“Khalid, kau ada nampak Afeefa tak? Lepas rehat tadi, sampai dah nak balik ni, aku tak nampak pun dia. Dia ke mana?” tanya Amirah dengan nada risau.
Khalid pun macam clueless je apabila Amirah menanyakannnya soalan itu.“Tu yang aku hairan. Dia tu, paling lambat sampai pun dua tiga minit je. Tapi, sampai sekarang aku tak nampak dia. Tak tahulah ke mana Afeefa ni.” balas Khalid. “Tadi, aku nampak dia ada kat cafe, sorang-sorang. Ingatkan, dia tunggu kau. Tu yang aku biarkan je.” sambung Khalid.
“Kat cafe?” Khalid mengangguk. “Sorang-sorang?” Khalid mengangguk lagi. “Bala!” katanya dan terus pergi dengan begnya.
Amirah terus mencari Radzuan di blok tingkatan 4. Termengah-mengah dia berlari. Dia tak tahu untuk mengesyak siapa punya onar. Dalam otaknya hanya memikirkan keberadaan Afeefa sahaja. Sampaikan dia terlanggar Zain yang tadi keluar untuk ke tandas. Otaknya memang tak berfungsi untuk perkara yang lain seperti, mengelak orang yang baru keluar daripada pintu tandas.
"Aduh!!" Erang kedua-duanya.Sengal satu badan dibuatnya. Yelah, Zain tu bukan kecil. Besar badannya, kalah form 6. Entah apa yang dia makan waktu baby sampai jadi macam tu. Lepas tu ada hati nak cakap Afeefa tu katek. Sebenarnya, dia tu tak normal!
“Apa yang buta sangat kau ni, Mirah?” makinya.
“Jangan nak start ok. Aku nak cakap yang, Feefa.. Dia.. Hilang!” ujarnya dalam satu-satu perkataan.
“Kau jangan nak loyar buruk dengan aku boleh tak? Dia tadi datang. Elok je tadi aku sakat dia.” Zain seakan tidak percaya.
Kalau ada yang kena tampar kat sini, Zainlah orangnya. Cakap ikut nilai insurans dia je. Nasib baiklah Amirah ni dibayar. Kalau tak, penampar kaki limited edition daripada Amirah memang menjadi saksinya. Amirah meneutralkan pernafasannya. Nak bergaduh pun tak boleh. Tengah kalut ni.
“Tadi pagi, memang dia ada. Lepas rehat, ada kau nampak dia lagi? Kan dia satu kumpulan dengan kau.” kata Amirah.
Zain baru tersedar.
“Aah, aku tak nampak pun dia lepas rehat.” Amirah menepuk dahi. Takde point pun kalau dia ada kat situ. Dia hendak mencari Radzuan. “Kau nak ke mana ni?” soalnya selamba.
“Aku nak teman mak aku pergi pasar kejap lagi.” selorohnya. “Dah tentu aku risau pasal Afeefa. Aku nak tanya Radzuanlah. Aduh, dia ni!” berang Amirah. Zain mengangguk macam orang bodoh seketika.
“Aku nak ikut. Kita jumpa kat kelas Radzuan.” ucapnya dan Amirah pun pergi.
###
Aku sendiri kat sini. Gelap. Aku panas, lapar, haus. Sesiapa tolonglah selamatkan aku. Aku tak nak mati kering kat sini. Ucapanku hanya terlepas sehingga ke kerongkong sahaja. Aku sudah terbaring lemah. Perutku berkeroncong meminta diisi.
“Sabarlah perut. Aku tahu kau lapar.” kataku kepada perut. Perut senyap seketika.
###
“Hah! Hilang?!” teriak Radzuan. Patutlah dia tak perasan Afeefa ketika di cafe tadi. “But, how?”
Bukan setakat Amirah je yang ada kat situ. Khalid pun ikut juga. Yelah kan, penjaga Zain a.k.a bodyguard, mana boleh tinggalkan tuan sesuka hati. Kena paksa ikut rasanya.
“Aku ada nampak Afeefa sorang-sorang masa aku nak pergi ke kantin. Bila aku patah balik, dia dah tak ada.” kata Khalid. “Aku ingatkan dia pergi somewhere. Bila naik rehat, dia seorang je yang tak ada dalam kumpulan.” sambungnya. “Impossible dia nak memonteng.” Khalid menafikan.
Radzuan menghadam apa yang diucapkan oleh Khalid. Entah tiba-tiba, dia teringat pada Natasya yang tadi terburu-buru untuk keluar rehat.
“Wan, aku keluar rehat dulu.” kata Natasya.
“Kau murid biasa. Mana boleh nak keluar sesuka hati.” balas Radzuan. Natasya dengan tingkah gediknya mendekati Radzuan. “Jauh sikitlah!” Radzuan mengelak.
“Kalau macam tu, aku nak pergi tandas. Nanti aku datang balik. Kau tu, jangan lambat keluar pulak.”
