Bab69

9.3K 326 15
                                    

"Hana! Kenapa kau tak datang semalam?" terkejut Raihana mendengar sergahan Redzuan.

"Ish kau ni terkejut aku. Aku tak berapa sihat lah semalam. Harini baru gagah sikit nak datang sekolah." Raihana tersenyum nipis.

"Oh so kau datang tak latihan petang ni?" tanya Redzuan.

"Datang lah. Dah nak dekat tarikh pertandingan kan?"

"Okay good."

Raihana menarik nafas lega nasib baik tak tanya soalan lagi. Hm sampai bila lah nak rahsiakan benda ni Raihana?

"Jadi ke kau nak buat rancangan kau tu nanti?" soal Aliya.

"Of course lah jadi. Now, biar dia panaskan badan dia dulu. Nanti kita buat kerja." Ain tersenyum. Point dia sekarang nak buat Raihana itu berhenti bermain bola keranjang.

"Hana sambut bola ni." suruh Intan dari jauh.

"Eh?" Raihana teragak ingin menyambut bola yang mana satu kerana sekarang ada dua bola yang menghampirinya dengan laju pada masa yang sama.

"Ya Allah Hana!" terkejut Intan melihat Raihana yang terkena bola keranjang hingga terjatuh Raihana. Sakit juga kena bola keranjang lagi-lagi dekat kepala.

"Apa yang kecoh sangat ni?" Harith menghampiri gelanggang kawasan perempuan. Ada lagi beberapa orang lelaki di sebelah Harith.

"Ni ada orang baling bola keranjang kena dekat kepala dia. Eh cepat lah bawak dia pergi hospital." suruh Intan cemas.

"Ya." Harith mengangkat Raihana ke kereta sir Aqmal memandangkan cikgu itu ada melihat mereka berlatih.

"Kenapa tu?" celah Redzuan.

"Raihana pengsan. Ada orang baling bola keranjang dekat kepala dia tu. Aku rasa kuat sangat balingan tu sampai pengsan Hana." terang Intan.

"Siapa punya kerja ni?" Redzuan memandang para perempuan di hadapannya. Ada yang tiada dekat sini.

"Lega nya dapat buat macam tu dekat minah tu." Ain mengibaskan rambutnya ke belakang. Selepas dia membaling bola keranjang itu, dia terus segera berlari keluar dari gelanggang.

"Kau tak takut buat macam ni? Kalau orang dapat tahu hal ni, kau boleh kena gantung sekolah tau. Lagi teruk kena berhenti sekolah." ujar Aliya sedikit ketakutan.

"Orang takkan tahu kalau kau tak buka rahsia."

"Apa-apa hal aku tak nak terlibat." Aliya mengangkat kedua tangannya sebagai isyarat.

"Amboi sedap kau. Kau juga yang sokong aku buat macam ni so sekarang kau cakap kau tak nak terlibat pula apahal?" kasar Ain menolak bahu Aliya. Sungguh dia tidak berpuas hati.

"Aku ingatkan kau nak buat slow je. Tapi sampai pengsan kau baling dekat dia. Kalau dia mati, hal ni boleh jadi kes polis tahu tak?" berang Aliya.

"Eh bukan kuat mana pun aku baling. Minah tu sengaja je berlakon pengsan. Acah lebih nak tarik perhatian orang je." dalih Ain.

"Ikut suka hati kau lah. Aku dah malas nak masuk campur urusan kau." Aliya bangun meninggalkan Ain yang tengah sakit hati.

"Kawan jenis apa kau ni? Time susah cari aku time senang batang hidung pun tak nampak!" jerit Ain sambil memaki Aliya.

"Sir, kenapa saya dekat sini? Saya nak balik." Raihana yang baru tersedar itu segera meminta ingin pulang.

"Em tak boleh lagi lah. Nah phone awak call lah parents awak. Diorang mesti risau." Sir Aqmal menghulurkan telefonnya pada Raihana. Dengan perlahan Raihana mengambil telefon itu.

"Sir nak keluar sekejap. Dah selesai call awak letak je phone saya dekat atas meja tu." Sir Aqmal bangun selepas meminta diri untuk keluar.

"Nak call siapa?" Raihana ragu-ragu sama ada ingin menelefon suaminya atau keluarganya.

"Hello abang. Ni saya, Raihana." terus berair mata Raihana saat menelefon suaminya.

"Cikgu kenapa dengan Raihana? Macam mana dia boleh masuk hospital ni?" soal Zahir bimbang.

"I'm really sorry sebab saya tak awasi pelajar dengan elok. Saya dapat tahu yang ada pelajar baling bola keranjang dekat kepala Raihana. Rasanya laju sangat balingan tu sampai dia pengsan." terang Sir Aqmal serba salah.

"Saya minta maaf sebab tak dengar kata abang waktu first saya minta nak join bola keranjang. Ni balasan untuk saya sebab tak dengar kata abang." basah sudah pipi Raihana.

"Tak apa lah sayang benda dah lepas. Apa-apa pun yang berlaku, abang selalu maafkan awak sayang." Zahir mengucup dahi Raihana.


"Ain! What have you done?"

"What?" jawab Ain angkuh.

"Raihana. Kau kan yang buat?" soal Redzuan.

"Hey apa tuduh-tudh orang ni? Wan ada bukti ke nak tuduh Ain hm?" balas Ain.

"Kenapa bila semua orang berkumpul dekat tempat Raihana pengsan kau tak ada huh?" Redzuan serkap jarang.

"Ain kena balik lah waktu tu. Ha lagipun bukan Ain sorang je tau Aliya pun tak ada. Entah-entah si Aliya tu yang buat dekat Raihana." dalih Ain.

"Tak apa kau tak nak mengaku. Kalau aku dapat tahu kau yang buat memang habis lah kau." ugut Redzuan kasar lalu beredar dari tempat Ain duduk.

Inspektor Itu Milik Aku?!✔️Where stories live. Discover now