Ep 6

49 9 11
                                    

Akhirnya pembukaan pertandingan sudah dirasmikan dan kini ramai berkumpul di dewan universiti itu untuk melihat sendiri pusingan kelayakan untuk pertandingan tersebut. Terdapat 4 gelanggang disediakan untuk 16 peserta bertanding sehingga para juri mendapat senarai 8 peserta yang akan ke suku akhir. Semua persediaan sedang dijalankan serentak dengan para penonton melangkah masuk ke dalam dewan.

Yugyeom berjalan dengan Sora setelah mereka selesai berdaftar dan mereka sedang menuju ke gelanggang ketiga iaitu gelanggang yang sudah ditetapkan untuk Yugyeom. Ayah Sora tidak dapat ikut serta kerana ada pemeriksaan doktor, jadi hanya Sora yang menemani Yugyeom hari itu. Mereka berbual kosong sambil Sora memberi nasihat sebelum tiba-tiba langkah Yugyeom terhenti. Sora turut berhenti, keliru dan kemudian dia seorang lelaki di hadapan mereka.

Yugyeom dan Jinyoung memandang satu sama lain, dan ada aura negatif antara mereka berdua. Jinyoung kelihatan serba salah untuk menegur Yugyeom manakala Yugyeom memandang tajam abang tirinya itu. Jinyoung seperti menahan kata-katanya dan kemudian dia ternampak Sora di sebelah Yugyeom. Jinyoung menjadi sedikit keliru kerana dia tidak pernah nampak gadis itu sebelum ini.

"Nuguseyo?” tanya Jinyoung. Sora seakan terpinga-pinga dengan apa yang berlaku. Dia memandang Yugyeom, mengharapkan ada penerangan tetapi Yugyeom hanya memandang tempat lain seperti dia malas untuk terlibat dalam perbualan tersebut. Sora terdiam seketika dan kembali memandang Jinyoung sambil memikirkan ayat yang betul untuk menjawab soalan itu.

"U-Uhm.. saya Sora. Anak coach yang ajar Yugyeom" kata Sora perlahan kerana dia dapat agak yang lelaki itu kenal dengan Yugyeom. Lelaki itu terus mengangguk dan tersenyum manis.

"Oh annyeonghaseyo. Saya Jinyoung. Abang Yugyeom" kata Jinyoung tenang dan entah kenapa Sora menjadi panik. Sora terus tunduk hormat kepada Jinyoung dan Jinyoung turut melakukan perkara yang sama. Entah kenapa Yugyeom merasakan situasi itu sangat menjengkelkan, jadi dia menarik tangan Sora dan berlalu pergi.

Jinyoung dan Sora tersentak terkejut. Sora memandang Yugyeom dengan reaksi keliru, memikirkan mengapa Yugyeom nampak begitu benci dengan abangnya itu. Jinyoung menoleh, melihat Yugyeom semakin jauh dan akhirnya dia mengeluh kecil.

"Yugyeom-ah" panggil Jinyoung dan Yugyeom berhenti apabila terdengar namanya. Dia menoleh memandang Jinyoung, menunggu kata-kata jejaka yang lebih tua itu.

"Goodluck"

"Tak payah. I don't need that" kata Yugyeom terus sahaja memotong kata-kata Jinyoung dan sambung jalan meninggalkan tempat itu. Jinyoung diam seketika dan mengeluh lagi.

Perlawanan bermula di gelanggang masing-masing dan tentu sekali, ramai penonton fokus pada pemenang tahun-tahun lalu iaitu Noh Jihoon dan Ha Inseob dan peninju yang masuk pertandingan tersebut setiap kali diadakan iaitu Yoo Sungmin. Setiap pusingan adalah sengit di setiap gelanggang dan secara perlahan, perhatian bertukar ke arah dua peninju baru iaitu Yugyeom dan Jinyoung.

Mereka berdua kelihatan sangat hebat di perlawanan masing-masing apabila gerakan defense dan attack mereka sangat tepat. Pengulas pertandingan juga mula berkata tentang mereka, terutama Yugyeom kerana dia pemain termuda dalam pertandingan itu.

Masing-masing mula berbisik tentang Yugyeom di gelanggang ketiga tapi serta-merta fokus berubah ke gelanggang nombor satu apabila Jinyoung berjaya menumpaskan lawannya lebih cepat berbanding semua perlawanan yang berlangsung serentak itu. Pihak lawan yang bersemuka dengan Jinyoung itu knock out membuatkan semua terkejut dengan kebolehan jejaka tersebut.

Yugyeom berjaya menumpaskan lawannya tidak lama selepas itu, dan baru ketika itu dia perasan yang tumpuan berada di gelanggang satu. Dia menoleh ke gelanggang yang menjadi perhatian ramai itu dan reaksinya terus terdiam melihat Jinyoung yang sudah pun terlebih dahulu turun dari gelanggang.

