Chapter 16: Irene Join The Mission

3.4K 304 24
                                    

"Kenapa kau nak jumpa Irene?" soal Ryan yang ingin tahu.

Mereka dalam perjalanan ke Thrunland setelah berangkat dari Astland selepas makan tengah hari. Aryan berada di ruang khas yang telah disediakan untuknya di dalam kapal terbang tersebut. Pintu diketuk dari luar. Seorang pengawal keselamatan membuka pintu lalu masuk seorang gadis berambut blonde keemasan dengan mata biru. Raut wajahnya persis arwah nenda mereka dulu. Tapi sayangnya, gadis itu jarang senyum. Kalau senyum lagi bertambah kecantikan yang diwarisi sejak azali lagi.

Irene, gadis berusia 15 tahun itu sebaya adiknya Ian. Ahli Heroic Knights yang terbaik di Akademi Seraglio beradi di ranking kedua dengan erti kata lain HK 2 walaupun masih muda. Tidak seperti adiknya yang memegang gelaran HK 9.

"Kenapa masam je?" usik Ryan.

Irene menjeling tajam ke arah Ryan. Dia tidak pernah menyukai Ryan walaupun mereka ada pertalian darah yang jauh. Dia sepatutnya hormatkan Ryan yang jauh lebih tua darinya. Mungkin perangainya yang gatal buat dia tak suka. Kalau sepupunya Aryan dia boleh hormat lagi kerana Aryan layan dia macam adik sendiri.

"Senyumlah sikit... Kan nampak lebih manis dan cantik," kata Ryan.

Baru sahaja dia mahu menyentuh rambut emas, tangannya ditepis. Dengan sekelip mata, pisau belati dengan ukiran lama telah dihunus ke arah wajahnya. Ryan mengangkat kedua-dua belah tangannya sebagai tanda menyerah kalah dan tidak akan mengacau gadis itu. Namun, pandangan mata yang tajam dari Irene memberitahunya gadis itu tidak akan mengalihkan pisau belati dari wajahnya.

"Woi, tolonglah aku." Ryan minta bantuan dari Aryan.

"Kau ni... Siapa suruh kau kacau dia? Kan dah dapat?" balas Aryan.

"Weh, tolonglah!"

"Sampai kat Thrunland, you two will have a duel," kata Aryan.

"Apa? Kau gila ke?" Ryan terkejut.

"Kau yang mintak nak kena debik. Yang kau gatal sangat kenapa?" balas Aryan.

Irene menyimpan pisau belati dengan ukiran nama Annabella Valiant. Pisau belati milik nendanya itu diturunkan kepadanya selepas bondanya. Ryan menarik nafas lega.

"Why you want to see me?" soal Irene. Wajahnya tidak serius lagi. Suaranya tidak dingin. Lembut dan merdu persis suara Annabella.

"Sit down first, lil sis."

Irene duduk seperti yang diarahkan. Masih lagi bingung dengan arahan dari abang sepupunya itu.

"Irene pernah dengar nama Griffin?" soal Aryan tanpa selindung lagi.

"Woi, kau kata ni rahsia," celah Ryan.

"Siapa Griffin? Irene tak pernah dengar nama tu."

Aryan senyum. Dia tahu Irene lebih bijak daripada itu. Mana mungkin gadis itu tidak mengetahui siapa Griffin. Gadis itu lebih bijak darinya. Mungkin sudah banyak perkara yang dia tahu berbanding dia mengenai Griffin.

"If there is nothing else to say, i return to my duty." Irene mahu melangkah pergi.

"Kalau tak tahu tak apalah, because i met him today."

Kata-kata Aryan buat langkah Irene terhenti. Raut wajahnya jelas kelihatan terkejut. Dahinya berkerut apabila mendengar maklumat dari sepupunya. Otaknya cepat menghadam info baru itu. Dia kembali duduk di atas sofa berhadapan dengan Aryan.

"It's a myth."

"No. It's not. I'm meet him today before lunch at secret room. Your father show me that room."

Irene mengerutkan mukanya.

"Kenapa Irene?"

"Mother used told me a tale about Griffin and his friends."

Book 3: Aryan The First Prince [✓]Where stories live. Discover now