Beep!
Ayana, Ratna, Qistina dan Dahlia memulakan larian mereka. The Triplet hanya duduk di tepi court dan memerhatian empat orang gadis tersebut.
Beep!
Keempat mereka berpatah balik. Mereka perlu berlari pecut sejauh 20meter mengikut rentak beep.
Beep!
Qistina mula ketinggalan sedikit di belakang. Dia sedaya upaya cuba mengejar.
"Gila la masing-masing" Adrar menggeleng melihat empat orang gadis tersebut.
Naqeeb tersenyum. "Fighting spirit diorang kuat gila" ujarnya.
Adrar mengangguk setuju. Fokusnya kembali kepada larian 4 orang gadis tersebut. Wajah mereka semua sudah mula memerah.
Beep!
Beep!
....
"Huhh!" Ayana terus sahaja rebah di tepi court. Dia baru sahaja selesai berlari.
Hanya dia yang mampu menyelesaikan 20set larian. Dahlia dan Ratna sudah mengangkat bendera putih pada set ke 18 manakala Qistina hanya mampu 15set.
"Ayana, are you okay?" Soal Naqeeb risau namun wajahnya masih kekal tiada perasaan.
Gila tak risau? Dahlia yang terkenal dengan tahap stamina paling tinggi di Starclub pun memang mampu buat 18 set sahaja. Ayana sampai 20set.
Ayana hanya diam. Nafasnya masih tercungap-cungap. Wajahnya juga merah menyala.
"Mak nenek, kau okay tak ni? Open your eyes" Naqeeb mula cemas. Bahu Ayana ditolak perlahan.
"Naqeeb, okay tak?" Soal Madam Umie risau. Daripada tadi dia perhatikan Naqeeb dan Ayana.
"Entah Madam, saya panggil tak menyahut pun" balas Naqeeb.
Madam duduk mencangkung di sebelah tubuh Ayana.
"Queen, you okay?"
Nafas Ayana yang kian normal itu melegakan sedikit hati Madam Umie. Dia tahu tahap stamina Ayana memang tiada tandingan.
Ayana mengangguk perlahan.
Madam Umie tersenyum.
"Awak boleh rehat. Air jangan lupa minum" ujar Madam Umie.
"Naqeeb, tengokkan dia ya. Saya tahu awak risau" Madam Umie tersengih mengusik. Nampak sangat daripada wajah Tengku Naqeeb yang dia sukakan Ayana.
"Apa madam ni" ujar Naqeeb perlahan. Pandangannya dihalakan ke tempat lain. Nampak sangat ke yang aku risau?
Madam Umie menggeleng dan berlalu pergi.
Naqeeb mencapai sebotol 100plus dan botol air Nike milik Ayana.
"Mak nenek ni air. Wake up, jangan lembik macam ni" kata Naqeeb.
YOU ARE READING
The King's Princess
RandomSeorang kuat membuli, seorang lagi sentiasa panjang akal untuk membalas dendam. Hidup mereka tidak pernah sunyi. "Eh pendek! Aku lapar ni. Pergi belikan makanan untuk aku cepat" muka garang ditayang oleh Naqeeb. Ayana membuat muka. "Apa tinggi? Kau...