Jinyoung terpandang ke arah Yugyeom, entah kenapa Yugyeom menjadi sedikit sakit hati apabila Jinyoung berjaya menang dahulu berbanding dia. Jinyoung tidak memberikan apa-apa reaksi, sebaliknya meneruskan pergerakannya keluar dari kawasan itu untuk ke bilik rehat pemain. Yugyeom memandang tajam segala gerakan Jinyoung, sedikit pun dia peduli yang namanya disebut sebagai pemenang di gelanggang ketiga itu.

~

Pihak pengurusan mengadakan perlawanan kelayakan dan suku akhir pada hari yang sama manakala separuh akhir akan berlaku keesokkan harinya dan final pada hujung minggu. Jadi, Yugyeom dan Jinyoung masing-masing sedang bersiap untuk perlawanan mereka di suku akhir.

Yugyeom sedang meregangkan badan ketika Sora memberi tips dan ketika itu dia tertoleh ke arah Jinyoung yang berada di hujung bilik rehat. Kelihatan Jinyoung sedang duduk bermain telefon bimbitnya, langsung tidak membuat persediaan. Yugyeom menggelengkan kepala, entah kenapa semua tentang Jinyoung hari itu membuatkan Yugyeom sakit hati.

~

"Ayuh, kita mengalihkan tumpuan ke gelanggang satu, Park Jinyoung menentang Yoo Sungmin. Jinyoung merupakan pemain baharu tahun ini manakala Sungmin ialah pemain yang sudah berlawan di gelanggang selama 4 tahun. Mampukah Jinyoung membuat knock out sekali lagi seperti yang dia tunjukkan di pusingan kelayakan-- Cantik serangannya kali ini dan...knock out!!"

Semua orang bersorak untuk Jinyoung apabila pengadil memaklumkan bahawa Sungmin sudah knock out. Jinyoung tercungap-cungap dan sejurus pengadil mengumumkan kemenangannya, dia tunjuk hormat kepada pengadil. Jinyoung kemudian terus keluar gelanggang sambil membuka sarung tangannya sebelum tiba-tiba langkahnya terhenti apabila dengar pengumuman peserta separuh akhir esok.

Dia menoleh ke arah skrin, melihat paparan graf peserta dan reaksinya berubah apabila melihat Yugyeom layak ke separuh akhir. Bukan sebab itu reaksi Jinyoung berubah, tetapi sebab Jinyoung melihat nama orang yang akan berlawan dengan Yugyeom.

Semi final contestants

Park Jinyoung vs Kwon Yekwang in Ring 1

Kim Yugyeom vs Noh Jihoon in Ring 2

Noh Jihoon, pemenang pertandingan ini sebanyak 3 kali berturut-turut termasuk tahun lepas. Jinyoung memandang paparan itu lama, langsung tak berminat untuk melihat lawannya sendiri. Dia mengeluh berat dan berlalu pergi, bersedia untuk balik ke rumah.

~

"Yah, Kim Yugyeom"

Malam itu Jinyoung membuka pintu bilik Yugyeom dan melangkah masuk, kelihatan Yugyeom sedang menulis di meja belajarnya sambil memakai headphone. Yugyeom tidak mendengar apa-apa lagu, tapi dia buat keputusan untuk tidak menjawab panggilan Jinyoung dan terus membelakangi abang tirinya itu.

Perasan yang Yugyeom tidak response terhadap panggilannya, Jinyoung melangkah laju ke meja belajar Yugyeom dan menarik headphone itu daripada kepala Yugyeom. Yugyeom terkejut, serta-merta kemarahannya meningkat membuatkan dia terus berdiri menghadap Jinyoung.

"What?!” nada Yugyeom agak kuat dan tinggi. Mereka menikam satu sama lain dengan pandangan tajam dan Jinyoung tidak membuang masa untuk mengeluarkan kata-katanya.

"Tarik diri dari pertandingan tu" Jinyoung memeluk tubuh. Yugyeom mendengus kasar, sakit hatinya makin menjadi-jadi. Belum sempat Yugyeom berkata-kata, Jinyoung sambung lagi.

"Gyeom akan lawan Noh Jihoon, dia dah menang pertandingan 3 kali berturut-turut. Gyeom tak akan dapat kalahkan--"

"Oh shut the fuck up" Yugyeom memotong kata-kata Jinyoung dan memandang tepat ke dalam mata Jinyoung dengan penuh kebencian. "Tak payah nak jadi abang yang caring sangat"

"I just don't want you to get hurt!”

"Drop that bullshit!"

Yugyeom menemplak kata-kata Jinyoung sekelip mata. Suara mereka semakin kuat. Mereka berdua senyap menahan marah sebelum Yugyeom merampas headphonenya semula daripada Jinyoung.

"Stop with that lame ass excuse,you never care about me so keep doing that way" kata Yugyeom, memakai headphonenya semula dan kembali duduk seperti dia menganggap perbualan itu tak wujud.

Jinyoung memandang Yugyeom dengan sangat lama, otaknya ligat berfikir apa yang patut dia buat. Dia kemudian memegang loket kunci yang berada di rantainya dan dia dilema; patut atau tak patut?

[Unfinished] Ding-ding! | Got7 JinGyeom Malay FanficWhere stories live. Discover now