Ep 4

162 29 1
                                    

Sora seperti biasa, duduk di sofa dalam pusat latihan itu tetapi kali ini dia tidak menonton tv, sebaliknya menenung ke rah Yugyeom yang sedang berlatih menumbuk di punching bag. Ayahnya telah keluar untuk membeli barang jadi Yugyeom hanya berlatih seorang diri sementara menunggu kepulangan lelaki tua itu. Sora menggigit bibir, sudah terlalu lama dia mempunyai keinginan untuk menegur Yugyeom tetapi dia terlalu malu untuk memulakan. Akhirnya dia menyedut nafas dalam untuk mengumpul semangat, dan dia bangun dari sofa sebelum menghampiri Yugyeom.

"Lower arms awak mesti sama level dengan muka"

Yugyeom berhenti berlatih apabila terkejut, dan dia memandang gadis yang menghampirinya itu dengan riak keliru. Sora cuba menyorokkan rona merah di pipinya sebaik mungkin apabila dia menunjukkan posisi tangannya seperti seorang peninju.

"Like this. Baru awak dapat protect muka awak dari kena attack dengan pihak lawan waktu awak tak ready" Sora menerangkan sambil dua-dua penumbuknya digenggam dan diangkat setara dengan wajahnya. Yugyeom agak terpegun dengan penerangan Sora, lantas mengangguk dan meniru aksi tersebut. Sora tersenyum lalu berdiri seperti biasa untuk menghulurkan tangan berjabat.

"Saya Sora. Awak?"

"Yugyeom"

Yugyeom menurunkan tangannya untuk berjabat dengan Sora. Sora tanpa sengaja tersenyum luas membuatkan Yugyeom tersenyum juga. Cute. Kedua-dua mereka getus dalam hati.

"By the way, untuk pengetahuan awak, appa ajar awak boxing yang salah" kata Sora sejurus mereka melepaskan tangan masing-masing dan dia berpeluk tubuh. Yugyeom agak terkejut, tetapi perasaan itu bertukar menjadi keliru.

"Tapi dia coach boxing"

"True. However dia dah bertahun tak ajar sesiapa. Of course dia ajar teknik yang betul. You see, dalam boxing, ada 7 perkara penting yang peninju kena tahu secara urutan untuk pastikan peninju lebih arif tentang keseluruhan sukan ni. Dan appa pula ajar awak urutan yang entah apa-apa. Berkemungkinan tinggi awak boleh disqualified dalam pertandingan" kata Sora panjang lebar. Yugyeom terdiam, kelihatan agak keliru dan ada suasana sunyi antara mereka untuk seketika sebelum Yugyeom tiba-tiba bersuara.

"Then.. boleh awak ajar saya?" tanya Yugyeom sambil memandang Sora dan tak tersangka-sangka mata mereka bertemu untuk beberapa saat. Muka Sora merona merah, dan dia yakin kalau dunia boleh mendengar suara hati, semua orang akan tahu yang dia menjerit 'FUCK YES'. Sora mengambil masa sebelum pura-pura tergelak kecil, semua boleh agak betapa palsunya tawa itu.

"Saya? Ajar awak? Apa yang saya akan dapat?" tanya Sora sambil memeluk tubuh. Yugyeom diam seketika sebelum tiba-tiba dia tersenyum manis lalu menjawab dan jawapannya itu membuatkan Sora hampir jatuh melutut kerana cair.

"Kim Yugyeom" jawapannya.

~

Hari itu hujung minggu, Jinyoung di pusat membeli-belah selepas memberi barang dapur dan beberapa barang lain. Dia kini sedang duduk di satu bangku awam di dalam shopping itu sambil menikmati vanilla latte dalam pegangannya. Hakikatnya dia mahu pergi seorang diri, tetapi Yugyeom beria-ia hendak mengikutnya.

"Ahh~ hyung bolehlahhhh~" rayu Yugyeom apabila dia menghalang Jinyoung jalan sambil menyatukan kedua-dua tapak tangan tanda memohon. Jinyoung memandangnya dengan reaksi jijik, dia yakin dia akan muntah jika melihat aksi comel seperti itu lagi.

