dalam beg berbunyi. Dia berhenti makan, mencapai telefonnya sebelum bergerak ke ruang tamu untuk menjawab panggilan.

Jinyoung hanya diam memandang makanannya sehingga tiba-tiba dia berhenti. Dia seperti memikirkan sesuatu sebelum dia kemudiannya meletakkan chopstiknya dan mengeluh berat. Dia memandang adik tirinya yang sedang menjawab panggilan, berdiri membelakanginya. Jinyoung memandang Yugyeom begitu lama dan akhirnya dia mengumam perlahan.

"This can't be right"

[Unfinished] Ding-ding! | Got7 JinGyeom Malay FanficWhere stories live. Discover now