Bab30

10.6K 343 6
                                    

"Zahir, saya nak pergi dekat taman bawah tu. Tolong bawakan saya please?" pinta Raihana. Lengan Zahir digoncangkan.

"Yelah sayang. Anything for you." Zahir mencapai selendang dan disarungkan ke atas kepala Raihana. Bila Raihana nak pakaikan sendiri dia halang. Dia yang nak pakaikan tudung untuk isterinya. Entah apa lah yang merasuk tubuh badan Zahir tapi Raihana suka. Uhuk!

"Wah! Segarnya." Raihana menghirup udara segar itu. Zahir menolak kerusi roda itu di sekitar taman. Raihana boleh sahaja berjalan tapi laki dia pulak tak bagi takut jahitan terbukalah apa lah macam-macam.

"Too boring lah duduk dalam wad dengan bau ubatnya. Urgh hate it! Terseksa jiwa dan raga." keluh Raihana.

"Sorry." ujar Zahir tiba-tiba.

"Ha? Why?" soal Raihana.

"Sebab saya, awak masuk hospital. Saya cuai jaga awak sayang." tutur Zahir penuh kesal.

"Eh perkara dah berlaku pun. Stop lah fikir pasal perkara tu lagi. Awak buat saya teringat balik. You make me scared you know?Dahlah." Raihana mencapai tangan Zahir lalu diusap lembut. Zahir hanya tersenyum hambar.

"Saya tak boleh balik lagi ke?"

"Tak boleh lagi sayang. Kalau sayang nak cepat balik, sayang kenalah makan ubat biar cepat sihat." bebel Zahir. Dah macam mama Raihana pulak Zahir ni. Suka paksa dia makan ubat. Zahir baru tahu yang isterinya susah mahu makan ubat. Kena paksa kena ugut baru makan. Haih apalah.

"Hm."

"Abang dah makan?" soal Raihana sewaktu dia sedang makan.

"Tengok awak makan pun dah kenyang." Zahir menongkat dagu memandang isterinya yang sedang makan. Sempat Zahir menolak rambut Raihana yang jatuh ke belakang telinga.

"Erkk tak adanya macam tu. Saya suap ya?" Raihana menyuap nasi air ke dalam mulut Zahir. Raihana tidak suka makan bubur tetapi dia suka makan nasi air. Ada perbezaan tu.

"Lepas ni sayang ada tetamu." Zahir memuncungkan mulut ke hadapan.

"Ha? Siapa lagi nak datang lawat saya?" soal Raihana. Harap tak ramai lah. Kepala aku dah pening ni dengan orang yang kerap datang melawat hari ini. Huhuh. Tu lah kau Raihana dahlah tak makan ubat habislah kau.

"Sepupu-sepupu abang datang. Abang dah kata tak payah datang tapi diorang tetap nak datang." jawab Zahir.

Sepupu-sepupu? Ramai ke? Raihana hanya mampu mengangguk. Bila nak keluar wad ni?!

"Assalamualaikum." muncul muka Zahirah di depan pintu.

"Waalaikumussalam. Masuklah." pelawa Zahir. Raihana memperbaiki selendangnya biar kemas.

"How are you dear?" soal Zahirah prihatin. Zahirah meletakkan buah tangan di atas meja bersebelahan katil.

"Feeling better." jawab Raihana sambil tersenyum manis.

"Yow bro. Lama tak jumpa." Danish dan Zahir bersalam gaya lelaki.

"Hye Hana." sapa Ariana acuh tak acuh.

"Hye."

"Omg Raihana. I dengar you tak bangun almost two days. Betul ke?" Betty menghampiri Raihana.

"Err maybe?" jawab Raihana ragu-ragu.

"You tak kesian ke dekat abang Hir? I tengok dia dah tak terurus sejak jaga you ni. You dah susahkan abang Hir kitorang tau." perli Edlyn secara perlahan. Nanti kalau kuat, orang lain dengar. Cukup dirinya, Ariana dan Betty sahaja yang dapat dengar.

"Apa korang cakap macam tu? Respect lah, raihana ni kan isteri Zahir." marah Zahirah. Raihana hanya tersenyum tawar. Kepala tengah berdenyut ni tak ada masa nak layan.

"Abang Hir dah ada eyebag. Dulu tak ada pun. Tapi sekarang dah ada. Kesian abang Hir kena jaga isteri abang Hir yang sakit ni." tegur Ariana. Raihana sudah berasap. Oh jadi kau nak kata aku ni menyusahkan hidup laki aku lah? Heh memang betul pun erk. Makin kuat pulak kepala aku ni berdenyut. Dahlah tengah duduk. Kang tak pasal-pasal terbaring pulak aku.

"Dah memang tanggungjawab abang Hir sebagai suami kena jaga isteri. Lagipun abang Hir tak kisah." balas Zahir. Ariana menjeling.

"Eh Raihana!" semua sudah memandang Betty yang tiba-tiba menjerit lantas pandangan dialihkan pada Zahirah yang sudah rebah di atas katil.

"Panggil doktor." suruh Zahirah. Dia melihat denyutan nadi Raihana pada mesin. Tinggi.

"Err cik, saya doktor dia." tegur doktor lelaki itu yang baru tiba di dalam wad.

"Eh doktor Adrian?" Zahirah memusingkan badannya ke belakang untuk melihat doktor yang baru tiba itu.

Inspektor Itu Milik Aku?!✔️Où les histoires vivent. Découvrez maintenant