Mata Radzuan membuntang apabila melihat senyuman yang berseringai pada bibir Natasya dan ucapan ‘Jangan lambat keluar pulak.’ Dia menepuk dahi apabila dia betul-betul keluar lambat kerana menenangkan pelajar yang bergaduh.
“Kau kenapa, Wan?” tanya Amirah.
“Aku dah tahu pelakunya siapa. Sekarang ni, kita kena berpecah. Sebelum pukul 3 setengah, kita kena jumpa Afeefa. Aku tahu, dia tak makan apa-apa daripada rehat tadi. Mungkin, sarapan pun dia tak ambil. So, kita kena cepat.” kata Radzuan. “Ok, gerak sekarang.”
Nasib baik Amirah pakai baju senam. Kalau tak, terbang kain dia nak berlari.
Semua bergerak untuk mencari Afeefa. Sekolah tu besar kot. Nak cari cuma ada 4 orang. Memang lepaklah. Semua tempat mereka cari, namun masih tidak menjumpai. Mereka berjumpa semula di cafe.
“Ok, aku rasa, kita kena cari pintu yang berkunci. Kalau ada pintu yang berkunci, kau stay kat situ. Ketuk sampai ada sound dari dalam. Aku nak korang peka.” kata Radzuan. Dia mengerlingkan pada jam tangannya. “Kita ada masa lagi, dalam 30 minit. Kita kena cepat. Dah gerak.”
Nafas semua orang turun naik kerana menggeledah semua bangunan sekolah sekali lagi. Zain mengambil ikhtiar lain, dia terpaksa menghubungi walidnya. Dia terpaksa. Jika tidak keadaan yang gawat begini, jangan harap dia akan menelefon walidnya.
“Hello, walid. Ni Zain.” katanya senada. “Zain nak walid bukak pagar sekarang.”
“Kenapa? Sekolah sekejap lagi dah nak tutup.”
“Kalau walid nak ‘penjaga’ Zain selamat, buat apa cara sekalipun untuk pastikan pintu pagar takkan tertutup sampai Zain call walid semula.”
Zain meletakkan gagang telefon awam itu ke tempatnya. Sedihnya menyeruak kembali dalam pada masa yang sama, rasa rindu untuk berbual dengan sang bapa juga hadir. Tapi, hatinya keras untuk menurut.
###
Radzuan ialah pengawas yang diarahkan untuk meronda. Sudah tentulah dia lebih mengetahui lebih banyak tempat yang tersembunyi berbanding kawan-kawannya yang lain. Tambah-tambah pula, dia anak bekas pengetua sekolah itu. Perangai Natasya juga amat dia kenali. Perempuan itu akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang dia mahu. Salah satu yang dia mahukan ialah Radzuan!
Dia bergerak ke belakang sekolah. Di situ, terdapat bangunan lama. Ramai yang mengetahui bangunan itu ditinggalkan atas sebab-sebab tertentu. Tetapi, dia jelas punca yang menyebabkan bangunan itu ditutup dan bangunan baharu dibina. Ini kerana, terdapat beberapa kes bunuh diri berlaku di situ.
“Zan!” jeritnya.
Dia mengetuk semua pintu yang berkunci di situ. Hampir 90% pintu dikunci. Dia bermula ditingkat atas. Seram tu, seram jugak. Tapi nak buat macam mana, takkan nak tinggalkan Afeefa terkulai mati kat sekolah tu? Lagipun, firasatnya hanya menyuruhnya mencari disitu.
Tiba-tiba, dia mendengar ketukan sayup-sayup daripada selang 3 pintu daripada tempat dia berdiri. Goosebump! Perlahan-lahan dia mendekati pintu itu dan berharap yang ‘mengetuk’ itu ialah Afeefa. Sudahlah, dia sendiri. Mati kejung kat situ, bukannya ada sesiapa yang tahu. Lagipula, tempat itu ialah kawasan larangan untuk semua pelajar.
Dia menekupkan telinganya pada pintu itu.
“Neol saranghaji anha.. Eodiseo butteo eottheokhe..”
Suara orang menyanyi. Dia tahu yang Afeefa pandai menyanyi dan memiliki suara yang merdu. Tambahan bonus untuknya, dia pandai menyanyi dalam banyak bahasa. Bukan setakat bahasa korea je, bahasa tamil pun dia tahu.
Radzuan panik. Suara itu seperti sudah lemah. Kalau dipecahkan pintunya, pasti Afeefa akan tercedera kerana jarak suaranya amat dekat dengan pintu.
“Zan! Awak dengar saya? Zan, ni saya. Radzuan!”
“Tolong saya, Radzuan. Sakit!”
Suara di dalam menyapa gegendang telinganya. Sayup sayup sahaja. Seperti berbisik.
YOU ARE READING
Penjaga
Teen FictionAfeefa Zandra tinggal dengan mama dan papanya yang amat menyanginya. Akan tetapi, abangnya, Amran Firdaus sangat bencikan dirinya. Afeefa dijadikan kuli untuk membuat itu dan ini. "Takkanlah tangan tu dah kudung. Boleh je kan nak kemas sendiri?"...