Bab2

13.6K 467 1
                                    

Eh siapa yang datang rumah aku ni? Dua buah kereta yang aku tak kenal berada di hadapan rumah aku termasuklah kereta BMW ini.

"Ni lah anak dara saya. Kakak salam cik Mizah. Ni kawan mama dari Selangor kami kenal waktu kerja sama-sama dulu. Keluarga dia akan stay sini dalam seminggu. Maaflah suruh Zahir ambil lagipun dia yang offer nak ambil kakak." Raihana mengangguk setelah bersalam Raihana meminta izin ke biliknya untuk membersihkan diri.

"Lamanya diorang stay sini. Nampaknya kena pakai tudung selalu lah ni kalau nak keluar." Raihana masuk ke tandas untuk membersihkan diri. Selepas itu, dia menunaikan solat asar.

"Nak keluar ke tak? Tak elok kalau tetamu datang kita duduk dalam bilik je. Keluar je lah." setelah selesai solat maghrib dia keluar dari biliknya. Buka je pintu terus terpampang wajah lelaki tadi. Hampir-hampir sahaja Raihana mahu menjerit kerana terkejut. Dahlah rumah dia ni setingkat je memang confirm dengar orang dekat ruang tamu tu.

"Err awak buat apa dekat sini?" Raihana membaiki sedikit tudungnya yang terasa senget. Actually nak cover terkejut ni.

"Your mom call you. Anak dara tak boleh duduk dalam bilik je tolong mak dekat dapur tu. Jangan jadi pemalas sangat macam mana lah nak jadi bini orang kalau macam ni?" setelah selesai mengungkapkan ayat itu dia berlalu ke ruang tamu.

"Dia ni tak boleh ke panggil elok-elok and dia kata aku pemalas? Sorry sikit aku ni rajin tak tunjuk dekat orang heh." Raihana mengerling lelaki itu yang sedang menonton televisyen bersama seorang lelaki yang mungkin ayah kepada lelaki itu dan juga ayah Raihana.

"Kakak dah tahu ke nama anak lelaki Cik Mizah?" soal Puan Azira. Aku menggeleng. Lelaki itu menonton televisyen.

"Tengku Zahir Ahmad nama dia." Raihana hanya meng o kan sahaja. Dah kenapa mama dia ni tiba-tiba je beritahu nama lelaki tu?

"Emm cik Mizah datang sebenarnya nak kahwinkan Zahir dengan Hana." terlopong mulut Raihana. Betul ke apa yang dia dengar? Kahwin?

"Err tapi Hana muda lagi lah. SPM pun belum lagi." Raihana menggaru-garu kepalanya yang dilitupi tudung sarung itu.

"Yq cik Mizah tahu lagipun nak dekat dah SPM tinggal berapa bulan je lagi kan? Cik Mizah bukan apa cik Mizah teringin sangat nak tengok anak cik Mizah naik pelamin. Mama Hana pun mesti teringin juga nak tengok anak sulung dia naik pelamin. Jadi tak salahkan?" Raihana memandang semua yang ada di ruang tamu termasuklah lelaki yang bernama Zahir. Dia masih menonton televisyen. Eee mamat tu kan buat macam tak ada benda je yang berlaku. Tahu tak ni pasal kahwin? Kahwin!

"Tapi anak cik Mizah nak ke kahwin dengan saya?" eh aku nak cakap benda lain tapi terkeluar benda lain aduh!

"Dia okay je. Cik Mizah dah bincang awal-awal dengan Zahir." ujar Puan Hamizah.

"Jadi kakak setuju ke?" soal Puan Azira pula. Nak setuju ke tak? Kahwin awal memang lah perkara yang dia inginkan tapi ni awal sangat!

"Diam tanda setuju." Raihana masih diam lagi. Bukan apa tak tahu nak balas apa. Nak kahwin awal tapi ni awal sangat! Huwaaa!!

"Okay nampaknya tuan punya badan dah setuju jadi dah bolehlah slow-slow nak siapkan majlis tu kan?"soal Encik Mohamad. Yang lain ketawa sambil mengangguk. Ayah ni kan suka pulak bukannya nak backup anak dara dia ni.

"Wuu kakak nak kahwin dah." usik Rasyiqah. Raqilla di sebelah Raihana sudah dibuai mimpi.

"Senyap lah."

Zahir melihat bakal isterinya itu. Nampak seperti muka bakal isterinya itu menahan marah atau malu mungkin kerana adiknya mengusik dia.


Seperti biasa sudah tentu aku bangun awal. Selepas selesai mandi dan solat subuh, aku memakai baju sekolah.

"Aku nak cakap apa eh nanti dekat diorang haduih. Nanti confirm kena usik oh NO!" otak daripada tadi dipaksa memerah idea untuk digunakan nanti.

"Tudung on point alhamdulillah." sewaktu membuka pintu sekali lagi dikejutkan dengan lelaki yang bernama Zahir. Dia ni dah kenapa daripada malam tadi dah.

"Kau pergi sekolah dengan aku hari ni." tangan yang mahu mengetuk pintu bilik itu tadi diturunkan.

"Err tak apa lah ayah saya boleh je hantar." Raihana hanya senyum tak tahu nak bagi reaksi apa.

"Aku dah kata aku tak suka kalau orang bantah cakap aku. Lambat aku tinggal." Zahir ke dapur meninggalkan Raihana yang masih berdiri di depan biliknya.

"Tinggal lah. Aku boleh suruh ayah aku hantar apa susah huh." Raihana juga ke dapur untuk makan pagi sebelum ke sekolah.

Inspektor Itu Milik Aku?!✔️Where stories live. Discover now