18

31 2 0
                                    

Satu pertemuan diaturkan di antara ibu bapa Mic dan Stella untuk membincangkan persiapan majlis pertunangan Mic dan Rhea.

Becca dan Fred tampil kemas dengan baju yang semestinya disediakan oleh Stella. Rhea pula yang melebih-lebih rasa gementarnya. Mujur Stella membenarkan Emma ikut sama, kalau tidak entah bagaimana dia berkelakuan di hadapan ibu bapa Mic.

"Apa khabar, mak cik, pak cik?" Rhea menyalami orang tua Mic dengan penuh sopan santun. Becca serta merta jatuh sayang dengan Rhea namun terpaksa memendam perasaannya itu apabila Stella mengirimkan jelingan maut padanya.

"Maaflah, ibu bapa saya dah tak ada. Saya hanya tinggal berdua saja dengan Stella, kakak saya. Saya harap mak cik dan pak cik dapat menerima keadaan saya seadanya."

Becca dan Fred berpandangan. Stella berdehem menganggu situasi tegang yang berlaku di antara mereka.

"Err.. tak apa, Rhea. Mak cik dan pak cik setuju saja dengan pilihan Mic. Kami yang sepatutnya berharap kamu dapat menerima Mic seadanya. Maklumlah, keluarga kecil kami ini bukanlah sesiapa pun jika dibandingkan dengan keluarga kamu dan Puan Stella."

Rhea menggengam erat tangan Emma bagaikan nyawanya bergantung pada genggaman tersebut.

"Saya terpaksa berterus terang, Fred, Becca. Oleh kerana adalah Rhea satu-satunya adik saya, tambahan pula dia tidak punya penjaga yang tinggal bersama-sama dengan dia, saya hendak pertunangan dan perkahwinan mereka dipercepatkan. Tentang persiapan majlis, kamu jangan risau, saya akan uruskan semuanya."

"Tapi kami mahu juga membantu."

"Boleh. Pastikan tiada apa-apa masalah yang boleh membatalkan majlis itu nanti. Saya pertanggungjawabkan kamu untuk mengawal keselamatan majlis."

"Baik. Terima kasih kerana percayakan kami."

"Majlis pertunangan itu nanti akan dilangsungkan di Kristal Mansion. Seminggu kemudian, majlis perkahwinan akan diadakan di Gereja St.Maria tempat Rhea dibaptis dulu. Majlis persandingan pula akan diadakan di resort, bagaimana Mic? Kamu ada sebarang bantahan?"

"Sempurna. Saya berharap semuanya berjalan dengan lancar."

Stella tersenyum puas. Tidak lama lagi, aku akan menjadi pemilik tunggal MG Empire dan MG Properties.

"Okay, jika semuanya sudah bersetuju, saya akan mula edarkan kad jemputan. Dan, I ada sesuatu untuk you Rhea."

"Apa tu?"

"Nah. Buka lah."

Sebuah kotak kecil berhias antik diletakkan di atas meja. Rhea membukanya dengan penuh debaran.

"Cincin?"

"Ya. Cincin tu milik mama you, Adrianna. Conrad serahkan pada I sewaktu you masih di UK dulu. Dia minta I simpan, so sekarang ni I berikan pada you sebagai tanda you dah bertunang dengan Mic. And Mic, jangan salah faham. Of course you masih boleh belikan cincin tunang dan cincin kahwin untuk Rhea."

"Oh.. okay. Tapi..."

"Tak usahlah pilih yang mahal sangat. Saya tak pakai cincin pun tak apa. By the way, thanks Elle. Cincin ni cantik sangat. Aku pernah nampak mama pakai dalam satu gambar ni masa Conrad bawa aku selongkar album dia."

"Sama-sama. So, ada apa-apa lagi?"

"Rasanya tiada apa lagi yang perlu dibincangkan, Puan Stella. Kami cuma berharap majlis tu berlangsung dengan lancar. Harap-harap cepatlah kita menimang cucu ye bang?"

