Bab 16 - Persoalan

427 17 0
                                    

Sejak semalam lagi aku tak menjamah apa-apa makanan. Selera aku memang mati habis. Rasa nak makan tu, memang tak ada. Al kesannya, pucat lesilah muka aku yang comel ni. Tapi, seksanya bila kena paksa makan. Satu hal. Sudahnya, aku makan satu sudu je. Lepas tu aku selubung badan aku dengan selimut. Doktor pun bingung nak buat macam mana. Dah aku tak nak makan, janganlah paksa. Huh!

Sama je kes dengan tidur. Tak boleh tidur, kena makan ubat. Sekarang, tak nak makan, kena paksa. Patutlah orang yang kat hospital ni sakit semuanya. Sebab hospital memang tempat orang sakit dan tempat untuk makan ubat on time! Aku benci makan ubat. Aku nak sihat!

“Feefa, mama ada bawakkan cendawan goreng. Kamu sukakan?” kata mama. Aku yang memandang ke luar jendela memandang ke sumber suara itu. Aku nampak yang mama bawak bekas tupperware berwarna ungu.

“Feefa tak ada feel lah nak makan. Boleh tak mama jangan paksa Feefa? Feefa dah nak muntah kalau Feefa makan.”

Aku tahu, mama terasa. Tapi, kalau aku tak cakap, pasti aku akan dipaksa lagi. Aku tak suka kena paksa. Takkan tak faham? Aku membaringkan badanku. Sudah pukul 3 petang. Pasti ‘penjaga baru’ aku dah balik rumah. Aku mengambil telefon di sisi katil aku. Eh, eh! Rasa macam beria pulak. Memang beria pun.

 Aku menekan aplikasi Whatsapp.

“Mama, jangan bawa balik cendawan goreng tu. Nanti, Feefa makan.” Aku melemparkan senyuman padanya. Dia membalas senyumannya.

“Mama nak keluar. Nak jumpa doktor sekejap. Makan cendawan tu. Mama baru buat tahu.” Aku mengangguk.

Hai. Dah sampai rumah ke?

Aku tersenyum sendiri apabila menghantar pesanan itu. Dua hari meninggalkan si penjaga itu membuatkan aku terasa rindu. Tapi, betul ke itu penjaga aku? Siapa dia? Pesanan daripadanya membuatkan soalan-soalanku terbiar di angin lalu.

       Dah. Lama awak tak chat saya. Marah ke?

Buat apa nak marah? Tapi, sejujurnya saya marahlah sikit.

Pasal identiti saya?

Lajunya balas. Macam tahu-tahu pulak. Kata penjaga. Semua kebajikan aku dia tahu.

Aah. Sampai sekarang saya masih curious. Siapa awak ni sebenarnya. Awak ni, baik ke? Awak ada niat disebaliknya ke? Semua tu saya nak tanya. Tapi, bukannya awak balas pun.

Time ni, dia menaip agak lama. Mungkin nak keluarkan hujah-hujah dia. Tapi, aku tabah menunggu. Sambil menunggu, aku kunyah jugaklah cendawan goreng yang mama bawak tadi. Sedapnya tak terkata. Sombong, tak nak makan konon. Puih!

Awak janganlah curious pasal saya. Cukuplah tahu saya ni penjaga awak. Saya akan jaga awak sampai kita berjumpa satu hari nanti. Tapi, kalau berjumpa nanti, jangan terkejut. Awak ni, bukannya boleh percaya. Nanti, setiap malam mimpikan saya.

Alahai awak ni, cepatnya perasan. Dalam hati saya ni dah ada yang punyalah.

Siapa? Zain? Ke Radzuan? Atau Khalid?

Nampak tak cara dia menjaga aku? Sampaikan Khalid yang aku bela pun terjebak sekali. Si Zain yang sombong tu, aku nak suka? Macam rasa nak kena benamkan kepala dia kat dalam air je rasanya. Kalau Radzuan tu, memang pilihanlah. Aku direct choose him!

Saya cuma nak nasihatkan satu je. Janganlah benci sangat. Takut salah satu akan merindui. Dan, janganlah mencintai seseorang itu melebihi diri sendiri. Takut akan memakan diri.

Ayat dia.. Wow! Bravo! Aku sendiri pun tergamam. Kalah ayat papa nak perli aku. Aku tergelak sendiri.

