"I'm Putri Wirdayatul Ayana. Call me Wirda"
Ayana memerhatikan setiap wajah yang berada di dalam kelas ini. Hmm..not bad. Tak ramai sangat. Termasuk aku, baru 10 orang pelajar.
"So, miss Wirda. Awak boleh duduk di sebelah Naqeeb. Sebelah dia sahaja yang kosong"
Ayana menoleh memandang wajah guru itu. Siapa Naqeeb? Anak matanya meliar mencari jejaka yang duduk berseorangan.
Gotcha! Matanya menangkap seorang lelaki yang sedang duduk berseorangan di bahagian belakang kelas. Betul-betul di pintu belakang.
"Thankyou madam" ucapnya dan berjalan ke arah tempat duduk.
"Naqeeb??" Soal Ayana apabila tiba di meja yang diduduki jejaka tersebut. Tanya lah dulu. Kang salah orang buat malu je.
Jejaka itu memandang wajah dengan riak tidak berperasaan. Ayana terkebil-kebil memandang wajah pelajar tersebut. Boleh tahan handsome juga mamat ni.
"Hello?? Did you hear me?" Ayana melambai-lambaikan tangannya di hadapan pelajar itu.
Jejaka itu mengalihkan pandangannya ke hadapan semula. Eh?!? Apa masalah mamat ni? Aku masih berdiri di situ.
"Awak duduk je situ. Si Naqeeb tu memang macam tu. Dalam mulut ada emas"
Seorang pelajar perempuan yang duduk di hadapan Naqeeb bersuara. Ayana memandang pelajar perempuan tersebut.
"Saya Nia Lateefa. Just Nia" Nia tersenyum manis. MasyaAllah! Lesung pipit dia. So, beautiful la this girl.
"Hai Nia" Ayana membalas senyumannya sambil melambai kecil. Nia ketawa.
Ayana mengambil tempatnya. Naqeeb disebelah dikerling seketika. Sunyi betul mamat ni. Huh, bosannya!
Tuk! Tuk!
Ayana mengangkat kepala memandang gerangan manusia yang mengetuk meja. Membulat matanya melihat semua pelajar di dalam kelas 5Alpha sedang berdiri sambil tersengih di hadapan mejanya.
"Why??" Soal Ayana blur. Apa ramai-ramai depan meja aku ni?
"Ice breaking time!" Ucap salah seorang daripada mereka. Amboi, gembira betul bunyinya. Matanya mula meliar ke bahagia hadapan kelas. Oh! Madam dah keluar rupanya, patutlah diorang berkumpul.
"Saya Tengku Amelia, call me Amelia. Yang ini Ratna dan Dahlia" Amelia menunjuk ke arah seorang pelajar perempuan yang berwajah ceria dan seorang lagi ermm.. bengis? Seram je cara dia pandang aku. Dahlia melambai kecil.
Pandangannya beralih pula pada 4 orang jejaka yang daripada tadi tersengih. Murah betul dengan senyuman.
"Saya Nik Amierul Adrar. Just Adrar"
"Zhafran Isqandar. Is"
"Putera Ezran. Ezran for short"
"Tengku Razhan Shah. Shah could be fine"
Wah, pening sudah! Mami, Baba classmates Yana semuanya handsome! Uwaaaaaa...
Ayana tersenyum simpul.
"Hai gais!" Maka dengan kekoknya Ayana menyapa mereka semua. Otaknya sedang ligat bekerja untuk mengingat nama serta wajah-wajah mereka.
🌸🌸🌸
Ayana sudah mula membiasakan diri dengan rakan sekelasnya. Lagipun mereka hanya 8 orang, jadi mudah untuk aku bergaul.
Cuma! Mamat di sebelahnya ni je. Daripada tadi diam membisu. Dia okay ke tak? Time cikgu mengajar pun dia senyap sunyi. Even batuk pun tak.
Ayana menongkat dagu memerhatikan Naqeeb. Seketika dia berdecit geram.
Mungkin terganggu dengan suara dan perlakuan Ayana, Naqeeb berpaling. "Apa kau nak?" Soalnya malas.
Ayana tersentak.
"Lah, boleh bercakap rupanya" selamba Ayana bersuara. Ayana kembali memandang ke hadapan.
"Kenapa. Kau ingat aku bisu ke?" Soalnya bengang. Ton suaranya dingin.
"Mana ada, tak cakap macam tu pun" Ayana mencebik. Naqeeb kembali diam.
Seketika kemudian, Ayana kembali memandangnya.
"Apa kau nak lagi ni?" Naqeeb mula menyirap. Riak wajahnya sudah menggambarkan semuanya.
Ayana ketawa. "Chill la! Nama kau apa? Kenapa baju kau lain daripada semua orang? Kau tak suka bercakap ke? Memang dingin aje eh?" Berdas-das soalan diajukan oleh Ayana.
Naqeeb merengus geram. Minah ni memang banyak mulut! Kenapa dia kena duduk sebelah aku?!?!
"Tengku Naqeeb Rizqan. I'm the StarClub Private's headboy. And yes aku tak suka bercakap banyak" ucapnya senafas.
"Oh! The arrogant headboy you mean??" Soal Ayana sinis.
Naqeeb memandangku dengan pandangan tajam. Membunuh!
Ayana ketawa lagi menunjukkan yang dia langsung tidak gerun dengan pandangan mata Naqeeb.
"Haihhh...marah jer kerja. Nanti cepat tua la. Aku gurau je"
Naqeeb menayangkan wajah bosannya. Perempuan ni memang tak makan saman agaknya. Masak lah aku nak kena tahan perangai dia. Dengan malas, Naqeeb menapak keluar dari kelas. Minah ni bikin kepala gua serabut.
Pap!
"Kau berbual apa dengan Ice?" Soal Adrar.
Ayana mengurut dada. Fuh semangat! Terkejut sis. "Entah dia tu, emo betul. Aku cakap dia arrogant aje pun"
Membulat mata Adrar. Is, Shah dan Ezran ketawa. Ayana terpinga-pinga. Dah kenapa?
"Nampaknya Tengku Naqeeb dah jumpa lawan dia" kata Nia sambil ketawa.
"Lawan apa pulak??" Ayana blur terok ni.
"Naqeeb tu, heartless. Agak susah nak tengok dia bergurau senda. Tpi dia baik. Cuma jarang ada yang berani berbual dengan dia.. yang minat dia pun kena rahsia-rahsia" terang Dahlia.
"Kau satu-satunya manusia yang berani label dia arrogant depan muka dia" dan Isqandar sambung gelak.
Ayana mengangguk faham. Ada lagi rupanya manusia macam Naqeeb tu dekat dunia ni. Pelik, pelik! Nasib kau lah Yana...
Tanpa dia sedar, sepasang mata sedang merenungnya tajam. "Queen??" Ratna berbisik sendirian. Seketika kemudian dia merengus perlahan.
YOU ARE READING
The King's Princess
RandomSeorang kuat membuli, seorang lagi sentiasa panjang akal untuk membalas dendam. Hidup mereka tidak pernah sunyi. "Eh pendek! Aku lapar ni. Pergi belikan makanan untuk aku cepat" muka garang ditayang oleh Naqeeb. Ayana membuat muka. "Apa tinggi? Kau...