48

31 2 0
                                    

"Heidi, nanti dulu. Apa maksud kau Raj boleh tolong kita dalam hal ni? Tak kan la dia itu rakan subahat Drake pula?"

Heidi merengus kencang. Dia berdiri tegak di hadapan Jai sambil merenung tajam ke dalam mata Jai.

"Kau ingat waktu kau diculik dan hampir mati tempoh hari?"

"Ya, kenapa?"

"Abang kau itulah dalang di sebalik kejadian itu. Kononnya, dia mahu menakut-nakutkan kau sehingga kau undur diri dari menguruskan syarikat."

"Heidi, Raj tak mungkin akan buat macam tu."

"Aku tahu segala-galanya yang ada di dalam kepala otak abang kau tu. Kalau kau tidak percayakan aku tentang peristiwa yang dah berlalu itu, kali ini kita perlu tanya dia."

"Heidi, tiada sebabnya Raj hendak bersubahat dengan Drake untuk menculik Serah. Lagipun, dia tidak tahu apa-apa tentang Drake."

"Kita bukan nak tanya tentang dia terlibat dalam hal ini atau tidak. Kita cuma nak tanya, di mana sarang penyangak yang dia upah untuk melakukan kerja-kerja kotor bagi pihaknya."

"Oh.. tapi Heidi, kau kena hati-hati bercakap dengan Raj nanti. Kalau sampai kau terlepas cakap, lain lagi kejadiannya nanti."

"Aku tak kisah tentang perkahwinan kami, Jai. Yang aku kisahkan sekarang ini ialah Serah."

"Aku pun bercakap pasal Serah. Rhea sudah mati, Heidi. Kau kena ingat itu. Sekarang ini kita sedang berusaha mencari dan menyelamatkan Serah, anak pak cik dan mak cik aku. Kau faham maksud aku kan?"

"Tapi.. tapi.."

"Heidi, dengar sini. Kau akan ikut cakap aku atau kita semua akan berakhir di dalam penjara."

Heidi terdiam. Jai di pandang sekilas.

"Okay. Aku ikut cakap kau. Tapi aku nak turut serta mencari Serah, tolonglah Jai."

"Kau hanya membahayakan keselamatan kau, Heidi. Lebih baik kau tinggal di rumah dan tunggu kepulangan Serah. Rasanya itu lebih baik."

"No. She is.. kami dah jadi rapat. Kawan baik. Aku nak turut serta dalam usaha mencari dia. Tolonglah Jai."

"Aku tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu kepada kau."

"Okay. Thank you. Sekarang mari kita pergi cari abang kau."

Jai mengurut kepalanya. Terasa pening dan berpusing-pusing akibat terlalu banyak berfikir. Entah apa lagi yang bakal berlaku selepas ini.

* * *

Raj menjadi curiga apabila Heidi dan Jai mencarinya hingga ke apartmentnya, seawal pagi pula tu.

"Siapa saja yang dia angkut ke dalam rumah dia ni? Kau tengok, macam-macam gaya selipar dan kasut di depan pintu ni." Heidi menggeleng perlahan. Dia tahu dia bukannya buta. Beberapa pasang kasut bertumit tinggi di hadapan pintu itu bukannya milik orang yang sama jantina dengan Raj. Melihat reaksi Heidi yang endah tak endah, Jai bertanya lagi.

"Kau tahu pasal semua ini?"

"Aku bukan bodoh okay. Bagus juga kita ke sini hari ini. Sekurang-kurangnya dia tak dapat menafikan lagi aktiviti rahsia dia ni."

"So, apa yang kau nak buat sekarang?"

"Kita tanya di mana sarang penyamun-penyamun tu. Pasal dia dan orang-orang ini, aku uruskan kemudian."

Jai menggeleng kecil. Habislah kau Raj.

Bang! Bang! Bang!

Jai mengetuk pintu bertalu-talu sehingga pintu itu dibuka oleh seorang gadis yang hanya memakai tshirt labuh. Heidi mengangkat kening. Amboi.. baju aku tu!

SORROWWhere stories live. Discover now