B A B 1 2

10.8K 576 25
                                    

Ekor anak bulus ditarik perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ekor anak bulus ditarik perlahan. Alyra tersenyum kecil melihat kucing peliharaan neneknya tu. Suasana rumah neneknya agak riuh pagi ni. Maklumlah saudara-saudara yang lain tengah sibuk berdandan pada hari raya pertama.

Alhamdullilah, akhirnya raya tiba untuk menyambut kemenangan berpuasa penuh pada bulan ramadhan. Memang meriahlah raya rumah Nek Somnya memandangkan semua balik hari ni. Keluarga Azhari pun sampai awal pagi tadi. Katanya sebelum ni Afifah ada urusan kerja yang perlu disiapkan memandangkan ada pekerja di sana yang buat masalah melibatkan kerja isteri abangnya tu.

Nasib baiklah juga semuanya dapat Afifah selesaikan sehari sebelum hari raya. Kalau tak, memang beraya dekat pejabatlah jawabnya.

Alyra awal-awal pagi lagi sudah bersiap. Maklumlah dia tidak mahu berebut bilik air dengan saudaranya yang lain. Alyra hanya memakai baju kurung jubah berwarna hijau tua dengan seluar untuk menyambut hari raya. Ringkas saja penampilannya. Ala, dia tak kesah. Dia bukannya bercadang hendak keluar beraya pun.

Dah tua-tua ni bukannya dapat duit raya pun.

"Eh, Lyra tak beli baju raya ke?" Hajah Alina bertanya sewaktu keluar dari biliknya. Dia mendekati anak bongsunya yang sibuk membelai anak kucing.

"Tak beli. Lyra malaslah ibu, lagipun Lyra bukannya nak pergi beraya ke mana pun. Nak duduk rumah aje." Balas Alyra. Sempat dia membelek luka di tangannya yang cedera semalam. Kain kasa sudah dia gantikan dengan plaster kecil. Luka sikit je pun...

"Sekurang-kurangnya belilah sepasang. Kalau Lyra beritahu ibu awal-awal, boleh ibu belikan." Hajah Alina menggeleng perlahan bila Alyra hanya tersengih.

"Orang lelaki tak balik dari masjid lagi?" Tanya Hajah Ziah yang muncul dengan dulang minuman. Dia melemparkan senyuman pada anak buahnya.

Alyra hanya menggeleng.

"Eh, Lyra tak ada baju raya ke?" Tanya Hajah Ziah membuatkan Alyra tersengih lebar.

"Tak apalah mama. Lyra tak kesah pun. Lagipun Lyra pakai apa pun mesti cantik." Seloroh Alyra membuatkan Hajah Ziah tersenyum.

"Nad, tolong ambil baju raya yang warna biru tu." Arah Hajah Ziah sewaktu Nadira baru saja melabuhkan punggung di sebelah Alyra.

Anak gadisnya tu mencebik namun tetap saja menurut arahan mamanya tu. Tak sampai seminit, Nadira kembali semula dengan sepasang baju kurung peplum berwarna biru dan dihiasi dengan manik dan labuci. Terpegun seketika Alyra melihatnya. Warna kegemarannya tu! Cantiknya!

"Baju ni mama nak Lyra pakai. Mesti cantik." Ujar Hajah Ziah.

"Alaaa... Mama ni susah-susah aje. Lyra tak perlu pun baju macam ni." Tolaknya namun dalam pada menolak tu, tangannya mengambil juga baju tu dari Hajah Ziah.

Malu tapi mahu.

"Tak payah nak segan sangatlah Lyra oi. Ibu nampak dah nak terkeluar biji mata tengok baju tu." Usik Hajah Alina membuatkan yang lain tertawa.

Be Yours Again| Diterbitkan Where stories live. Discover now