Stella mengerutkan muka. Amboi, buat skrip sendiri nampak?

"Mak, jangan la cakap benda kita tak tahu lagi. Sekarang ni, kita fokus pada persiapan majlis, okay? Saya kena beli cincin lagi ni. Kita pergi sekali okay?"

Rhea mengangguk kecil sambil mengukir senyuman manis. Bagaikan tidak percaya, dia sudah pun menjadi tunangan orang.

* * *

"Where have you been? Sekarang baru nak tunjuk muka you di rumah ni? Sibuk sangat ke jadual you sampai tiada masa rehat langsung?"

"Mom, I dah balik kan? You sendiri jarang berada di rumah, sibuk sangat dengan adik you tu. Dulu you selalu bawa I lunch, dinner, breakfast pun sama-sama. Sekarang, awal pagi lagi you dah keluar. Jangan nak salahkan I sorang, okay?"

"Wow.. semakin bijak you menjawab sekarang, Aubrey. You ingat sikit ya, kalau bukan Rhea yang luluskan loan you, jangan harap you dapat duit sebanyak itu. Kalau I jangan harap I bagi you. Sekarang, dia nak bertunang pun you langsung tak bagi support."

"Come on, mom. Dia bertunang dengan lelaki yang terlebih baik untuk dia, okay? I hairan la, sebelum ini you bukan main benci dengan dia, tapi tengoklah sekarang, you siap pilihkan jodoh untuk dia. Jodoh yang bukan alang-alang, sampai you belakangkan I. Agaknya, Rhea tu anak you kot? I ni yang anak tiri, betul kan?"

Pang! Bre jatuh tersungkur di atas lantai. Penampar sulung Stella membuatkan pipi kanannya berbekas merah. Tidak cukup dengan itu, rambut Bre direntap kuat sehingga anak itu mengaduh kesakitan.

"Kurang ajar pun ada batasnya, Aubrey. Aku yang mengandungkan kau, aku yang sakit melahirkan kau. Jadi jangan sesekali kau gelarkan aku ini ibu tiri kau."

"Sakit ma.."

"Lain kali, cakap tu biar bertapis sikit. Aku nak benci ke nak suka ke pada Rhea itu hal aku. Dia tu adik aku. Kalau kau nak kahwin, kau boleh kahwin dengan siapa-siapa saja yang kau suka, tapi jangan kurang ajar dengan aku, kau faham."

Bre tidak menjawab.

"Kau faham tak?!" Stella meninggikan suara. Bre terpaksa mengangguk.

"Good girl. Sekarang, aku nak kau kosongkan jadual kau mula dari minggu ini sehingga bulan depan. Kau ada majlis pertunangan dan majlis kahwin untuk dihadiri."

"Fine. I will do it."

"Satu lagi, jangan cuba-cuba masuk campur tangan dalam urusan aku dan Rhea. Kalau tidak, kau akan terima akibatnya."

Bre mengurut pipinya sambil memandang Stella.

"Tapi ma, kenapa Mic? Kenapa you pilih Mic untuk Rhea? You tak ada orang lain ke nak dikahwinkan dengan Rhea tu?"

"No. Wait. What did you say? You nak cakap I salah pilih ke apa? Oh.. no.. you jatuh cinta dengan Mic ke? Come on Bre, find someone else. Mic is just not for you from the beginning. Oh my god! Bre, seriously? You must be joking?"

"I just asking, okay. Nothing else."

"Betul ke?"

"Yes mom. I have a boyfriend okay."

"Good. So, you can leave Rhea and Mic alone. Do you understand?"

Bre mengangguk lagi.

"Kau ni nak bagi kejutan pun jangan la kejutan macam tu. Aku tak dapat bayangkan kalau you bercinta dengan Mic. No. No way."

Bre mengetap bibir. Kau tengoklah nanti. Aku akan pastikan kau menyesal sebab ketawakan aku pada hari ini.

* * *

SORROWWhere stories live. Discover now