"Aishhh how annoying. Yah, Gyeom pun tahu kan haiwan peliharaan tak boleh dibawa ke shopping? So duduk rumah diam-diam araseo? Nanti hyung bagi tulang sebagai ganjaran sebab jadi anjing yang baik" kata Jinyoung selamba sambil melemparkan senyuman palsunya dan dia mengusap dagu Yugyeom. Yugyeom serta-merta piss off lalu mengelak tanda tak puas hati.

"Yah! Apa anjing? Hyung tu anjing" balas Yugyeom perlahan seperti mumbling dan Jinyoung dengan pantas menjadi geram.

"This ungrateful punk. Keurae tahniah sebab dibesarkan oleh anjing! Dah, anjing ni nak beli makanan untuk Gyeom so ke tepi!" marah Jinyoung dan ingin berlalu pergi. Yugyeom terus rasa bersalah dan dia memeluk abangnya itu seperti beruang koala. Melihat Jinyoung merajuk ialah perkara yang paling Yugyeom benci walaupun jejaka muda itu selalu menyakat abangnya.

"Araseo mianhae mianhae Gyeom tak sengaja cakap macam tu" Yugyeom merayu dan nadanya seperti kanak-kanak. Jinyoung terus tersenyum sinis dan puas hati tanpa Yugyeom perasan ; seronok rasanya bila dapat hina orang dan minta orang tu minta maaf dekat kita. Jinyoung kemudian terus membuat reaksi merajuk balik dan cuba melepaskan diri manakala Yugyeom masih memujuk.

"Lupakan. Hyung tak nak kawan Yugyeom" kata Jinyoung dengan mulutnya dicebikkan seperti kanak-kanak merajuk. Tanpa dia sedar, dia jauh lebih hebat dalam membuat aksi comel yang meloyakan.

"Ahh~ Hyung~ Janganlah macam ni" Yugyeom memeluknya makin erat dan kemudian dia mendapat idea.

"Then apa kata Gyeom belanja hyung choco shake? Anni, hyung suka vanilla latte kan? Jom, Gyeom belanja nak?" tanya Yugyeom teruja. Jinyoung belum sempat membalas, Yugyeom terus menariknya untuk bergerak.

"Kaja! Kaja! Kaja!" tarik Yugyeom penuh teruja dan Jinyoung tidak mampu menahan diri daripada ketawa melihat Yugyeom yang terlalu bersemangat.

Jinyoung menyedut airnya lagi dan kemudian dia menoleh untuk melihat Yugyeom di sebelahnya. Dia segera membesarkan mata tanda terkejut apabila melihat adiknya itu sudah tersandar tidur dengan lena. Choco shake milik Yugyeom masih dipegang erat tetapi kepalanya sudah terlentok di penyandar bangku tersebut. Jinyoung agak panik, tetapi apabila melihat orang awam tidak memandang mereka, dia mengeluh lega.

Dia kembali memandang jejaka yang lebih muda itu, menatap agak lama sebelum ketawa kecil. "This brat" kata Jinyoung perlahan.

Kemudian dia terperasan bahagian buku kedua-dua penumbuk Yugyeom mempunyai kesan melecet yang agak teruk, akibat daripada latihan boxingnya. Jinyoung diam agak lama sebelum dia mengeluarkan sesuatu daripada salah satu plastik yang diisi dengan barang-barang yang mereka baru beli tadi. Jinyoung mengeluarkan segulung bandage, dan dengan berhati-hati dia memasukkan bandage itu ke dalam poket sweater yang dipakai Yugyeom.

Yugyeom masih tak sedar apa yang berlaku, tetapi Jinyoung sudah pun membuang cawan air mereka dan mengangkat Yugyeom di belakang untuk pulang ke rumah mereka.

[Unfinished] Ding-ding! | Got7 JinGyeom Malay FanficDonde viven las historias. Descúbrelo ahora