Chapter 12: When Aryan Read Books

3.5K 335 17
                                    

RYAN mengeluh perlahan apabila orang yang dicari tidak dijumpai sejak semalam lagi. Tidak lain tidak bukan. Teman sepermainan, teman gaduh, teman membahan, teman gelak, teman segala teman iaitu Aryan.

Setiap ceruk istana dia cari Aryan tetapi tidak jumpa. Selalunya sepupu merangkap sahabatnya itu suka melepak di makmal sambil menguji stereotaip senjata baru yang dicipta oleh saintis dan jurutera. Masalahnya kelibat tapak kaki Aryan juga tiada. Raizer pun tidak tahu ke mana Putera Mahkota Sylvania itu menghilang.

“Mana aku nak cari makhluk ni?” rungut Ryan.

Dia buntu. Tanpa Aryan dia hilang arah dan tiada tujuan hidup. Bukan tidak ada tujuan hidup,  ada. Tujuan hidupnya adalah berkhidmat dengan Aryan. Sejak kecil lagi dia selalu bersama Aryan. Ke mana sahaja sepupunya pergi atau buat, dia akan ikut. Tak kiralah perkara yang dilakukan masuk akal atau tidak, dia tetap ikut. Ryan tetap setia dengan Aryan.

Ryan melangkah ke bilik beradu putera sulung tersebut. Pintu bilik Aryan terbuka sedikit. Dia menolak pintu dengan jari telunjuk. Pintu tersebut terbuka semakin lama semakin luas dengan efek yang sangat perlahan. Situasi di situ sangat mendebarkan bagi Ryan. Ibarat dia melihat filem genre seram di mana demon muncul dari dalam bilik.

Situasi yang terbentang di ruang mata buat Ryan tercengang.
Rahangnya sudah terbuka luas apabila melihat suasana bilik Aryan yang bersepah. Sepertinya baru selesai diserang naga. Bukan itu yang buat seorang Ryan terkejut. Benda yang mengejutkanya adalah benda yang bersepah di atas lantai adalah buku. Diulang sekali lagi. Buku!

B. U. K. U!!!

Itu yang buat dia sangat terkejut. Pelbagai jenis berselerak di atas lantai, meja, kerusi malah di atas katil. Bukan satu atau dua buah. Tapi berpuluh-puluh buah buku! Ryan mula berasa cemas apabila melihat buku bertaburan di dalam bilik Aryan.

“Aryan!!!” jerit Ryan.

“Kenapa kau jerit macam mati bini?” Aryan muncul dari balkoni di tingkat dua biliknya. Bathrobe tersarung pada badan tegapnya. Rambut emasnya yang basah dikeringkan dengan tuala. Kelihatannya putera itu baru selesai mandi.

Ryan mendongak ke atas. Wajahnya jelas kelihatan sangat risau dan cemas. Dia terus berlari ke tingkat atas. Tangannya memegang pipi Aryan. “Kau okey ke, bro? Kau okey ke? Cakaplah kau okey?”

“Apahal dengan kau ni?” Aryan tepis tangan sepupu.

“Kau tu apahal? Apasal buku ada dalam bilik kau? Setahu aku kau mana rajin baca buku. Bukan setakat baca, sentuh pun tak lagi. Oh em gi!!! Selama 20 tahun kau hidup, inilah kali pertama aku nampak kau dengan buku!”

Aryan membiarkan sahabatnya meroyan seorang diri. Dia melangkah masuk ke dalam walk in wardrobe untuk memakai baju. Tidak lama kemudian, dia keluar dengan memakai baju yang lebih selesa. Rambutnya dibiarkan tidak disikat. Kalau tidak sikat, dia tetap kacak juga. Hahaha...

“Kau belum bagi aku penjelasan lagi.”

“Pasal apa?” soal Aryan. Dia turun ke tingkat bawah diekori oleh Ryan. Buku masih berselerak merata-rata tempat. Dia mencapai gajet untuk menghantar pesanan kepada Ketua Kebersihan Istana untuk mengemas biliknya. Pesanan dihantar.

Aryan menghempaskan badannya di atas sofa yang empuk. Buku yang berada di atas sofa ditolak ke tepi untuk memberi ruang kepadanya berehat. Dia membuka skrin televisyen dengan menggunankan gajet yang sama dia guna untuk menghantar pesanan tadi.

Ryan juga sudah menyelesakan diri duduk di atas sofa dengan kaki diletak di atas meja kaca. Buah anggur yang kelihatan tidak segar disumbat masuk ke dalam mulut. Letih dia membebel kepada Aryan tadi. Sebuah buku yang berada di atas meja kaca menarik perhatiannya.

Book 3: Aryan The First Prince [✓]Where stories live. Discover now