Ep 3

290 48 4
                                    

Akhirnya Yugyeom memulakan hari pertamanya di Pusat Latihan Boxing Sora pada petang itu selepas dia pulang dari kampus. Ketika itu dia berdiri dengan tangan di belakang, berhadapan dengan Mr.Yoon menandakan dia bersedia untuk mendengar arahan. Sora pula pada masa yang sama, masih di sofa menonton televisyen dengan malas.

"Okay, perkara pertama yang kamu kena tahu ialah..."

Telinga tajam Sora menangkap kata-kata ayahnya membuatkan dia bermonolog dalam hati sambungan kepada ayat tersebut tanpa berfikir panjang.

Motive and Objective.

"..warming up. Cara warming up untuk boxing berbeza, tau?"

Sora terkedu. Dia mula merasakan tekanan darahnya meningkat menandakan dia mahu mengamuk. Sora sangat tahu 7 perkara penting peninju perlu belajar dan oleh kerana Mr.Yoon sudah lama tidak mengajar, fikiran tumpul lelaki tua itu sudah mula lupa urutan 7 perkara tersebut.

Sora mengguling mata lantas dia menoleh memandang ayahnya dan pelajar baru itu. "Maaf mencelah!" kata Sora agak kasar, membuatkan Yugyeom dan Mr.Yoon terus menoleh memandangnya.

Sora tanpa diduga terkedu, agak terkesima apabila matanya bertemu dengan mata pelajar baru itu. Tanpa disangka jantungnya mula berdegup laju, dia menjadi kelu untuk menyambung kata-katanya.

"Yes?" tanya Yugyeom lembut membuatkan muka Sora serta-merta merona merah. Dia diam agak lama menatap raut wajah Yugyeom sebelum tiba-tiba dia tersedar dari lamunan, dia terus berdehem dan memandang tempat lain.

"Ah... A-Anniya.." kata Sora dan kembali memandang ke arah televisyen. Yugyeom agak keliru tetapi kemudian dia memandang semula Mr.Yoon apabila dia mula berbicara. Sora pada masa yang sama memegang pipinya yang merona merah.

~

Jinyoung sedang fokus di dalam kelas sehingga fikirannya tiba-tiba melayang ke memori semalam apabila Yugyeom memberitahu yang dia akan memasuki pertandingan boxing. Jinyoung memandang kosong buku notanya oleh kerana fikirannya ligat memikirkan soal lain.

Jinyoung mesti halang Yugyeom.

Jinyoung mengeluh kecil memikirkannya dan dia mengeluarkan loket rantainya yang tersimpan di dalam kolar kemejanya itu. Loket tersebut ialah sebuah kunci, Jinyoung menatap loket tersebut agak lama sebelum fikirannya mula terbitkan satu idea.

~

Yugyeom berjalan seorang diri di lorong menuju ke rumahnya selepas selesai latihan hari itu. Dia tersenyum sendiri memikirkan prosesnya mempelajari tinju semakin berkembang meskipun selepas satu hari.

Tiba-tiba sebilah pisau diacukan di belakangnya membuatkan dia berhenti, terkejut. Hujung pisau itu betul-betul menyentuh belakangnya, membuatkan dia tahu yang dia akan terluka sekiranya bergerak.

Yugyeom cuba mencapai telefonnya di dalam poket tetapi perompak itu lebih peka dengan pergerakan Yugyeom membuatkan dia terus menyerang Yugyeom. Tidak menggunakan pisau, lelaki perompak itu hanya menumbuk dan menendang Yugyeom sehingga remaja lelaki itu terjatuh sakit. Hujung bibir dan siku Yugyeom luka akibat serangan tersebut.

Perompak itu terus mencapai beg sandang Yugyeom ketika Yugyeom lemah menahan sakit. Penjenayah tersebut mengambil dompet Yugyeom sebelum melarikan diri. Yugyeom tercungap-cungap kepenatan dan dia menyentuh luka di hujung bibirnya membuatkan dia terasa pedih. Yugyeom mengeluh berat dan bersandar.

