B A B 9

10.6K 675 27
                                    

Zaim memandang kosong pada televisyen yang sedang terpasang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Zaim memandang kosong pada televisyen yang sedang terpasang. Sesekali dia mencuri pandang pada Alyra yang sedang sibuk membuat ketupat dan kuih raya. Dua hari lagi Syawal bakal menjelang tiba dan keluarganya pula sudah sibuk membuat persediaan akhir.

"Im, mari sini tolong Nek buat kuih. Dari tadi duk menengok ke sini." Panggil Nek Som.

Dia fikirkan yang cucu lelakinya tu berminat untuk belajar membuat kuih, maklumlah, nak makan tak boleh. Puasa katakan.

Nadira mencebik bibir. Bukan kuih yang dipandang Nek Soom oi tapi cucu nenek sebelah dia ni.

Sempat Nadira mengerling pada Alyra yang masih menumpukan pada daun palas di tangan. Bukannya dia tak perasan yang dari tadi lagi abang sulungnya tu mencuri pandang pada Alyra.

Zaim Firdaus cepat saja mendekat dan dia mengambil tempatnya di sebelah Alyra. Alyra yang sedang sibuk membuat ketupat tu sudah menarik muka.

Sibuk aje mamat ni. Punyalah luas kawasan ruang tamu ni, sebelah dia juga Zaim Firdaus nak duduk!

Zaim melemparkan senyuman pada Alyra. Dia tahu yang Alyra sudah beberapa hari mengelak dari bertembung dengannya apatah lagi gadis itu sudah semakin dingin dengannya sejak peristiwa berbuka puasa di luar tempoh hari.

"Orang lelaki kena buat kerja dekat bawah, tolong pasang pelita atau sapu sampah bukannya sibuk menempel dekat sini." sindir Alyra tanpa memandang Zaim Firdaus.

Matanya memerhatikan daun palas ditangannya. Pandang daun palas lebih baik dari pandang muka dia!

"Apa salahnya lelaki belajar buat kuih, nanti senang nak tolong isteri dia nanti." Balas Zaim Firdaus namun Alyra hanya buat muka menyampah.

Nek Som hanya tersenyum melihat telatah cucu-cucunya tu. Dalam hati dia berdoa agar kebahagiaan menjadi milik cucu-cucunya tu. Di usia tua sebegini, dia hanya ingin melihat keluarganya bahagia tanpa sebarang sengketa.

"Kak Lyra punya baju raya warna apa?" tanya Nadira bila suasana terasa sunyi seketika. Masing-masing fokus buat kuih kecuali Zaim Firdaus yang fokusnya lebih pada Alyra berbanding kuih.

"Akak tak beli baju raya. Pakai ajelah mana yang ada. Malas pula nak beli."

"Kenapa? Kalau ada baju raya, baru bertambah cantik."

"Nad, akak ni dah cantik. Pakai apa pun mesti cantik," seloroh Alyra penuh bangga. Sengaja ingin mengusik adik sepupunya tu.

Nadira mencebik.

"Bukan Kak Alyra namanya kalau tak masuk bakul, golek-golek sendiri."

Alyra tergelak. Baru saja dia ingin menyakat Nadira, telefonnya berbunyi. Tersenyum lebar dia bila melihat nama pemanggil.

"Assalamualaikum, Dilan!" Zaim tersentak bila mendengar perkataan itu keluar dari mulut Alyra. Matanya tak lepas dari memandang Alyra yang sudah berubah teruja tu Hati lelakinya mulai sangsi apatah lagi nama si pemanggil jelas-jelas nama lelaki.

Be Yours Again| Diterbitkan Where stories live. Discover now