Bab 9

1.4K 164 17
                                    

💎💎💎









"Qi tak sampai lagi." Nura berbisik ke telinga Delisa.

Delisa hanya tayang wajah tak peduli. Sakit hati dengan lelaki itu. Sudahlah beberapa hari ini Qi langsung tidak memunculkan diri. Sekarang, akad nikah mereka tertangguh kerana kelewatan lelaki itu.

Nura berkali kali menghubungi Qi. Langsung tidak berjawab. Semalam beria lelaki itu berjanji untuk datang awal.

"Kalau dia tak datang juga, akak call Fahim. Biar dia saja gantikan Qi. Dah berapa kali nak tangguh ni. Orang bercakap nanti Lisa." Nura berkata di telinga Delisa. Geram suaranya.

Delisa melepaskan keluhan. Kalau Nura berang dia apatah lagi.

"Macam mana ni? Mana pengantin lelaki? Saya ada pasangan lain juga nak dinikahkan lepas ni." Tok kadi mula bersuara apabila hampir sejam mereka menunggu.

Perlahan lahan Delisa bangun dari bersimpuh.

"Lisa, nak ke mana?" Nura menegur kalut kalut.

"Lisa nak balik."

Cepat cepat Nura bangun memegang lengan Delisa. "Sabar dulu Lisa. Akak call Fahim ya?"

"Kenapa nak call Fahim?" Tegang suaranya. "Lisa bosan dengan semua ni. Qi hanya tahu nak main mainkan Lisa."

Selangkah dia melangkah dari situ, suara Qi menjengah di telinga.

"Delisa..." Nafas lelaki itu kencang. Qi menghampiri wanita itu yang jelas wajahnya tidak berpuas hati.

"Aku...minta maaf. Aku...lambat." Termengah mengah dia cuba menuturkan kata.

"Kau takkan batalkan...pernikahan kita kan?" Qi bertanya lagi apabila melihat wajah beku Delisa.

"Sudahlah. Qi, pergi dekat tok kadi. Lisa, duduk." Nura menegur. Tangan Delisa ditarik.

Apabila melihat Delisa kembali duduk, barulah Qi mendekati tok kadi yang akan menikahkan mereka.

Dengan sekali lafaz, mereka sah suami isteri. Qi lega. Selesai satu masalahnya. Dia menoleh pada Delisa. Cantik. Baru dia perasan, Delisa sangat cantik dengan bertudung litup begitu.

Setelah bacaan doa diaminkan, Qi bersalaman dengan beberapa orang yang ada di situ sebelum menghampiri Delisa.

Tangan wanita itu diraih sebelum menyarung sebentuk cincin bertatahkan berlian pada jari manis Delisa. Isterinya tunduk mencium tangannya. Namun hanya sekejap. Jurugambar merungut apabila momen itu tidak sempat dirakam.

Delisa buat tak peduli. Qi tersengih. Delisa... dia perasan agak dingin dan... semakin dingin.

Dagu Delisa dipaut. Wanita itu jelas tersentak apabila dia melabuhkan ciuman di dahinya.

Pipi Delisa ditepuk lembut sebaik sahaja bibirnya dijauhkan dari dahi wanita itu.

Tangan Delisa dicapai. "Jom, ambil gambar."

"Muka lebam macam tu buat rosak gambar saja Qi." Nura memerli membuatkan Qi tersentak.

Disentuh hujung bibirnya sebelum mendesis perlahan. Sempat pula lelaki tadi meninggalkan tanda pada wajahnya.

I See You Where stories live. Discover now