Hati

130 3 0
                                    

Fira dan Nadia pergi ke kfc untuk meraikan kejayaan mereka dalam keputusan spm. Mampu pergi kfc tak mampu nak pergi ke restoran yang mewah. Mereka berdua datang berasingan. Fira seperti biasa membawa motorsikal milik arwah ayahnya. Nadia pula datang menaiki kereta milik ibunya.

ni baju yang fira pakai bayangkanlah dia pakai tudung ya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ni baju yang fira pakai bayangkanlah dia pakai tudung ya

Semua orang tak habis-habis mencuri pandang ke arah Fira. Memang banyak perkara yang berubah kepada Fira. 

Selesai sahaja Nadia dan Fira berborak berceloteh mereka berdua nak pulang ke rumah. Nadia gerak dulu sebab takut jalan sesak lagipun Fira senang sejak dia bawak motor, senang nak menyelit.

Fira berjalan ke arah motorsikalnya baru sahaja dia menghidupkan motorsikalnya dia melihat sosok tubuh yang sangat dikenalinya yang berhentikan motorsikalnya  tidak jauh dari motorsikal Fira.

" Fira ...." Dengar sahaja suara itu dengan cepat Fira ingin keluar dari tempat itu. Fira memecut motorsikalnya ke arah tasik yang selalu menjadi tempat kesukaannya. Fira tak perasan yang orang yang menegurnya mengikutnya dari belakang.

" Kenapalah aku mesti jumpa dengan dia. Aku nak jumpa dengan Asyraf yang tolong aku masa sekolah rendah tapi bukan Asyraf yang ni. Aku rasa memang tak patut pun aku pergi ajak dia date haritu. Buat malu je aku ni. " Fira meluahkan apa yang tersimpan di dalam hatinya. Sudah lama terbuku dan tak mampu dia luahkan kepada sesiapa. Tasik inilah menjadi teman setiap dukanya.

" Kalau saya kata yang saya memang Asyraf yang tolong awak masa awak sekolah rendah awak nak buat apa? " Terkejut Aqish mendengar suara yang tiba-tiba sahaja muncul dari belakangnya.

" Kau nak apa lagi Asy? Tak cukup ke kau dah sakitkan hati aku sekarang ni kau nak mengaku yang kau Asyraf yang tolong aku masa sekolah rendah pula. Apa lagi pembohongan yang kau nak bagitau aku? " Fira bangun untuk berlalu dari situ. Tidak sanggup lagi dia mahu bergaduh dengan Asy disitu.

" Sakit tak hati awak masa diorang bawa gunting ke arah awak. Ataupun sejuk tak masa diorang siram air dekat awak. Ke awak nak kata awak takde hati dan perasaan masa diorang buat macam tu kat awak. Atau tangisan awak tu hanya lakonan? " Tergamam Fira mendengar kata-kata Asy. Memang sama dengan apa yang dilalui olehnya. Cuma orang yang berada di situ sahaja yang tahu akan kejadian pahit Fira itu.

" Kau ...memang dia ...tapi tu tak penting dah sekarang. Kau ada awek yang lawa dah sekarang. " Baru sahaja Fira hendak pergi Asy memegang hujung lengan baju Fira.

" Tolonglah saya buat macam tu sebab perempuan tu yang upah orang supaya ragut awak. Saya cuma nak balas dendam. tolonglah dengar apa yang saya cakap ni." Fira melepaskan tangan Asy yang memegang lengan bajunya.

" Tolonglah jangan seksa saya macam ni lagi. Asy saya sayang awak tapi sayang tak sanggup lagi dah. Kita kawa..."

" Tolonglah jangan cakap perkataan tu. Awak dah janji masa sekolah rendah yang awak akan terima saya dan akan maafkan saya kalau saya ada buat salah kat awak. Tolonglah saya takkan buat perkara yang akan sakitkan hati awak. Saya sanggup buat apa sahaja. " Asy  cuba merayu simpati dari Fira.

" Awak sanggup buat apa sahaja untuk saua? Jadi lupakan saya. Assalamualaikum. " Fira berlalu meninggalkan Asy berseorangan. Fira dah tak mampu nak berada di situ.

tbc💕

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 23, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Semuanya Tentang KauWhere stories live. Discover now