Dari jauh dan tersorok di sebalik sebuah blok bangunan, Jinyoung memerhati Yugyeom tanpa reaksi sebelum dia pusing, melihat perompak tadi di sebelahnya. Jinyoung menghulur tangan dan segera perompak itu menghulurkan dompet yang dicuri dari Yugyeom tadi. Jinyoung kemudian menghulurkan sejumlah wang dan perompak itu berlalu selepas mendapat upahnya.

~

"Yah, Gyeom gaduh dekat sekolah ke?" Tanya Jinyoung, berpura-pura tidak tahu apabila Yugyeom melangkah masuk dengan luka di tangan dan bibirnya. Yugyeom melemparkan begnya di atas sofa sebelum dia turut merebahkan diri di sebelah begnya itu.

"Gyeom kena rompak tadi" Yugyeom mengeluh berat. Jinyoung tersenyum kecil, penuh sinis tetapi riaknya masih dikawal. Dia menghampiri Yugyeom sambil memeluk tubuh.

"Kata peninju, perompak pun tak boleh lawan?" kata Jinyoung seperti perli. Yugyeom hanya diam memandang siling dan Jinyoung membuat keputusan untuk menyambung kata-katanya.

"Kalau penjenayah amatur macam tu pun Gyeom tak berani nak lawan, berhenti jelah kelas boxing Gyeom. Membazir duit je" kata Jinyoung lagi dan dia berjalan ke meja makan. Yugyeom diam agak lama, memikirkan kata-kata Jinyoung lalu dia tiba-tiba menggeleng kepala dan bangun dari sofa, mencapai begnya sekali sebelum menuju ke biliknya, melepasi Jinyoung.

"I'll work harder" kata Yugyeom membuatkan Jinyoung terus tersentak, dan menoleh memandang Yugyeom yang menuju ke biliknya. "Mwoh?"

Yugyeom berhenti melangkah apabila Jinyoung bersuara, dan dia menoleh memandang Jinyoung. "Gyeom kena usaha lebihlah, kan? So then bila Gyeom dah boleh lawan dengan baik, Gyeom akan balas dendam dekat perompak tu" kata Yugyeom yakin. Jinyoung terdiam seketika sebelum mengeluh berat.

"Tu ke motif Gyeom belajar tinju? Motif bertinju adalah untuk meningkatkan keyakinan, melindungi yang lemah dan mempertahankan diri dalam marabahaya. First day tak belajar ke?" bebel Jinyoung dengan lancar. Yugyeom mengeluh kecil dan memeluk tubuh.

"Gyeom mempertahankan dirilah tu" kata Yugyeom malas dan Jinyoung hampir menjadi marah.

"Itu dendam--"

"Hyung" Yugyeom memotong kata-kata Jinyoung membuatkan Jinyoung terdiam. Mereka berdua merasakan suasana tegang dan akhirnya Yugyeom bersuara.

"Jangan fikir pasal hal Gyeom, macam yang hyung selalu buat" kata Yugyeom dan dia terus berjalan. Jinyoung berdiam diri agak lama, penumbuknya digenggam.

"Kim Yugyeom"

Yugyeom berhenti di hadapan pintu biliknya, menggulingkan mata tanda dia penat dengan bebelan Jinyoung. Dia dengan malas berpusing menghadap Jinyoung lagi. "What?" tanya Yugyeom malas. Jinyoung diam agak lama.

"Hyung harap Gyeom kalah setiap perlawanan" kata Jinyoung dan dia berlalu pergi. Yugyeom terkedu seketika sebelum tiba-tiba dia tersenyum luas.

"Gumawo!" jerit Yugyeom kerana dia tahu, kata-kata Jinyoung itu ialah cara Jinyoung untuk cakap 'goodluck'. Yugyeom tersenyum gembira dan dia melangkah masuk ke dalam biliknya.

Pada waktu itu, Jinyoung berhenti, dan dia menoleh memandang pintu bilik Yugyeom dengan satu reaksi negatif.

[Unfinished] Ding-ding! | Got7 JinGyeom Malay FanficWhere stories live. Discover now