1

227 11 0
                                    

Rhea

"Ughh..." suaraku kedengaran seperti speaker rosak. Kepalaku pening akibat terlebih tidur. Aku menoleh sekilas ke arah jam dinding. Sepuluh minit lagi tepat jam sembilan pagi.

Jai dan Tristan tidak kelihatan di mana-mana. Baru saja aku hendak turun dari katil, pintu bilik terbuka. Jai muncul bersama dengan Tristan.

"Dah lama bangun?" Dia menyapaku. Aku menggeleng.

"Biar aku ambilkan air." Tristan meminta diri. Jai membawaku ke sofa dan duduk di sebelahku.

"Apa perasaan kau sekarang?"

"Masih hidup, entahlah. Aku tak tahu ini adalah nasib baik ataupun sebaliknya."

"Sudahlah tu. Dah seminggu berlalu, kau tahu apa yang berlaku sepanjang tempoh itu?" aku menggeleng. Dia memasang tv.

"Sekejap lagi ada berita. Setiap hari kau keluar di tv. Entah berita apa lagi yang keluar hari ini."

Aku mengeluh panjang.

"Penemuan petunjuk baru, bakal merungkai kehilangan anak perempuan Don Gavin."

Jai memandangku. Riak wajahnya tegang.

"Kau masih tak mahu cerita bagaimana semua ini boleh berlaku ke atas kau?" suaranya tegas kedengaran. Aku berpeluk tubuh. Cakaplah apa pun. Aku sudah terbiasa dengan nada suara sebegitu.

"Atau kau mahu aku hantar kau balik ke rumah kau, supaya tiada lagi berita palsu tentang kau di tv?"

"Jangan." Kali ini dia berhasil membuatkan aku ketakutan.

"Buatlah apa saja, tapi jangan hantar aku ke sana. Percayalah, mereka pasti tidak suka kalau aku tiba-tiba saja muncul di hadapan mereka selepas apa yang terjadi."

"Jadi, apa yang kita perlu lakukan sekarang? Aku sudah bersubahat dengan kau memalsukan kematian kau, yang sebentar saja lagi pasti akan keluar di berita terkini. Sekurang-kurangnya berikan aku sebab supaya aku tidak menyerahkan kau kepada pihak polis atau pun keluarga kau."

"Kau tidak boleh serahkan aku kepada polis atau pun kepada mereka, sebab merekalah yang merancang kematian aku. Stella dan anak-anak dia itulah yang menyebabkan aku bersembunyi begini."

"Apa kau cakap?"

"Kau dengar apa yang aku cakap."

* * * *

Imbas kembali

Tiga bulan yang lalu...

"Welcome home, dear sister. How was your flight?"

"Tiring. But now I am fine. Where is everyone?" Rhea memeluk lengan abangnya, Conrad.

"Stella ada di pejabat. Bre ada fashion week di Paris dan Mark is outstation. Tapi, petang ni mereka semua akan balik ke rumah to welcome you, so you my dear, get some rest because this is your last easy day."

"What do you mean by easy day? Well, I never have an easy day anyway. Its not make any difference."

"Okay, abang minta maaf sebab tegas sangat. Tapi semuanya untuk kebaikan kau kan? Tengoklah sekarang, you are growing up and turn into someone who is so elegant, strong yet beautiful."

"Okay, enough for the sweet talking, brother. Apa sebenarnya yang sedang berlaku?"

"Well, Stella planning to throwing a welcoming party and its supposed to be a secret. But you are the one who is forced me to ruin it."

"Oh ho... big mouth you bro. Lets see if Stella still can be happy with this."

Conrad tertawa girang. Kepulangan adiknya ke tanah air selepas bertahun duduk di luar negara demi pengajiannya, membuatkan Conrad dilambung keriangan yang tidak terhingga. Rhea didakap lagi.

"I just missed you so much. Rasanya macam baru semalam abang tukarkan pampers you..."

"Abang..!" Conrad ketawa lagi.

"You growing up so fast. Its make me feel old, you know."

"But you are not old, Conrad. You are just thirty eight."

"What ever. I just want to tell you something, don't get married before me. Do you understand?"

"Okay, but can I at least have a boyfriend?"

"Sure but no sex."

"You are not fun."

"I am not fun when it comes to you, Rhea."

"I should become a nun because I am like a holy virgin forever."

"You just twenty, Rhea. Keep it with your self until the time you need to let it go. Oh my god! Why am I the one who is talking about this with you? Where is Stella anyway?"

"She is at the office, right?"

"Thank you, and I am leaving now. You, stay home."

"What if I come with you? Come on, kata happy orang balik, tapi dia lari pula."

"Okay.. okay. Jom."

"Kita nak ke mana?"

"Beli kereta."

Sudahnya Rhea terlompat-lompat bagaikan budak kecil. Siapa yang tidak gembira mendapat sebiji kereta sebagai hadiah?

* * * *

Stella menghembuskan asap rokok ke udara. Air mukanya tegang bagaikan sedang sembelit.

"Budak tu dah balik."

"Fikirkan sesuatu, Paula. Kau tahu kan bila dia dah balik, bermakna harta bapa aku bakal dibahagi tiga tidak lama lagi. Aku tidak boleh biarkan budak tu dapat lebih dari bahagian aku nanti." Stella menumbuk permukaan meja.

"Tamak kau ni kan. Harta bapa kau kan banyak, kau nak risau apa? Lagipun aku rasa adik kau tu bukannya terliur sangat pun dengan duit kau ni."

"Dia bukan adik akulah."

"Laa.. dia kan anak bapa kau juga, maknanya dia tu adik kau lah kan. Cuba kau bertenang sikit, Stella. Macam orang meroyan aku tengok kau ni."

"Kau nak aku bertenang? Aku bakal hilang separuh harta aku yang sekarang ini, kau lagi nak suruh aku bertenang? Hei.. aku tak nak hidup susah lagi. Kau faham tak?"

"Kau tak nak hidup susah, kau berdamai sajalah dengan adik kau tu, terjamin hidup kau selama-lamanya."

"Kau ada idea yang lebih gila dari ini tak? Kalau aku tidak suka, sampai mati pun aku tidak akan suka."

Paula akhirnya mengangguk akur dengan kemahuan Stella. Perempuan itu kalau sudah mula bercakap jahat, tiada lagi yang baik-baik keluar dari mulutnya

"Aku akan melakukan sesuatu."

"Kau nak buat apa? Ceritalah sikit."

"Bukan sekaranglah. Kalau aku dah plan rapi-rapi, baru aku call kau."

"Aku on je. Asalkan ada pengerasnya."

"Soal pengeras jangan risau, itu sudah wajib ada."

"Cantik. Aku gerak dululah. Oh satu lagi, jangan ketara sangat perangai setan kau tu. Takut nanti Conrad buang kau ke sangkar jerung."

"Tahulah."

Paula melambai lalu lesap entah ke mana. Stella melirik jam tangannya. Jam sebelas pagi.

Malam ini kita party habis-habisan, adikku!

SORROWWhere stories live. Discover now