Ok, my secretly guard. I will control my anger and my love affection on that guys. Ok? Don’t worry

Oh, pandai cakap omputeh. That’s my girl. Oklah, saya ada kerja sikit. Nanti-nanti, kita sambung lagi. Bye. Get well soon.

Kan aku dah cakap, dia ni kalau menjaga memang nombor satu. Dahlah tak bagitahu identiti, gerak pulak slow-slow. Tahu-tahu je, dah dapat information. Contohnya, aku masuk hospital. Dia pun tahu jugak.

Line ‘penjaga baharu’ku di matikan. Memang ada kerja lah kot.

Dalam aku sendirian ni, aku teringat balik mimpi yang lepas. Aku merewind balik apa yang berlaku dalam mimpi tu. Mimpi yang pertama, aku nampak ada budak perempuan yang bernama Zandra, merajuk dengan mummynya. Kedua, pesanan mummy kepada Zandra. Ketiga, perkara yang amat mengejutkan aku, sampaikan aku boleh tercungap selepas tersedar daripada pengsan di hospital. Perkara yang mana, budak yang bernama Zandra itu ialah aku!

Tetapi, persoalan aku yang terngiang-ngiang adalah, kenapa bukan mama yang ada dalam mimpi tu? Siapa mummy?

Arrhh!! Aku tak boleh nak fikir. Kepala aku sakit. Aku menggenggam rambut. Macam nak tercabut je rasanya kepala aku ni. Frust sangat. Nasib peperiksaan dah lepas. Peperiksaan dah lepas pun, kerja tetap ada. Macam.. Kerja berubahkan orang? Haih! Nasiblah Afeefa. Kau punya diri pun orang lain tolong jagakan, ada hati nak merubahkan orang? Entah berjaya entah tidak.       

###

Pukul 4 petang. Aku menunggu Amirah. Dia kata nak datang melawat aku. Lama pulak menunggu. Aku hanya memandang kosong kepada pintu. Kebetulan, pada pintu itu, ada cermin yang boleh nampakkan aku pada makhluk-makhluk yang lalu-lalang. Memang aku pandang itu jelah. Nak tunggu Amirah punya pasal.

Mata aku nampak, ada seseorang yang membuka pintu itu ketika aku sibuk menaip sesuatu pada skrin telefon aku. Aku malas nak tengok seraya berkata,
  
"Bukan main lambat lagi kau. Kau pergi man-"

Kaku. Kosong. Tiada manusia yang menapak di situ. Aik? Bukan Amirah ke tadi? Aku cuba menpositifkan diri. Mungkin nurse salah masuk lah kot. Biasalah, kadang-kadang pun nurse terlupa. Walaupun aku menyedapkan hati dengan ayat hatiku, namun otakku tetap ligat menidakkan kata-kata hatiku.

"Afeefa! Kau dah ok?" jerit Amirah yang baru masuk ke dalam wad aku. Aku lagi terpaku. Mimpi atau berhalusinasi? Aku mengambil masa untuk menghadam apa yang berlaku.

"Ermm.. Bi.. Bila kau sampai?" tanya ku tergagap. Mana taknya, tadi tengok tak de. Sekarang, tiba-tiba muncul pulak. Aduh! Sejak-sejak aku mimpi benda tu, macam -macam yang jadi.

"Aku baru je." Amirah melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Aku pula masih terfikir apa yang berlaku tadi. Apa benda tu eak? "Aduh, tak de kau tadi kat sekolah, macam apa. Nak-nak lagi si Evan tu. Tak habis-habis cakap yang kau tu tak datang sebab taku kena serang. Celoparkan mulut dia?" tanya seperti tak puas hati.

"Nak tak nak, kena hadap."

Lama jugaklah aku berbual dengan Amirah ni. Pukul 5 setengah tadi dia balik. Wuish, kering tekak aku berbual dengan dia. Siap ketawa pakej bertepuk tampar. Happynya tu, lain macam. Tapi, kegembiraan aku terus menghilang kerana peristiwa yang tidak diundang tadi kembali menerjah ke kotak pemikiran aku. Siapa yang main pintu tu? Mama ke? Takkanlah mama nak seramkan anak sendiri. Entahlah. Aku masih tak dapat lagi jawapan daripada persoalan tu. 

PenjagaWhere stories live. Discover now