8

42 3 0
                                    

Rhea bertongkat dagu, memberikan sepenuh perhatian kepada Conrad yang sedang menceritakan latar belakang Stella serta ibunya, Sarah Weston, sebelum menjadi sebahagian daripada ahli keluarga Gavin.

Setakat yang dia tahu, Sarah meninggal dunia akibat kanser. Bapa kandung Stella langsung tidak pernah disebut dalam perbualan mereka, entah masih hidup entah sudah mati.

"Sarah dan papa asalnya hanya sahabat baik atas dasar perniagaan. Tapi tiada siapa yang duga, lama-kelamaan Sarah jatuh hati dengan papa tambahan pula rumah tangga Sarah ketika itu tidak stabil. Ayah kandung Stella, seorang kaki botol, kaki judi malah sering melanggan GRO sehingga adakalanya berhari-hari tidak pulang ke rumah. Sarah terpaksa bekorban masa dan tenaga untuk menguruskan perniagaannya. Malang sekali dia disahkan menghidap kanser. Doktor percaya, dia dijangkiti oleh suaminya yang mengamalkan seks bebas. Pada mulanya, Sarah masih mampu membiayai rawatan dan bil hospital, tapi disebabkan tabiat suaminya yang hanya tahu membazirkan wang, rawatannya tertunda mengakibatkan penyakitnya bertambah serius. Sarah dan suaminya bercerai manambahkan penderitaan Sarah. Papa menawarkan bantuan kewangan kepada Sarah dan rawatannya disambung semula. Selepas beberapa bulan menghabiskan masa dengan Sarah, perempuan itu pula mereka cerita kononnya dia hamil anak papa dan mahu papa bertanggungjawab. Papa pada ketika itu sedang merancang untuk berkahwin dengan mama, namun semuanya batal kerana ulah Sarah."

Rhea diam tidak terkata. Conrad berhenti seketika, dia menoleh sekilas ke arah Rhea untuk melihat reaksi adiknya itu.

"Bosan ke?" Rhea segera menggeleng.

"Tak, cuma macam tak percaya."

"Ya. Macam tak percaya. Perkahwinan mama dan papa terpaksa dibatalkan sebab papa terpaksa berkahwin dengan Sarah."

"Kahwin juga?"

"Kahwin la, kalau tak, Stella tu tak akan jadi kakak tiri kita. Betul tak?" Rhea mengangguk kecil.

"Betul la tu."

"Bagaimanapun, hayat Sarah tak panjang. Selepas dua tahun berkahwin dengan papa, penyakitnya tu tidak lagi dapat dirawat dan dia akhirnya meninggal dunia."

"So, mama macam mana? Tak kan papa tak cari dia?"

"Kau ni kan, mestilah papa cari. Dia datang cari mama dan terus buat majlis kahwin. Perkara yang paling papa tidak sangka ialah mama sebenarnya tengah mengandung ketika papa tinggalkan dia waktu berkahwin dengan Sarah dulu. Masa papa datang cari mama, aku dah berumur dua tahun, Stella empat tahun. Akhirnya papa bersatu semula dengan mama dan kami dibawa tinggal di Kristal Mansion, rumah kau sekarang tu."

Rhea tersenyum lebar. Walaupun dia tidak pernah berjumpa dengan ibu kandung Conrad, dia banyak mendengar tentang wanita itu dari cerita Conrad, membaca diari peninggalannya serta gambar-gambarnya yang sangat banyak. Justeru itu, dia turut memanggil Adrianna dengan panggilan mama, kerana dia turut terkesan dengan kasih sayang wanita itu.

"So, kau tentu tahu bagaimana wujudnya orang yang melahirkan aku ni dalam hidup papa dan mama?"

"Sebenarnya wanita yang melahirkan kau tu bukan orang ketiga dalam rumah tangga papa dan mama. Seperti yang kau tahu, mama meninggal disebabkan jangkitan kuman. Apa yang memburukkan keadaan, penyakit tu lambat dikesan sebab mama jarang sekali melakukan pemeriksaan kesihatan. Dia terlalu aktif menguruskan rumah kebajikan yang dia tubuhkan tu. Hendak dijadikan cerita, mama jatuh pengsan di tempat kerja dan dia dihantar ke hospital. Pada waktu itu barulah status kesihatannya terbongkar."

"What do you mean?"

"Yes, seperti Sarah, mama dijangkiti kuman. Akhirnya mama meninggal dunia. Jadi itulah titik permulaan perubahan dalam hidup papa. Kematian mama membuatkan dia tertekan, murung dan akhirnya dia menjadi seorang kaki botol. Kau sebutlah semua nama kelab malam di tempat sini, semua dia pergi. Berhari-hari sampai tak ingat rumah dan kerja. Aku pernah beberapa kali mencari dia di kelab malam yang berada di luar daerah ini. Aku rasa, di tempat itulah dia berjumpa dengan wanita itu. Sehinggalah dia jatuh sakit dan pergi selama-lamanya dari hidup aku. Papa tidak sempat bercerita tentang siapa atau bagaimana ibu kandung kau, dia cuma memanggil peguam untuk memasukkan nama kau ke dalam wasiatnya selepas aku menunjukkan keputusan ujian DNA kau kepadanya."

SORROWWhere stories live. Discover now